Masakan Kelantan di Ilham Corner USJ 21/4

Perut tengah lapar boleh pula berkongsi cerita makanan kan. Hee... Sejam yang lepas DN sudah turun dari bilik hotel untuk mencari makanan tetapi tidak bernasib baik untuk DN kerana keliling hotel ini kesemuanya menyediakan masakan China. Untuk start enjin kereta dan memandu keliling Penang mencari makanan memang kemalasan serta kepenatan melanda maka naik bilik semula, buka laptop, update entry dahulu sebelum sambung buat kerja.


Maaf  shakiddo, pinjam gambar korang. Hee... DN telah pergi makan tengah hari dengan mereka semua beberapa hari yang lepas di Ilham Corner. Seminggu selepas perasmian restoran ini, kami datang untuk merasai sendiri masakan di sini.

Ilham Corner diilhamkan oleh dua orang sahabat baik, Khairul Anuar dan Ahmad Aizamuddin. Mereka memilih masakan Kelantan sebagai menu utama kerana kedua-dua rakan kongsi ini berasal dari Kelantan. Walaupun kedua-duanya mempunyai kerjaya tetap, ia tidak menghalang mereka untuk membuka kedai makan ini di kawasan yang strategik dan menjadi tumpuan ramai.
Lihat sahaja pengunjung yang datang ke Ilham Corner ini selepas seminggu pembukaan. Tidak menang tangan mereka dibuatnya. Jika melihat jumlah pengunjung yang datang, pastinya telah membuktikan bahawa masakan di sini sedap-sedap belaka dan diterima ramai. Antara lauk masakan tengah hari yang disediakan di Ilham Corner ini boleh dilihat seperti gambar di bawah.
Macam mana? Terliur tak? DN makin lapar selepas melihat gambar makanan-makanan ini. Huhu... Ilham Corner terletak di lokasi berikut :-

Ilham Corner
No. 16-1, Jalan USJ 21/4,
47630 UEP Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi : 7.00am - 6.00pm
Lokasi : Ilham Corner (Google Maps)
Cuba tengok pinggan semua orang. Licin kan... Hee... Memang sedap masakan di sini dan DN sukakannya. Lain kali boleh datang lagi... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

26 Blue Komen:

  1. baru seminggu lepas perasmian tapi...tengoklah pengunjungnya...ramai betul...mesti sedap2 menu yang disajikan kat Restoran Ilham Corner ni...:D

    ReplyDelete
  2. Boleh ajak family ena ke sini sebab mereka suka makan makanan kampung macam ni. Ena pun tetiba jadi lapar. Alamak! Sob sob sob

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, wallah. sedapnya. lauk kampung camni, perghh terliur sheila ... hihiiii ~~~

    ReplyDelete
  4. sempoi jugak nie... ada banyak pilihan lauk.... boleh tukar-tukar menu tetiap hari

    ReplyDelete
  5. banyak pilihan untuk lauk makan tengahari.. memang kau ILHAM ku... =)

    ReplyDelete
  6. Ilham Corner? Ingat kid buka kedai makan sempena nama anaknya ilham hehehee

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech sedap!! lain kali nak pegi lagi lah. hee...

    ReplyDelete
  8. @✿AINAA ROSEBERRY✿ makanan kampung tetap yg terbaik kan... ^_^

    ReplyDelete
  9. @Rafael Andre menarik kpd mereka yg sukakan masakan kelantan dan makanan kampung.. :)

    ReplyDelete
  10. @Sheila Salim jgn mengidam plak sheila.. jenuh en.husband nak bawa nanti. hee...

    ReplyDelete
  11. @hazman fadzil betul tu.. lain kali boleh ajak abg man plak.. :)

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone nak ajak macam mana.. org tu kerja.. :p

    ReplyDelete
  13. @KiD kan kid... sedap2 plak tu.. :)

    ReplyDelete
  14. @Dkna Abza ilham corner kid tak boleh guna dah nama tu.. hihihi...

    ReplyDelete
  15. Adakah itu bermakna orang yang x kerja or xde kerja je yang Dn akan ajak he...23x

    ReplyDelete
  16. @Bro Framestone org yg berdekatan & call terus kata ok skrg.. ;)

    ReplyDelete
  17. Bila akak deqnoor nak bawak ilham ke ilham corner ni..? Hehehe

    ReplyDelete
  18. @KiD papa ilham lah yg kena bawak... :D

    ReplyDelete
  19. masakan kelantan? rasa dia pure tak DN? rindu lak mskan kelate ni..

    ReplyDelete
  20. @JMR sedap gak lah... sebab tu ramai je selalu kat sini..

    ReplyDelete
  21. licin smua. kalau leh nak makan kertas tu skali agaknye.

    nama restoran mcam nama anak kidd ek. ke kid nye restoran ni. hehe

    ReplyDelete
  22. @Afasz tahu xpe.. lapar betul diorg tu...

    ReplyDelete
  23. oh..nampaknya tak perlu lagi nak pegi ke kelantan untuk merasa lauk pauk dari kelantan.

    mesti sedap kan

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^