Ada Part 2 pula? Hihi... Perkongsian restoran makanan halal yang pernah DN jejaki sebelum ini boleh dibaca disini :-
Kali ini DN ingin kongsikan tempat makan yang lain selain daripada apa yang ada dalam entry di atas.
(Vietnamese and Malaysian Cuisine)
96A Nam Ky Khoi Nghia,
Dist 1, HCMC, Vietnam
Tel : (08).6291.3058
Website : www.halalsaigongreenhouse.com
Email : saigongreenhouse@gmail.com
Menariknya, untuk ke Restoran Saigon Green House ini kita perlu melalui kedai kain dan pakaian wanita ini. Kemudian, perlu menaiki lif menuju ke tingkat 1. Walaupun nampak agak sukar untuk mengesan lokasi restoran ini, pengunjung yang datang makan di sini tetap ramai. Restoran Saigon Green House dibuka dari jam 7.00am - 10.00pm setiap hari.
DN tunjuk gambar menu makan malam DN semasa di sana. Besar lagi. Puas hati tengok makanan kan. Hee.... Masakan mereka sedap-sedap belaka tetapi disebabkan keletihan kerana perjalanan yang panjang menaiki bas Phnom Penh - Saigon, tekak ini hanya mampu makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.
Restoran kedua yang DN ingin kongsikan terletak di Hotel An Tam. Ia dikenali sebagai Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines. Disebabkan DN menginap di sana, penginapan DN termasuk pakej sarapan pagi. Senang, tidak perlu keluar awal pagi untuk mencari sarapan pagi.
Restoran ini terletak di Tingkat 1 Hotel An Tam. Pilihan menu sarapan pagi juga banyak dan menariknya, Jalan-jalan Cari Makan TV3 juga mencadangkan Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines ini jika berkunjung ke Ho Chi Minh City.
Inilah sarapan pagi DN. Roti French, telur dan teh tarik. Maklumat Restaurant Salima Vietnamese Halal Cuisines adalah seperti berikut :-
22, Nguyen An Ninh,
Ben Thanh Ward, Dist. 1, HCMC
Tel : 08-38271232
Fax : 08-38271233
Email : salimarestaurant@gmail.com
Website : www.salimarestaurant.com.vn
Restoran ketiga yang dikenali sebagai Muslim Halal terletak jauh dari Ben Thanh Market. Walaupun begitu, ia terletak di dalam perkarangan Masjid Cho Lon. Sementara menunggu makanan, pengunjung boleh menunaikan solat apabila sudah masuk waktu. Memang satu idea yang sangat bagus dan harus dicontohi. Orang yang datang makan disini juga ramai. Semasa DN tiba disini, tiada meja kosong kerana semua meja penuh maka solat dahulu, baru tunggu meja untuk makan.
Selepas hampir 2 jam menunggu, makanan pun sampai. Tidak jemu menunggu di sini kerana selain solat di masjid, kemudahan wifi percuma turut disediakan. Maklumat Muslim Halal adalah seperti berikut :-
Muslim Halal
641 Nguyen Trai,
Phuong 11, Quan 5, HCMC
No Tel : (083)9508661
Selain daripada singgah di restoran halal yang terdapat sekitar Ho Chi Minh City, jangan lupa untuk mencuba Kopi Halal ini. Terdapat banyak air kopi bergerak ini terutama sekitar Ben Thanh Market. Rasanya yang sedap pasti membuatkan mereka akan mendapatkannya lagi setiap kali terlihat motor Kopi Halal ini.
Cukuplah setakat ini perkongsian DN. Jika DN berpeluang ke sana lagi, DN akan kongsikan tempat-tempat makanan halal lain pula.
Cukuplah setakat ini perkongsian DN. Jika DN berpeluang ke sana lagi, DN akan kongsikan tempat-tempat makanan halal lain pula.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Kopi tu sedap. Dua kali beli. hehehee
ReplyDelete@KiD sedap kan.. pergi HCMC xtry mmg rugi..
ReplyDeleteKopi ek.. macam starbucks bergerak je
ReplyDeletenot bad juga ho chi minh.. boleh plan g sana nanti
ReplyDeleteagak tersorok lokasi Saigon Green House tu ye DN...tapi pelik, ramai orang...mungkin da biasa dengan kawasan situ agaknya kan..hee
ReplyDeletekalau menginap di hotel yang menyediakan pakej sarapan ni senang...tak perlu susah2 nak fikir nak sarapan apa pagi2 kan..hee
ReplyDeletemenu kopi yang ada kat situ pun dalam BM...macam kat negara sendiri pun ada kan DN...sedap ye ? kena try ni kalau ke Ho Chi Minh...:D
ReplyDeleteIdea bisnes kopi bergerak dengan motor tu memang cool laaa
ReplyDelete@Bro Framestone lebih kurang rasa starbucks gak... :)
ReplyDelete@Al Kisah tak susah nak cari makan.. pergi lah nanti.. :)
ReplyDelete@Ezad Skytech bila masakannya sedap. pasti orang akan datang walaupun tersorok.. :)
ReplyDeletebetul tu.. hotel+breakfast mmg senang kan.. :)
@hazman fadzil kan... bila nampak je motor kopi ni confirm tahan. hee...
ReplyDeletebaca entri ni, tingat masa keje kt vietnam..tp bkn ho chi minh, nun kt vung-tau..kedai halal ada 1 je..tu pn xleh caya kehalalan dia..so hari2 ns goreng seafood je la..selama sebulan..grrr
ReplyDelete@JMR wahh! menarik sungguh mengalaman macam tu... Mujur DN di sekitar Ben Thanh Market je maka tak susah untuk cari makan...
ReplyDeletesyok nye. p sini
ReplyDelete@Afasz ada rezeki dtg la sini.. :)
ReplyDeletemacam sedap jer..
ReplyDeletemacam teringin jer..
ada tak kat seksyen 13 nie..hihiiii
@Makcik Anak 3 kalau ada dh ajak akak terjah dah. hee....
ReplyDeletesyok nye .. nak g sini la honyemonn nnti
ReplyDelete@Afasz pergi lah.. boleh shopping sekali.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil
ReplyDeletememang betul. kalau dapat buat kat sini, memang bagus rasanya.
boleh kalah kedai mamak
nanti kalau berpeluang ke sana, saya akan rujuk blog DN untuk cari restoran halal. terima kasih
ReplyDelete@Blogger Babyface Dialu2kan sgt2.. :) semoga berpeluang ke sini nanti..
ReplyDeletetanda halal dia terang terang ada. nmpk mcm senang gak
ReplyDeleteJordan 4
ReplyDeleteAir Jordan
Jordan 11
Kyrie 3 Shoes
Pandora Charms Outlet
Retro Jordan 11
Air Jordan 9
Pandora Charms
Red Bottom for Women
Linda20180914