Kali kedua DN ke Saigon atau dikenali kini sebagai Ho Chi Minh City (HCMC), DN menginap di Hotel An Tam. Hotel ini terletak tidak jauh dari Ben Thanh Market iaitu sekitar 1 minit berjalan kaki sahaja.
No. 22, Nguyen An Ninh,
Ben Thanh Ward, Dist.1,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel : (84.8) 38 235 169 - 38 235 053 - 38 237 109
Fax : (84.8) 38 235 018
Email : info@antamhotel.com
Website : www.antamhotel.com
Seperti yang diketahui umum, kebanyakan hotel -hotel di Vietnam bersaiz kecil. Dari hadapan pintu ia kelihatan hanya bersaiz 10 kaki sahaja dan ia akan memanjang ke dalam. Oleh itu, kita akan melalui ruang santai atau ruang menunggu sebelum ke receptionist. Walaupun nampak kecil, Hotel An Tam ini tetap mempunyai lif untuk membawa tetamu ke bilik penginapan masing-masing.
Akhirnya, DN tiba di bilik yang kecil tetapi muat untuk 1 katil queen di dalamnya. Masih selesa untuk 2 orang di dalam bilik ini tetapi kena bergilir-gilir lah. Tidak boleh 2 orang berjalan serentak di dalam bilik. Bilik ini berharga RM113 semalam.
Ini kerana ruang tepi katil terdapat sebuah kerusi dan meja kecil yang diletakkan telefon di atasnya. Manakala di kaki katil terdapat almari, LCD TV, meja dengan pantry di atas serta peti ais kecil di bawah. Ruang yang agak terhad memang sempit jika berselisih bahu. Selain itu, ruang yang agak terhad ini juga menjadi tempat untuk solat maka toleransi di dalam bilik sangat perlu.
Apabila masuk ke bilik mandi, terpegun seketika kerana bilik mandi ini sangat luas. Siap ada bath tub lagi. Boleh tidur di dalam bilik mandi ni. Hihihi... Tergelak DN kerana keluasan bilik mandi separuh dari bilik tidur tadi.
Kenapa bilik tidur lebih kecil manakala bilik mandi besar, DN tidak pasti. Apa yang pasti untuk tidur sehari dua di sini masih selesa. Lebih-lebih lagi wifi percuma disediakan cuma ketika DN menginap disini, ada masalah dengan wifi mereka maka DN tidak dapat menggunakan perkhidmatan wifi percuma tersebut.
Selain daripada berdekatan dengan Ben Thanh Market, di hotel ini terdapat restoran makanan halal bernama Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines. Ia terletak di tingkat 1 Hotel An Tam. DN bersarapan pagi di restoran ini sebelum check out. Memang sangat sesuai untuk mereka yang pertama kali dan tidak mengetahui atau tidak tahu di mana tempat-tempat makan halal di Ho Chi Minh City ini.
Kepada yang ingin mencari tempat makan halal di Saigon, boleh baca entry DN "Makanan Halal di Ho Chi Minh City". DN akan buat entry Part 2 pula untuk tempat-tempat restoran makanan halal lain yang DN pergi sepanjang di Ho Chi Minh City. Stay tuned! :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
macam best jer DN...
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid best sebab nak jln shopping dekat. heee....
ReplyDeletekat sini lah kid tinggalkan roti-roti dan pizza yang kita bawak sebagai bekalan.. hehehe
ReplyDelete@KiD byk sgt bekalan... xmampu nak habiskan. hee...
ReplyDeleteKalau suami isteri yang tengah bergaduh berhoneymoon dekat sini sure memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
ReplyDeleteRisau ada yang tarik muka atas katil n ada yang kena tidur dalam toilet he..23x
bestnye DN. Zuan skrng kena hold dulu minat suka travel ni.. for the sake of 5 years retirement plan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, wahh bestnya. tapi walaupun bilik nampak kecil bilik air ada bath tab. itu special dia. hehehe bestnya DN dapat ke sini. singgah menabung digi ~~~
ReplyDeletebilik air besar sejukkan bilik tidor agaknya.
ReplyDeleteentah bila SA boleh repeat Ho Chi Minh ni...
ReplyDeleteperghhh.... puas la kalau mandi kat shower cenggini rupanya....
ReplyDelete@deq noor
ReplyDeletesalam..
asal boleh letak badan kira best heee sb kita dapat hilangkan rasa penat
mungkin katilnya besar tak sesuai dengan keluasan bilik tu punca utama ruangnya makin sempit..hehee..
ReplyDelete@Bro Framestone fikir yg lebih positif.. lebih merapatkan hubungan suami isteri... :)
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik nevermind... you know what best for you.. good luck! :)
ReplyDelete@Sheila Salim itulah... tp masa xbyk, xboleh nk berendam dlm bath tub pun. huhuhu...
ReplyDelete@Denaihati hmm... maybe... hee..
ReplyDelete@Amanda Suria insyaAllah satu hari nanti.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil mmg puas tp bukan nk berendam kt bilik je kan... hihihi..
ReplyDelete@suri betul tu.. lebih byk masa kt luar dr dlm bilik.. :)
ReplyDelete@Dkna Abza mungkin... tp kalau letak katil single pun sama kot sempitnya...
ReplyDeleteThank you for the recommendation and review. Happy blogging!
ReplyDeletetidur dalam bathroom pun syok ni..lagi luas daripada bilik...hee...
ReplyDelete@Sook Teng thanks for drop by here... :)
ReplyDelete@Ezad Skytech kan ezad... sejuk je rasa... :)
ReplyDeletesempat xpe, janji dkt dgn restorn halal & tmpt shopping/..;-p
ReplyDelete@JMR hihihi.. betul tu.. :)
ReplyDeletelom de rezeki nk ke sini lg.
ReplyDelete@Afasz insyaAllah satu hari nanti.. :)
ReplyDelete