Selepas 8 jam meninggalkan Ta Prohm Hotel, tibalah DN ke destinasi yang ingin ditujui oleh kami iaitu Tanah Waqaf. Ia terletak di daerah Tan Bien, Cambodia. Tanah Waqaf ini telah diusahakan oleh Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Apa itu Cambodian Muslim Cooperative (CMC)? DN pernah kongsikan mengenai mereka di sini.
Tanah Waqaf ini adalah kerja-kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh NGO di Malaysia. Lihat sahaja nama-nama di atas. Pasti kalian tidak asing lagi dengan nama mereka. Oleh itu, jika kita menderma bagi tujuan kebajikan melalui mereka, kita sudah ketahui ke mana ia disalurkan.
Tahniah DN ingin ucapkan kepada rakan blogger yang turut menyumbang bagi mendapatkan dana Tanah Waqaf ini. Adakah SBB 2014 akan diadakan kutipan derma kepada rakyat Islam Kemboja seperti sebelum ini? Sama-sama kita nantikan dan jika ada, jangan lokek untuk mengeluarkan sumbangan ikhlas kepada mereka.
Kak Kujie menunjukkan contoh bagaimana mereka di sini mendapatkan bekalan air bagi menyiram pokok-pokok di kawasan ini. Mereka kata air di sini boleh diminum tetapi DN tidak berani untuk mencubanya. Huhu...
Selain daripada Tanah Waqaf, Cambodian Muslim Cooperative (CMC) turut mengusahakan kolam ikan yang terletak tidak jauh dari Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS). Kami melawat kolam ikan ini sebelum ke Siem Reap dan terdapat lebih 6 kolam ikan di sini.
Setiap kolam ikan dipenuhi lebih kurang 20,000 ikan toman. Banyak bukan... Baru kami mengetahui bahawa makan malam kami di Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) sebelum ini adalah dari kolam ikan ini.
Mereka mengambil kesempatan memancing di kolam ikan ini. Tidak sampai 5 minit, ikan sudah menyambar umpan katak yang diletakkan. Katak? Ok, lepas makan baru tahu. Patut sedap. Hee... DN hanya memerhati mereka memancing dari jauh. Besar-besar ikan di dalam kolam ikan ini. Video mereka memancing ikan boleh dilihat di bawah...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, bestnya. nak ke sini. tengah usha2 air asia. hehee harap2 dapat juga sampai tahun ni ~~~
ReplyDeletesiyok nye.. >_<
ReplyDeleteusaha yang baik ...pastinya dapat manfaat...
ReplyDelete@Sheila Salim insyaAllah... akan sampai juga nanti...
ReplyDelete@Afasz ada rezeki pegi la.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil betul tu abg man.. :)
ReplyDeleteCambodia..masih dalam wishlist SA, belum tau bila boleh sampai....macam2 usaha bantu mereka kan...
ReplyDelete@Amanda Suria betul tu... insyaAllah akan sampai ke sini juga satu hari nanti.. :)
ReplyDeleteBila lihat pokok2 getah tue, teringat tertiba dengan anak pokok getah yang bro taman dulu sekitar tahun 2009-2010...
ReplyDeleteoh..nasib baik kenal dengan Kak Jie. ingatkan ada awek kemboja yg diambil untuk jadi model ambil air.
ReplyDeleteSatu usaha yang baik oleh NGO..kalau kita mampu beri sumbangan untuk disalurkan ke sana..apa salahnya untuk membantu kan.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone mesti dah besar.. g lah tengok..
ReplyDelete@Blogger Babyface hahaha... kak jie pun ok je.. xperlu model kemboja.. :)
ReplyDelete@Ezad Skytech betul tu... jika sumbangan yg kita mampu berikan, berikan dengan ikhlas.... :)
ReplyDeleteSungguh pengalaman yang tiada terlupa bisa berkunjung ke kamboja.Bisa mengetahui kehidupan warga muslim disana.
ReplyDelete@kamal pengalaman dikongsi untuk manffat bersama.. andai berpeluang ke kemboja, ziarahi muslim di sana ya.. :)
ReplyDelete