Shopping di Angkor Night Market

  Aktiviti malam di Siem Reap, pastinya membeli belah di Angkor Night Market menjadi pilihan. Lokasi hotel penginapan DN yang tidak jauh dari sini membolehkan DN hanya berjalan kaki sahaja untuk menikmati suasana malam di Siem Reap sambil bershopping. Walaupun begitu, Angkor Night Market ini tutup pada jam 11 malam. Oleh itu, DN perlu turun lebih awal untuk membeli belah di sini.
 
 Terdapat pelbagai pilihan barangan di Angkor Night Market ini. Antaranya adalah kain sutera, baju, seluar, bag, cenderahati, ukiran batu, ukiran kayu dan lukisan. Barang-barang di sini boleh tawar-menawar sehingga mendapat harga yang diinginkan. DN hanya membelanjakan USD 10 semasa bershopping di sini. DN dapat membeli seluar, scarf dan fridge magnet untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sangat berbaloi membeli belah di sini.
 Selain daripada pelbagai pub dan kedai makan, di Angkor Night Market juga terdapat tempat untuk urut kaki dan badan dengan harga yang sangat murah. Dari serendah USD 1, pengunjung yang datang ke sini boleh mendapatkan perkhidmatan urut kaki. Menarik tawaran yang diberikan tetapi DN tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana kelihatan tiada tempat yang lebih privacy. Segalanya terbuka dan mereka yang lalu lalang boleh melihat kita.
 Makanan yang pelik-pelik juga senang didapati di sini. Katak, ulat, ular, cengkerik dan pelbagai makanan yang tidak terfikir oleh DN boleh dijadikan makanan dijual di sini. Kembang juga tekak ini apabila melihatnya tetapi mereka di sini makan kesemua makanan di atas. Gulp!
Selain dari membeli belah, DN juga memilih untuk bersiar-siar dengan menaiki tuk-tuk. Jika kalian ke Siem Reap, jangan lupa mendapatkan khidmat dari pemuda muslim bernama Tawi ini. Sekurang-kurangnya, secara tidak langsung kita membantu orang Muslim di Cambodia ini. Boleh email DN jika ingin mendapatkan no. telefon Tawi. DN dengan senang hati akan memberikannya kepada mereka yang berminat mendapatkan perkhidmatan beliau.
Rakan blogger lain juga turut membeli belah di Angkor Night Market ini. Apa yang dibeli oleh mereka ye? Heee....

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. memang diorang jual kat tepi jalan je kan yang bizarre food tu kan... tapi bab massage tu yang menarik....hehehehe

    ReplyDelete
  2. setuju...mereka memang makan unggas2, katak dan ular...silap2 boleh nampak biawak jugak...geli..tp memang itu sumber pendapatan dan sumber makanan mereka..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN.. geli pula tengok gambar makanan eksotik tu. hihihi tapi murahnya shopping sini! teringin nak beli sutera sini. hehehehe

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 betul tu.. massage tepi jalan pun boleh. hehe... :p

    ReplyDelete
  5. @Amanda Suria tahu xpe.. kembang tekak bila tengok haiwan2 ini dijadikan makanan.. huhu..

    ReplyDelete
  6. @Sheila Salim kan... geli geleman tengok.. DN pun xpercaya boleh bargain lebih 50% kat sini. hee...

    ReplyDelete
  7. hehehehe... penat pusing-pusing Night Market.. kalo boleh, semua nak borong.. :)

    ReplyDelete
  8. wah wah wah seronok korang jalan-jalan naaa...mana buah tangan kat aku...

    ReplyDelete
  9. Tinggal sediakan duit sahaja lagi. :-)

    ReplyDelete
  10. @KiD mana boleh borong semua.. nanti tak dapat baju hard rock cafe... :p

    ReplyDelete
  11. @Faizal Fredley errr... g mintak kat kid.. dia shopping banyak.. hahaha.. :p

    ReplyDelete
  12. @akubiomed itu lah.. bawa duit sikit, sikit je lah shoppingnya.. :)

    ReplyDelete
  13. syok nye dpt syopping .. mcm mcm barang ada !! mesti murah kan

    bj baby ada ?

    ReplyDelete
  14. @Afasz ada.. baju budak, jersey.. kid ada beli jersey untuk anak dia...

    ReplyDelete
  15. oh..ular ngan cengkerik tu memang nampak sedap.

    macam masakan seafood. tapi nasib baik saya tak makan seafood

    ReplyDelete
  16. Rasa nak shopping je turun je ke bawah..jalan kaki.best betul..hee

    ReplyDelete
  17. Erk..bab2 makanan dorang tu yang buat kembang je tekak ni..adehhh..macam takde benda lain pulak nak makannya..huhu

    ReplyDelete
  18. @Ezad Skytech tahu xpe.. jln kaki je... :)

    diorg ni mkn je semua kan. huhuhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^