Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan antara negara yang mendapat panahan kilat tertinggi di dunia? Setiap kali hujan, pasti kita dapat mendengar bunyi dentuman kilat yang kuat. Jarang sekali berlakunya hujan tanpa kilat melainkan jika hujan itu renyai-renyai sahaja.
Tahukah anda bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ada mengeluarkan amaran cuaca apabila berlakunya ribut petir dan hujan lebat di satu-satu kawasan? Bukan itu sahaja, maklumat seperti ramalan cuaca, gempa bumi, tsunami, angin kencang, taufan dan banyak lagi boleh didapati di website MOSTI ini.

mforum.cari.com.my
Apa yang perlu dilakukan apabila kilat mengancam kita? Banyak kes yang melibatkan kematian dan kecederaan berpunca dari kilat ini. Oleh itu, beberapa perkara berikut boleh dijadikan panduan supaya kemalangan disebabkan panahan kilat ini dapat dielakkan.
Tahukah anda bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ada mengeluarkan amaran cuaca apabila berlakunya ribut petir dan hujan lebat di satu-satu kawasan? Bukan itu sahaja, maklumat seperti ramalan cuaca, gempa bumi, tsunami, angin kencang, taufan dan banyak lagi boleh didapati di website MOSTI ini.

mforum.cari.com.my
Apa yang perlu dilakukan apabila kilat mengancam kita? Banyak kes yang melibatkan kematian dan kecederaan berpunca dari kilat ini. Oleh itu, beberapa perkara berikut boleh dijadikan panduan supaya kemalangan disebabkan panahan kilat ini dapat dielakkan.
1
Cari perlindungan di dalam sebuah bangunan yang tertutup atau di dalam kenderaan. Khemah-khemah dari pelbagai jenis fabrik dan bangsal kecil tiada perlindungan kerana ia tidak mempunyai sistem perlindungan kilat
2
Jika berada di tanah lapang atau jauh dari perlindungan, duduk dengan memeluk kedua-dua kaki. Kelebihan bagi mereka yang menggunakan kasut atau terdapat sesuatu lapisan dari bahan yang tidak menyerap di sekeliling anda, contohnya seperti plastik. Ia dapat memberi perlindungan terhadap arus yang terhasil daripada panahan kilat di daratan jika kilat memancar berdekatan anda
3
Jika di atas bot terbuka, jangan menonjolkan diri atau berdiri. Dapatkan perlindungan tambahan dengan berlabuh di bawah sesuatu yang agak tinggi seperti jeti dan jambatan
Jika di atas bot terbuka, jangan menonjolkan diri atau berdiri. Dapatkan perlindungan tambahan dengan berlabuh di bawah sesuatu yang agak tinggi seperti jeti dan jambatan
4
Elakkan dari menunggang kuda, basikal, atau menaiki mana-mana kenderaan terbuka. Elakkan juga dari menaiki mana-mana kenderaan tertutup dengan atap yang tidak diperbuat dari logam
5
Elakkan dari berenang
Elakkan dari berenang
6
Seseorang yang berada di kedudukan yang terdedah atau berdekatan dengan ribut petir, dinasihatkan untuk segera mencari perlindungan. Jika sela masa antara kilat memancar dan mendengar guruh kurang dari 15 saat, bergerak dengan cepat ke tempat selamat kerana terdapat bahaya yang bakal terhasil dengan berdekatan pancaran kilat tersebut
7
Elakkan tanah tinggi dan pokok-pokok yang jaraknya jauh antara satu sama lain. Jika tidak dapat dielakkan berada di sekitar sebatang pokok, cari satu kedudukan yang mempunyai sebaran daun yang lebat
8
Elakkan daripada berdiri atau bersentuhan hampir dengan struktur logam yang tinggi, pagar kawat dan ampaian logam
9
Elakkan daripada mengendalikan objek, perkakasan atau barangan metalik dari rambut atau tutup kepala
10
Elakkan hubungan dengan peralatan elektrik dan objek logam contohnya peti sejuk, bingkai tingkap logam, sinki, radio dan TV
11
Jika penggunaan peralatan di rumah atau telefon tidak dapat dielakkan, jauhkan diri daripada alat-alat dan objek logam lain serta gunakan peralatan dan telefon tersebut dalam jangka masa yang singkat sahaja
12
Lindungi peralatan elektronik di dalam atau di luar bangunan-bangunan seperti kuasa utama, komunikasi data, video, input isyarat atau talian telefon termasuk kabel yang masuk dan keluar dari bangunan dengan alat perlindungan tambahan contohnya seperti SPD.
Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

Kalau dah semua perkara perlu dielakkan, apa yang boleh dilakukan? Duduk rumah diam-diam, baca buku cerita atau berbual dengan teman di sebelah ye. Nak tidur? Pun boleh. Hehehe...
Apapun, kita sebagai umat Islam telah diajar untuk membaca doa apabila kita mendengar bunyi guruh atau petir serta kilat. Jika ada yang masih tidak tahu atau ingin mengingati semula doa tersebut, boleh baca di bawah ini :-
Semoga kita terhindar dan diberi keselamatan oleh-Nya...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, thanks sharing.. sheila biasa tutup telinga kalau dengar guruh atau petir. sambil berzikir...
ReplyDeleteentri bgos tapi gambar kurang seswai..ke sengaja seswaikan gambar dgn entri..
ReplyDeletekahkahkah
@Sheila Salim sama-sama... :) takut kan bila dengar guruh kuat2...
ReplyDelete@Katak Comel saje je nak tepek gambar lama... kalau x bosan.. banyak masa & kasi cantik2 skit... bukan selalu buat camni... :)
ReplyDeletegood info ;D
ReplyDelete@CT Humairah thanks awak.. :)
ReplyDeletethanks for the tips.. alkisah kalau kat rumah, kena plak ada guruh.. memang tarik selimut ja
ReplyDeleteTips dan idea yang bagus nie.... cuma gambar hiasan nampak cam kelakar pulak....
ReplyDelete@Al Kisah kalau kt rumah boleh la tarik selimut.. kt luar, biasanya tak tahu buat apa, berdiri je sedangkan berdiri itu yg bahaya.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil hee.. cari gambar takde.. letak je gambar yg ade. huhu...
ReplyDeleteterima kasih kak DN atas petua dan nasihat ini.. terima kasih..
ReplyDeleteboleh dijadikan panduan ni..terima kasih DN...:D
ReplyDeleteapa kena mengena gambar tu semua ngan kisah kilat?
ReplyDeletenampaknya kena lebih berhati2 setiap kali terdengar bunyi kilat ni. lagi2 kalau berada di tengah padang waktu bersukan.. emm..bahaya juga
ReplyDelete@KiD sama2 adik kid.. eh?? :p
ReplyDelete@Ezad Skytech sama2 ezad... :)
ReplyDelete@Blogger Babyface xde kena mengena.. saje letak untuk buat gelak2. hee...
ReplyDeletepanduan supaya lebih berhati2 walau di mana kita berada.. :)
sharing is caring. tq DN
ReplyDelete@Afasz welcome.. :)
ReplyDeletememang betul belajar pasal kilat di entri ni nih..boleh praktikkn nnt..
ReplyDelete@JMR dialu-alukan... :)
ReplyDeletewah..panduan yang sangat lengkap informasinya...kene jaga-jaga bila petir ada. ambil langkah keselamatan yang patut
ReplyDeleteBaru-baru ni ada kes kematian akibat kilat kan?
ReplyDeleteAir Max 270
ReplyDeletePandora Jewelry Official Site
Pandora
Yeezy boost 350 v2
Red Bottom Shoes For Women
Pandora Outlet
Jordan 4
Air Jordan
Kyrie Irving Shoes
Jordan Retro 11
Ryan20181014