Review Filem : Zombi Kilang Biskut

Filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid bertajuk "Zombi Kilang Biskut" akan ditayangkan di 88 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei hari ini, 20 Mac 2014. Filem terbitan Enjit Semut Sdn Bhd dan edaran TGV Pictures ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Man Kadir, Delimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Soffi Jikan, Wani NS, Ilya Buang, Adam AF, Zainuri Misfar dan ramai lagi.
"Zombi Kilang Biskut" mengisahkan tentang Usin (Awie) telah kembali ke Kampung Pisang dan bersetuju untuk bekerja sebagai technician di Kilang Biskut. Hari pertama bekerja, Usin berasa pelik apabila ternampak kelibat berupa zombi di kilang itu. Usin memaklumkan kepada Sofea (Dayana Roza) jika berlaku apa-apa kejadian pelik di kilang tersebut. Sofea serba salah untuk memberitahu apa yang sedang dilakukan oleh Dr. Sofi (Soffi Jikan) kepada Usin. Keadaan lebih meruncing apabila ramai pekerja yang pengsan di kilang itu. Huru-hara dan kucar-kacir tercetus apabila zombi mula menyerang kembali dan dalam masa yang sama Kamariah (Eina Azman) ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Mereka perlu berhadapan dengan zombi dan pontianak dalam masa yang sama.

Apa yang terjadi seterusnya? Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi tersebut? Siapa pula Kamarian yang mengganggu mereka? Segalanya terjawab dengan menyaksikan filem "Zombi Kilang Biskut" ini yang sudah berada di pawagam hari ini, 20 Mac 2014. Saksikan trailer di bawah untuk melihat serba sedikit ringkasan mengenai filem ini.


Pendapat peribadi DN, bukan senang untuk membuatkan orang ketawa. Bukan senang untuk melahirkan filem yang boleh buat penonton duduk diam menonton sehingga habis dan berpuas hati dengan filem yang ditonton. Filem komedi ini memang terselit komedi di dalamnya tetapi jika hendak dibandingkan dengan filem "Zombi Kampung Pisang" ternyata filem sebelum ini lebih menghiburkan. Filem kali ini agak meleret di dalam satu-satu scene sehingga membuatkan penonton jemu seketika, kemudian apabila berubah kepada scene yang lebih santai dan menghiburkan, baru penonton ketawa serta fokus kembali. Kelainan yang cuba digandingkan bersama dengan penampilan pontianak di dalam filem ini sangat berkesan dan menghiburkan. DN berikan 3.5 / 5 untuk filem komedi ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. wah dah advance sekarang ni, ada zombi kilang biskut pulak dah... he he he...

    ReplyDelete
  2. rekemen tak..nak g nengok ke tak nak..hihiii

    ReplyDelete
  3. mesti menarik ni kan...SA x sabar nak pi tgok..x pernah miss hasil kerja mamat khalid

    ReplyDelete
  4. leka plk zura tgk trailer tuh, ternganga tgk...CGI dh makin cantik...tetiba rs nk g tengok...

    ReplyDelete
  5. owh... meleret2.. tu yang tak berapa tu... selamat menonton!!

    ReplyDelete
  6. @Makcik Anak 3 kalau nak bergelak ketawa, rekomen sgt2.. :)

    ReplyDelete
  7. @Zura Lee yup.. CGI makin cantik... tengok lah nanti.. :)

    ReplyDelete
  8. @KiD hee... tetap scene yg lawak menghiburkan penonton.. :)

    ReplyDelete
  9. da tengok da Zombi Kilang Biskut tapi masih macam ada yang kureng...ada sambungannya lagi pula tu...

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech tetap zombi kampung pisang lagi best kan... :)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hantu kak limah lg best. Z.k.b awal smp pertengahan je ok.pastu smp ending fail

    ReplyDelete
  13. @MNFAZYZE hihi... semoga mereka berusaha untuk terus memperbaiki segala kelemahan yg ada.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^