Speaker X-Mini ME Kecil dan Comel

Beberapa hari ini DN sangat rajin untuk menonton cerita dan mendengar lagu di laptop DN. Ini gara-gara adanya X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini bersama DN. Kadangkala, laptop yang tengok DN disebabkan DN sudah belayar ke mana-mana entah. Hee....
Sudah beberapa hari DN melayani X-Mini ini. Bentuknya yang comel dan kecil ini sangat mudah untuk DN meletakkannya di mana sahaja. Selain itu, X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini juga mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan. Sekali tengok macam bukan speaker kan. Walaupun speaker ini kecil, bunyi yang boleh didengari tidak sekecil speaker ini. Bunyinya halus tetapi jelas untuk didengari seluruh ruang tamu rumah DN.
 Bukan DN sahaja yang menggunakan speaker X-Mini ini, adik DN juga berminat untuk menggunakannya. Dari telefon beliau, apabila pasang speaker ini, semua orang kena dengar lagu Korea kegemaran beliau. Huhuhu... Layankan sahaja. Agak-agak dah jemu dengar lagu Korea, DN ambil speaker X-Mini ini dan sambung semula ke laptop. Layan movie lagi nampaknya. Heee...
Ciri-ciri X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini adalah seperti berikut :-
  • Dimensi : 44mm x 38mm
  • Berat bersih : 44g
  • Speaker : magnet dilindung 31mm (3.6ohm)
  • Pembesar suara output : 1.5 Watt
  • Frekuensi Respon : 200Hz - 20kHz
  • Isyarat ke Bunyi : >80desibel
  • Masa main semula : sehingga 6 jam
  • Kapasiti Bateri : 230mAh
  • Voltan Bateri Mengecas : 5Volt (USB)
  • Caj Bateri Masa : Minimum 1.5 jam
  Harga : SGD29.90 (~RM100) tidak termasuk kos penghantaran
Pembelian secara online http://store.x-mini.com/


Selain daripada X-Mini ME Thumb-Size Speaker ini, terdapat produk lain yang berada di pasaran. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan X-Mini ME Thumb-Size Speaker dan produk lain, boleh merujuk maklumat di bawah :-


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. Kalau nak layan muzik or movie memang best gak lagi satu sebab speaker dia kecil tapi bunyinya gempak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. perrghh best ni kalau dpt beli... selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  3. @hazman fadzil kecil2 cili padi namanya ni kan. hihi...

    ReplyDelete
  4. @Amanda Suria mmg best terutama kecil & mudah hendak dibawa ke mana2 tu..

    ReplyDelete
  5. @Sheila Salim ada rezeki beli lah.. & kalau suka dengar lagu kuat2, mmg sgt sesuai speaker ni.. :)

    ReplyDelete
  6. cam best je speaker nie.. murah plak tuh

    ReplyDelete
  7. @CikLily Putih best... bak kata kid, bergegar meja. hihihi...

    ReplyDelete
  8. tu la..tengok ramai pula blogger yang guna speaker ni...rasa macam nak beli la pula...hee

    ReplyDelete
  9. kalau layan sorang2 best rasanya. tapi kalau saya pasang lagu kegemaran saya..orang lain pulak tak boleh layan. minat yg berbeza.

    tapi speaker kecil mcmni senanglah nak bawak ke hulu hilir dengan mudah

    ReplyDelete
  10. @Blogger Babyface DN pun layan sorang2 guna speaker ni... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^