Konsert Teaterikal Suara Kita - Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

Hujung minggu pasti rasa sunyi jika tidak diisi dengan sebarang aktiviti. Oleh itu, hujung minggu yang lepas DN telah diberi peluang untuk memeriahkan Konsert Teaterikal "Suara Kita" bersama rakan blogger lain. Walaupun ia merupakan hari terakhir, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain tetap memberikan persembahan terbaik buat kami yang menontonnya.
sumber
Awie - sikapnya yang bersahaja dan menghiburkan sepanjang teater ini berlangsung mengusik hati kami. Kami sering bergelak ketawa apabila pelbagai aksi mencuit hati dilakukan beliau sama ada dirancang atau tidak. Suara nyanyian beliau sudah pasti memukau kami yang mendengarnya.

Erra Fazira - sentiasa dengan perwatakan cantik, ayu dan lemah lembut sepanjang teater ini. Setiap apa yang dilakukan sama ada lakonan di atas pentas atau nyanyian menusuk kalbu kami yang melihatnya. Lebih-lebih lagi lagu-lagu serta watak sedih yang dibawanya. 'Pasrah', lagu yang dinyanyikan beliau dapat dirasai betapa pasrahnya beliau dengan kehidupan yang dilaluinya. Semoga beliau terus tabah melalui perjalanan hidup yang penuh berliku ini.

Ziana Zain - Siapa yang tidak kenal dengan suara lantang beliau tidak kira ketika berlakon atau menyanyi. Aksi menggoda yang dibawakan beliau semasa teater ini berlangsung begitu mempesonakan dan karakter yang dibawakan sangat menghiburkan kami yang menontonnya. Suara nyanyian beliau seperti biasa tetap memukau kami yang mendengarnya.


Syabas diucapkan kepada barisan pelakon dan mereka yang membantu sama ada di depan atau di belakang tabir. Kami sangat berpuas hati menyaksikan teater ini. Ia berjaya membawa kami mengimbau zaman kegemilangan 3 pelakon dan penyanyi hebat ini di atas satu pentas.
Antara blogger yang memeriahkan konsert akhir Teaterikal "Suara Kita" ini. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberi kami peluang untuk menyaksikan teater yang hebat ini. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ESCAPE, boleh layari website berikut : http://www.celcomESCAPE.com

Kami dibenarkan merakam 10 minit pertama Konsert Teaterikal "Suara Kita" - Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ini. saksikan video di bawah...


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

17 Blue Komen:

  1. bestnya dapat tonton teater nie..suka dengan ketiga-tiga pelakon yang berbakat tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau pegi Istana Budaya mesti teringat LASER HIJAU.... ehhehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN.. wahh bestnya pergi tengok.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. best sgt tu...next.....passing2 tiket ek...heee #watmukatakmalu

    ReplyDelete
  5. @Kisah Si Dairy itulah.. ada rezeki di hari terakhri persembahan mereka.. memang pelakon yang hebat dan berbakat mereka bertiga ini.. :)

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil tahu xpe.. tapi mereka di sini kebanyakannya tidak ambil peduli dengan laser tu. huh...

    ReplyDelete
  7. @Sheila Salim bila nk jumpa sheila lg kan... thanks sudi klik tabung sini.. :)

    ReplyDelete
  8. @Makcik Anak 3 kalau ada lebih boleh je nak bagi pada akak... :)

    ReplyDelete
  9. Next time... xde awie... ziana n erra la... xbest

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone bukan rezeki bro nk tengok diorg perform.. :)

    ReplyDelete
  11. wahhh...bestnya dapat tengok...memang tak sangka Awie ni sebenarnya ada bakat komedi juga...hee

    ReplyDelete
  12. diaorang ni kira dah berstatus kuda tua.

    awie masih laku sebagai hero..tetapi makcik 2 orang tu..dh sesuai pegang watak makcik atau kakak kepada hero aje

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech awie sgt2 kelakar.. xsangka, ingat garang. hee...

    ReplyDelete
  14. @Blogger Babyface sbb itu bila disatukan untuk mengimbau zaman kegemilangan masa muda mereka, mmg terkesan.. :)

    ReplyDelete
  15. Event macam nie pun dah lama xdapat dah

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^