Hujung minggu pasti rasa sunyi jika tidak diisi dengan sebarang aktiviti. Oleh itu, hujung minggu yang lepas DN telah diberi peluang untuk memeriahkan Konsert Teaterikal "Suara Kita" bersama rakan blogger lain. Walaupun ia merupakan hari terakhir, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain tetap memberikan persembahan terbaik buat kami yang menontonnya.
![]() |
sumber |
Erra Fazira - sentiasa dengan perwatakan cantik, ayu dan lemah lembut sepanjang teater ini. Setiap apa yang dilakukan sama ada lakonan di atas pentas atau nyanyian menusuk kalbu kami yang melihatnya. Lebih-lebih lagi lagu-lagu serta watak sedih yang dibawanya. 'Pasrah', lagu yang dinyanyikan beliau dapat dirasai betapa pasrahnya beliau dengan kehidupan yang dilaluinya. Semoga beliau terus tabah melalui perjalanan hidup yang penuh berliku ini.
Ziana Zain - Siapa yang tidak kenal dengan suara lantang beliau tidak kira ketika berlakon atau menyanyi. Aksi menggoda yang dibawakan beliau semasa teater ini berlangsung begitu mempesonakan dan karakter yang dibawakan sangat menghiburkan kami yang menontonnya. Suara nyanyian beliau seperti biasa tetap memukau kami yang mendengarnya.
Syabas diucapkan kepada barisan pelakon dan mereka yang membantu sama ada di depan atau di belakang tabir. Kami sangat berpuas hati menyaksikan teater ini. Ia berjaya membawa kami mengimbau zaman kegemilangan 3 pelakon dan penyanyi hebat ini di atas satu pentas.
Antara blogger yang memeriahkan konsert akhir Teaterikal "Suara Kita" ini. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberi kami peluang untuk menyaksikan teater yang hebat ini. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ESCAPE, boleh layari website berikut : http://www.celcomESCAPE.com
Kami dibenarkan merakam 10 minit pertama Konsert Teaterikal "Suara Kita" - Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ini. saksikan video di bawah...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
bestnya dapat tonton teater nie..suka dengan ketiga-tiga pelakon yang berbakat tu.
ReplyDeleteKalau pegi Istana Budaya mesti teringat LASER HIJAU.... ehhehehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum DN.. wahh bestnya pergi tengok.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
ReplyDeletebest sgt tu...next.....passing2 tiket ek...heee #watmukatakmalu
ReplyDelete@Kisah Si Dairy itulah.. ada rezeki di hari terakhri persembahan mereka.. memang pelakon yang hebat dan berbakat mereka bertiga ini.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil tahu xpe.. tapi mereka di sini kebanyakannya tidak ambil peduli dengan laser tu. huh...
ReplyDelete@Sheila Salim bila nk jumpa sheila lg kan... thanks sudi klik tabung sini.. :)
ReplyDelete@Makcik Anak 3 kalau ada lebih boleh je nak bagi pada akak... :)
ReplyDeleteRasa menyesal pula tak join...
ReplyDelete@Bro Framestone xpe... next time ada lagi.. :)
ReplyDeleteNext time... xde awie... ziana n erra la... xbest
ReplyDelete@Bro Framestone bukan rezeki bro nk tengok diorg perform.. :)
ReplyDeletewahhh...bestnya dapat tengok...memang tak sangka Awie ni sebenarnya ada bakat komedi juga...hee
ReplyDeletediaorang ni kira dah berstatus kuda tua.
ReplyDeleteawie masih laku sebagai hero..tetapi makcik 2 orang tu..dh sesuai pegang watak makcik atau kakak kepada hero aje
@Ezad Skytech awie sgt2 kelakar.. xsangka, ingat garang. hee...
ReplyDelete@Blogger Babyface sbb itu bila disatukan untuk mengimbau zaman kegemilangan masa muda mereka, mmg terkesan.. :)
ReplyDeleteEvent macam nie pun dah lama xdapat dah
ReplyDelete