Restoran Makanan Halal di Phnom Penh, Cambodia

Semasa di Phnom Penh, tidak banyak restoran makanan halal yang DN pergi. DN hanya pergi 2 kali sahaja iaitu ketika pertama kali tiba di Phnom Penh dan kali kedua apabila kembali ke Phnom Penh dari Siem Reap sebelum berangkat ke Ho Chi Minh City keesokan paginya. Selebihnya, DN dan rakan-rakan blogger menikmati makan tengah hari / malam di tepi sungai Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS).

Restoran yang kami kunjungi semasa pertama kali menjejakkan kaki di Phnom Penh adalah Cafe Malaya. Ia terletak di alamat berikut :-

Cafe Malaya
No. 65, RUE 118,
Sangkat Phsar Thmei 1, Kaun Daun Penh,
Phnom Penh, Cambodia.

Cafe Malaya menawarkan makanan buffet yang berharga USD5 seorang. Harga buffet ini tidak termasuk air. Oleh itu, pastinya pelanggan perlu membayar lebih dari USD 5 untuk tambahan minuman yang dipilih.

Uniknya di Cafe Malaya ini adalah kerana dinding kedai ini dipenuhi dengan namecard. Biasa kita ke mana-mana kedai pasti ada gambar pemilik kedai dengan artis atau tokoh terkenal tetapi di sini penuh dengan namecard. Siapa sahaja boleh memberikan namecard kepada mereka untuk diletakkan di sini. Cuba tengok atas tu? Agak2 ada tak namecard korang? Hihi....

Sila abaikan gambar makanan DN di atas. Maklum sahaja, baru pertama kali hendak mencuba masakan orang Phnom Penh. Tentunya DN tidak mengambil makanan dengan tamaknya. Bila ambil sedikit, nak tambah lagi segan pula. Huhu... Ternyata makanan di sini sedap dan boleh diterima oleh tekak.

Kedai kedua yang DN kunjungi sekembalinya perjalanan yang panjang dari Siem Reap adalah Restoran Asmak 81. Restoran di sini menawarkan wifi percuma. Pastinya dicari-cari oleh DN yang tidak mempunyai talian tempatan untuk menggunakan telefon dengan kadar yang lebih murah. Restoran ini terletak di alamat berikut :-

Asmak 81 Restaurant
20B, St 154, 
Sangkat Phsa Thmei 3 | Khan Daun Penh, 
Phnom Penh, Cambodia

Di restoran ini mereka menawarkan lebih pelbagai jenis makanan. Selain daripada masakan tempatan, mereka juga menawarkan makanan barat seperti burger, pizza dan chicken chop. Tetapi pastinya masakan sebegini yang dipilih oleh kami. Makan beramai-ramai sambil beramah mesra dengan tetamu istimewa. Ingat lagi DN ada beritahu bahawa makan malam kami di Phnom Penh sangat istimewa?
Istimewa kerana kami dapat makan malam dan beramah mesra bersama Tuan Syed Azmin Syed Nor, Executive Chairman Commerce Dot Com. Siapa yang mengenali atau pernah mendengar nama beliau, pasti mengetahui siapakah beliau. Tidak perlu dinyatakan di sini seperti yang dipinta, yang penting beliau sangat humble dan senang untuk berbicara. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan, beliau masih sudi bertemu kami. Terima kasih diatas kesudian untuk bertemu, beramah mesra dan meluangkan masa makan malam bersama kami semua.

Selesai sudah aktiviti DN sepanjang berada di Phnom Penh. Keesokan paginya, kami menaiki bas menuju ke Ho Chi Monh City pula. Kisah sepanjang DN di Phnom Penh boleh dibaca seperti di bawah :-


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

25 Blue Komen:

  1. tak susah la nak cari tempat makanan halal di sana ye.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum DN, wahh sodapnya menu2 dia. terliur kita DN. ehh taknampak kad DN pun.. hehee ~~~

    ReplyDelete
  3. kat sana banyak kedai2 halal kan..senang skit...tp ada yang boleh diterima tekak ada yang x kan...

    ReplyDelete
  4. makanan kat sana dengan malaysia, mana lebih sedap dan berbaloi dari segi bayaran? hihi XD

    ReplyDelete
  5. kiranya makanan diorang nei sedap dan boleh makan tanpa was2x la kan

    ReplyDelete
  6. @Kisah Si Dairy xsusah pun... in fact, hotel yg kami duduk pun boleh makan dgn senang hati.. :)

    ReplyDelete
  7. @Sheila Salim mmg masakan di sini sedap & kena dgn tekak.. :)

    segan nak bg kad DN.. Nanti meriah sgt, tenggelam namecard diorg yg lain2. hehe... :p

    ReplyDelete
  8. @Amanda Suria betul tu.. setakat ni yg DN pegi semua boleh diterima tekak.. :)

    ReplyDelete
  9. @magzbloggers negara masing2 mempunyai keistimewaan dan keunikan masing2... dari segi harga, makanan di Malaysia lebih murah berbanding di sana kerana mereka menggunakan USD... :)

    ReplyDelete
  10. hemm,,nampak sangat sedap sekali makannya.banyak pula.awas jangan sampai kekenyangan.

    ReplyDelete
  11. ada kedai makan yang halal tapi agak susah la ye nak cari kat sana ye DN..

    ReplyDelete
  12. @kamal alhamdulillah... berhenti sebelum kenyang.. :)

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech xsusah pun ezad.. in fact, hotel yang kami duduk juga menyediakan makanan halal.. :)

    ReplyDelete
  14. @Makcik Anak 3 hee.. tapi tetap tak lawan masakan malaysia lagi. atau lebih tepat masakan jawa.. :)

    ReplyDelete
  15. Masakan lebih kurang sama macam menu di Malaysia.

    Mana nak cari dekat Malaysia pada harga macam tue ek?

    ReplyDelete
  16. @Bro Framestone boleh cari kot... area rumah bro mesti tidak semahal makan di KL kan...

    ReplyDelete
  17. @Bro Framestone boleh cari kot... area rumah bro mesti tidak semahal makan di KL kan...

    ReplyDelete
  18. Huishhh terliur ena tengok. Sedapnyaaa. Lepas ni kalau ada rezeki ke sana, boleh la singgah kedai makan yang kak DN share kan ni.

    ReplyDelete
  19. @✿AINAA ROSEBERRY✿ insyaAllah... rezeki akan datang satu hari nanti... akak doakan... :)

    ReplyDelete
  20. @deq noor : oh, yeke DN...so, memang tak payah risau la nak cari makanan halal kalu berkunjung ke Phnom Penh ni...bagus la macam tu...mudahlah orang Muslim yang melancong ke sana nak cari makanan halal... :D

    ReplyDelete
  21. pas ni..bolehlah dijadikan blog DN sebagai rujukan utk cari restoran sedap lagi halal di Phnom penh

    ReplyDelete
  22. @Ezad Skytech betul... duduk je kt hotel holiday villa ni.. nak makan pun xrisau.. :)

    ReplyDelete
  23. @Blogger Babyface thanks.. insyaAllah jika berpeluang ke sini lagi, DN kongsikan tempat2 lain pula.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^