Assalamualaikum...
Hari ini DN ingin berkongsi dengan kalian tempat makan yang telah DN kunjungi bersama beberapa rakan blogger lain pada hari Selasa yang lepas. Ia dikenali sebagai Ayam Ghantari.
Tahukah anda apa itu Ayam Ghantari? Ayam Ghantari merupakan ayam bakar yang sudah terkenal di Indonesia. Kini tidak perlu lagi ke Indonesia untuk mendapatkan Ayam Ganthari kerana di Lokas Makana Puchong terdapat Ayam Ghantari yang sudah beroperasi sejak Disember 2013 lalu.
Istimewanya Ayam Ghantari ini adalah :-
- Sos Ayam Ghantari dibuat sendiri oleh tuannya tanpa bantuan pakar (try & error) sehingga berjaya menghasilkan rasa yang sama dengan sos asal.
- Terdapat 2 jenis sos iaitu sos ghantari dan sos taliwang. Sos ghantari berwarna hitam dan rasanya pedas-pedas manis manakala sos taliwang berwarna oren kemerahan dan rasanya pedas.
- Ayam yang digunakan adalah ayam kampung organik dan daging tulang rusuk juga sangat lembut.
- ayam dan daging diperap dengan sos ghantari sebelum dibakar. Adunan yang sudah meresap dan sebati di dalam daging ayam tersebut membuatkan rasanya sangat sedap.
Ayam Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan, kerepek tempe dan kerepek paru.
Puyuh Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Puyuh dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan
sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan,
kerepek tempe dan kerepek paru.
Iga Ghantari bersama Nasi Kukus - RM12.90
Iga (tulang rusuk) dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan
sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan,
kerepek tempe dan kerepek paru. 
Barongan - RM20
Iga (tulang rusuk) dan ayam
kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan
sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
Ayam Ghantari bersama Kentang Goreng - RM7
Ayam
kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan
sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
Lihat sahaja makanan yang ditawarkan di atas, pasti membuka selera sesiapa yang meliihatnya. Harga juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan rasanya yang sangat sedap. Melihatkan sambutan yang memberangsangkan di Lokas Makana Puchong ini, perniagaan Ayam Ghantari telah diluaskan ke Taiping, Kuala Terengganu dan Keramat. Mereka dalam usaha untuk membuka 2 lagi tapak di Putrajaya dan Damansara. Semoga usaha mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan Ayam Ghantari secara franchais akan berjaya.
Kami juga turut dapat merasai menu terbaru mereka yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Jagung Ghantari ini dibakar dengan sos istimewa ghantari. Rasanya tetap pedas-pedas manis dan apabila dicampur dengan manis jagung, memang terbaik! Harga masih belum diketahui.
Maklumat berkaitan Ayam Ghantari adalah seperti berikut :-
Lokasi :
Locations Google Maps : 2.983927,101.609201.
Landmark : Carrefour Puchong Utama
Landmark : Carrefour Puchong Utama
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
6.00 pm - 12.00 am
Facebook Page :
Twitter :
Instagram :
Email :
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, wahh macam sedap je Puyuh Ghantari bersama Nasi Kukus tu.. terliur sheila tau. hehe singgah menabung sini~~~
ReplyDelete@Sheila Salim mmg sedap sheila... nak pegi jom.. DN boleh bawak.. :)
ReplyDeletewaaaaaa... menarik! DN boleh bawak.. yeayyyy
ReplyDeletewahhh...macam menarik je semua menu2 yang ditawarkan ni...kena cuba sendiri ni untuk merasai keenakannya...:D
ReplyDeleteeh eh boyfie kita ada la.. ehhe patutnya saya ikut pergi ni. tapi sebab baru balik dari jeram. huhu kenyang.. mesti sedap kan. huhuh
ReplyDeletehttp://iluvtour.com <3
dah dekat dah ngan rumah saya ni. selalu gak order burger bakar pastu bawa balik.
ReplyDeletepas ni nak try ayam ghantari lak la
Hurmmm.... macam kena cuba jugak nie....banyak gak pilihan tu
ReplyDeletedegnoor, ayam tu cam memanggil2 je ni... nampak sedap betul la
ReplyDeleterasa nak makan lagi je kat situ haha... tak puas makan 1 je :D
ReplyDeleteWah DN pun dah ke sini gak....nanti bila Itik Ghantari diperkenalkan boleh lah buat trip sekali lagi ke sini kan kan kan....
ReplyDelete@KiD anytime boleh bawak... :)
ReplyDelete@Ezad Skytech mmg kena cuba.. sedap... :)
ReplyDelete@Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin itulah... dia pun kata awk xdpt join haritu. next time boleh turun lagi... :)
ReplyDelete@Blogger Babyface try la ayam ghantari tu... sedap gak.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil jom! ^_^
ReplyDelete@CikLily Putih mmg sedap... ayam kampung organik rasanya lebih fresh... :)
ReplyDelete@iluvtour.com lain kali minta lagi... sorang 2 set. haha... :p
ReplyDelete@NaZ betul tu... kita terjah lagi ramai2. hee...
ReplyDeletekerepek paru tu .. cam lain dr lain. tk pernah tgk.
ReplyDelete@Afasz DN pernah rasa kt sini je kerepek paru tu. tempat lain xpernah jumpa plak..
ReplyDeleteAyam Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
ReplyDeletegambar tu...atas tempeh nyer ape yer?
Slow servis tq for let me wait till 2hour...
ReplyDelete@Makcik Anak 3 owh, yang tu paru kak...
ReplyDelete@nizam sibi really? Sorry for your inconvenience. Hope they may improve their service in the future...
ReplyDeletenampak sangat menyelerakan... nak kenaa cuba nie... area pon xde la jauh sangat.
ReplyDeleteLa berasal daripada Indonesia ka? Nama pelik kan Gantari tu...
ReplyDelete