Merungkai Punca Air Spritzer - Tiada Apa Yang Disembunyikan


Sabtu lepas, DN dan rakan blogger lain telah membuat lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Taiping, Perak. Kami berkumpul seawal 7.30 pagi dan bergerak ke sana sejam kemudian. Seramai 22 orang blogger terlibat dengan lawatan ini dan kami menaiki bas menuju ke sana.

Dalam perjalanan, ketua rombongan kami merangkap tuan organizer, Bro Framestone memberi sedikit taklimat dan kami diberikan tugasan untuk menyiapkan serta menghantarnya sebelum lawatan berakhir. Seterusnya, wakil Spritzer memberikan kata-kata aluan kepada kami. Bagus juga tugasan sebegini. Secara tidak langsung kami mendapat gambaran dan maklumat awal berkaitan Spritzer sebelum tiba di sana.

Kredit Hafiz Rahim
Sekitar jam 1.30 petang, selepas singgah makan tengah hari di Taiping, kami tiba di lokasi. Bersih dan kemas kilang ini. DN pernah terbaca perkongsian dari orang lain bahawa kilang ini terletak berhampiran dengan jirat Cina. DN tidak nampak sebarang kubur di sekitar kilang ini kecuali dalam perjalanan tadi, lebih dari 5km jauhnya terdapat jirat (kubur) Cina yang besar. Memang kami ada melalui jirat ini untuk ke kilang tetapi ia tidak terletak di tanah kilang Spritzer. Kilang Spritzer ini mempunyai keluasan tanah sebesar 330 ekar iaitu bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak. Besar kan!

Turun sahaja dari bas, kami dijemput oleh pihak Spritzer dan taklimat berkaitan Spritzer dimulakan. Sebelum itu, pelbagai jenis air Spritzer kami ambil untuk minum sambil mendengar taklimat yang diberikan. Produk keluaran Spritzer yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut :-










Sedikit fakta berkaitan Spritzer yang DN dapat dari taklimat tersebut adalah :-
  1. Kilang ini sudah beroperasi selama 25 tahun
  2. Tersenarai di dalam Bursa Malaysia KLSE 1 September 2000
  3. Spritzer Berhad - 5 anak syarikat (Chuan Sin Sdn Bhd, Chuan Sin Cactus Sdn Bhd, Pet Master Sdn Bhd, Golden Pet Industries Sdn Bhd dan Angenet Sdn Bhd)
  4. Penutup botol putih - Air Suling (Tiada mineral)
  5. Penutup botol biru, hijau @ merah - Air Bawah Tanah (Air Mineral)
  6. 5 lapisan bawah tanah - sandclay, laterite, siltstone, shale, quartz

Taklimat berhenti seketika untuk kami meninjau tapak lokasi punca air Spritzer ini. Lokasi yang terletak lebih kurang 2km dari kilang Spritzer menyebabkan kami perlu ke lokasi punca air Spritzer dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Sebelum tiba di punca air pertama, kami berhenti seketika untuk melihat dengan mata sendiri loji Lembaga Air Perak (LAP) yang terletak tidak jauh dari kilang Spritzer. Walaubagaimanapun, loji berkeluasan sekitar 200 ekar ini dipagar dan tidak termasuk di dalam tanah kilang Spritzer ini. Keseluruhan tanah Spritzer ini selain daripada kilang adalah hutan hujan tropika.

Punca air Spritzer diambil di beberapa tempat di dalam tanah mereka dan kini mereka sudah mempunyai 9 punca air Spritzer yang diambil pada kedalaman 400 kaki dari bawah tanah. Mereka masih mencari punca air lain di dalam kawasan tanah mereka yang berkeluasan 330 ekar ini. Rumah di atas merupakan rumah pam di mana air yang diambil dari kedalaman 400 kaki akan di pam menggunakan 'booster pump' dan disalurkan dengan menggunakan paip 'stainless steel' ke tempat penyimpanan air. Setiap hari pekerja mereka akan datang ke sini untuk membuat quality control bagi menjamin kualiti air yang disalurkan dari punca air ini.

Spritzer telah mendapat pelbagai anugerah sejak beroperasi di sini. Antara anugerah yang diterima adalah :-
  1. Readers' Digest Trusted Brand Platinum Award - 12 tahun berturut-turut. Satu-satunya jenama air mineral yang dianugerah oleh Readers' Digest.
  2. Frost & Sullivan Asia Pacific Bottled Water Company of The Year - 4 tahun berturut-turut.
  3. Best Brands Signature Award, dianugerahkan oleh The Brandlaureate.
  4. Tercatat di dalam "Malaysia Book of Record" kilang pembuatan air botol terbesar di Malaysia.
Selain itu, Spritzer juga telah disahkan oleh JAKIM, SIRIM, HACCP dan KKM. Bezanya air mineral Spritzer dengan jenama lain adalah kandungan silikon / asid ortosilisik (OSA) yang tinggi di mana ia dapat menyekat penyerapan aluminium dan mencegah dari penyakit alzheimer (kehilangan memori) dengan kekerapan minum 1L Spritzer sehari. Air mineral Spritzer juga dapat menjadikan rambut dan kuku yang lebih sihat, kulit yang lebih cantik dan anti-penuaan serta tulang yang lebih kukuh.
Kami telah dibawa melawat tempat pemprosesan air di kilang Spritzer ini. Setiap seorang dari kami diberi tutup kepala bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan rambut gugur lalu masuk ke dalam air. Untuk yang bertudung seperti DN, tidak perlu memakai tutup kepala tersebut. Apabila masuk sahaja ke tempat pemprosesan, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Walaubagaimanapun, apa yang DN lihat di dalamnya adalah mereka memiliki mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya. Langsung tidak dikendalikan oleh tangan manusia bagi menjamin kebersihan dan kualiti air yang dihasilkan Spritzer.

Oleh itu, apa yang DN dapat simpulkan di sini dari pemerhatian DN adalah air mineral Spritzer adalah minuman yang bersih dan terjamin kualitinya untuk diminum. DN sudah melihat sendiri dan tiada apa yang disembunyikan oleh mereka. Jika kalian ingin melihat sendiri kilang Spritzer ini, hubungi Bahagian Perhubungan Awam Spritzer untuk temujanji. Mereka sedia menerima tetamu kerana tiada apa yang disembunyikan selama ini. Mereka boleh dihubungi seperti berikut :-

Company : Chuan Sin Sdn. Bhd.
Address : Lot 898, Jalan Reservoir,
Off Jalan Air Kuning,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 801 2663
Customer Service Hotline : 1800 88 3111
Working Hour : MON – FRI (9.00 am – 6.00 pm)
SAT (9.00 am – 1.00 pm)
SUN & Public Holiday (OFF)
Fax : +605 801 2118
Email : info@spritzer.com.my
Website : www.spritzer.com.my

Info terbaru yang ingin dikongsikan bersama oleh Spritzer adalah taman rekreasi dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan Jun 2014 ini. Antara yang menarik di taman rekreasi ini adalah terdapat tapak mini golf 18 lubang, kafeteria, kedai cenderamata, auditorium, galeri dan lawatan kilang. Pastinya ia akan menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik di Taiping ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, wahh jauhnya berjalan. hehe atleast dah tengok kilang camni, rasa tak was-was nak guna brand spritzer kann ~~~

    ReplyDelete
  2. Informasi yang sangat baik. Berdasarkan fakta sebenar..:)

    ReplyDelete
  3. kami orang pertama tulis entri spritzer ni ualls, hihi XD

    ReplyDelete
  4. baguslah diorang ada inisiatif yang buat hebahan pencerahan mengenai rumours yang bermain di fikiran ramai orang....

    ReplyDelete
  5. @SentiasaPanas lihat sendiri... baru judge.. itu yg betul...

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil usaha yg harus dipuji... terbuka lagi utk siapa2 yg ingin melihat sendiri prosesnya...

    ReplyDelete
  7. tentunya sumber air yang dihasilkan sudah melalui penelitian yang mendalam apakah layak dikonsumsi atau tidak.

    ReplyDelete
  8. bagus la SPRITZER anjurkan program macam ni...dapatlah menangkis semua spekulasi yang tidak benar yang dilontar pihak yang tidak bertanggungjawab yang menuduh macam2 pasal air keluaran syarikat SPRITZER ni...minum la SPRITZER tanpa was2..:D

    ReplyDelete
  9. @kamal betul tu... harus kaji dan teliti dahulu sebelum meletakkan sebarang konklusi...

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech hee... kami yg sudah pergi akan minum tanpa was2.. mereka yang belum pergi, terpulang pada mereka untuk minum atau tidak.. :)

    ReplyDelete
  11. Harap akan datang ada peluang macam nie lagi

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone betul tu.... jangan lupa ajak DN lagi ye bro... ^_^

    ReplyDelete
  13. bestlah dapat peluang sebegini.
    bukan senang nak ada peluang pengilang ajak kita datang bertandang ke kilang mereka.

    puaslah minum air mineral..kan ..kan

    ReplyDelete
  14. @Blogger Babyface mmg puas... smpai hari ini air tak habis lagi. hee...

    ReplyDelete
  15. suke air POP itu..hehee.. menyegarkan..

    ReplyDelete
  16. Bestnya kalau dapat organize event seperti ini lagi....

    Rindu zaman memuda dulu, buat benda yang kita suka sebagai kerjaya...

    Rindu sangat...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^