Movie Review : Lu, Gua Bro!

 Comel kan tengok diorang. Heee.... Filem "Lu, Gua Bro!" ini sudah mula ditayangkan bermula 27 Mac 2014. Filem komedi arahan Ismail 'Bob' Hasim ini sangat segar dan bersahaja dengan menampilkan pelakon baru MIG dan pelakon berpengalaman. Antara pelakon yang terlibat adalah Zalif Sidek, Epy Kodiang, Nina Iskandar, Eddy Rauf, Rahim R2, Hamid Gurkha, Lan Zailan, Kathy Azean dan ramai lagi.
"Lu, Gua Bro!" mengisahkan tentang dua orang sahabat baik Yu (Zalif Sidek) dan Me (Epy Kodiang) yang telah berkawan sejak dari kecil lagi. Mereka tetap bersama walau apa pun berlaku. Sejak dari kecil juga, Yu meminati Hawa (Nina Iskandar) dan Me menyokong hubungan mereka berdua. Walaubagaimanapun, apabila mereka meningkat dewasa, Hawa dan Me meninggalkan kampung untuk menuntut ilmu. Tinggallah Yu keseorangan di kampung. Yu bertekad untuk ke bandar dan tidak disangka Yu dapat berjumpa kembali Me tetapi dalam keadaan yang sangat bahaya. Mereka terpaksa bergelut dan berlawan dengan orang-orang yang tidak dikenali sehingga Yu hampir jatuh dari tingkat atas bangunan.

Adakah Yu berjaya diselamatkan oleh Me atau jatuh dari bangunan? Bagaimana hubungan persahabatan mereka selepas itu? Dapatkan mereka berdua meloloskan diri dari keadaan yang berbahaya tersebut? Kenapa keadaan sangat berbahaya untuk mereka berdua? Dapatkah Yu dan Hawa kembali bersatu? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.
Pada pendapat DN, pertama kali melihat tajuk filem ini "Lu, Gua Bro!" seperti pasti cerita ini biasa sahaja. Filem komedi yang cuba dibuat-buat lawaknya untuk membuatkan penonton ketawa. Ternyata sangkaan DN meleset sama sekali. Lawak yang bersahaja dan tidak keterlaluan membuatkan kami yang menontonnya gelak sepanjang masa di panggung. Tidak perlu berfikir, tidak perlu menguap kerana mengantuk, duduk sahaja dan menonton sambil bergelak ketawa. Sesuai untuk menghilangkan stress dari bekerja. Tahniah diucapkan kepada Ismail 'Bob' Hasim kerana berjaya mengarahkan filem komedi yang segar, bersahaja dan lawak yang tidak keterlaluan di dalam filem ini. Walaubagaimanapun, DN tidak dapat menangkap dimanakah scene Lu, Gua dan Bro di dalam filem ini. Yu dan Me adalah. Huhuhu... DN berikan 3.5/5 untuk filem ini.
Selamat menonton! ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Ingatkan cerita pasal Bro tadi... rupanya tidakkkkk T-T

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum DN, macam kelakar je cerita ni. hehe singgah menabung lazada sini~~~

    ReplyDelete
  3. Hurmmm....nampaknya tahun nie memang citer pasal si Zalif je la yea.... untung betul dia...

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone kalau bro mcm zalif, boleh kot... hihihi... :p

    ReplyDelete
  5. @Sheila Salim memang kelakar.. asyik gelak je kitorang dlm panggung tau...

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil betul tu.. banyak filem2 dia keluar tahun ini..

    ReplyDelete
  7. den filem melayu leh lyn ctr mamat khalid jew

    ReplyDelete
  8. @Muhammad Syazwan Norhalik filem beliau baru2 ini kurang menyengat seperti sebelumnya...

    ReplyDelete
  9. budak zaliff dah meningkat naik... kena layan gelak gak ni....

    ReplyDelete
  10. nak layan gelak2 kena tengok ni movie ni...takkan asyik nak layan movie english je kan...hee

    ReplyDelete
  11. @Muhammad Syazwan Norhalik : aq da tengok movie mamat khalid yang baru2 ni macam kureng je...hantu salah serang kampung...tak lawak der...adehhh...

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone : asalkan tajuk movie MIG ni ada "bro"...mati2 sy ingat bro berlakon dalam movie tu...heee

    ReplyDelete
  13. belum cukup kuat untuk tarik saya ke pawagam ..cite ni.

    harap time raya nanti..takdelah ditayangkan

    ReplyDelete
  14. @KiD nampak tahun ni byk filem2 dia berlakon kan....

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech boleh la utk gelak2.. cerita camni xserious pun & xpenat nak fikir.. :)

    ReplyDelete
  16. @Blogger Babyface citarasa setiap orang berbeza... ada yang mahu tengok cerita untuk gelak2, ada yang hendak melihat cgi yg menarik, ada yang nak tengok cerita perang2 dll.. kalau keluar raya nanti, ok lah tu.. :)

    ReplyDelete
  17. @Afasz mana tahu raya dh keluar, tengok la nanti.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^