Menangi Dua Tiket ke ILMFEST 2014


Apa itu ILMFEST?

ILMFEST 2014 dengan tema "The Festival of Knowledge" merupakan satu festival ilmu di mana pencari ilmu daripada demografi yang pelbagai dapat berkumpul bersama bagi mendapatkan ilmu yang penuh manfaat untuk kehidupan kini dan akan datang. Pengisian ILMFEST adalah praktikal, sarat dengan kombinasi akademik dan kisah semasa. ILMFEST telah menjadi lubuk pencari ilmu tanpa mengira latar belakang pendidikan agama yang dimiliki oleh mereka.

ILMFEST dicetuskan oleh AlMaghrib Institute, sebuah organisasi Pendidikan Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh pengasas Muhammad AlShareef, seorang usahawan berasal dari Kanada. Beliau telah menubuhkan pertubuhan pelajar Pendidikan Islam yang terbesar di Hemisfera Barat. Kini, pertubuhan ini telah berkembang ke Hemisfera Timur di mana pada tahun 2010, AlMaghrib Institute telah mula berputik di Malaysia, hasil daripada usahasama dua belas pelajar tanah air yang menuntut di luar negara.

Hasilnya, persidangan Islamik tahunan yang unik telah menjadi pentas baru untuk AlMaghrib Institute mendekati masyarakat Islam dan yang belum Islam di merata tempat seperti di California Selatan, Toronto, United Kingdom dan kini akan tiba buat pertama kalinya di Malaysia. Setelah saban tahun menanti bersulamkan usaha, AlMaghrib Institute Malaysia bergabung mantap bersama iMuslim Malaysia untuk merealisasikan impian ini. Persidangan dua hari ILMFEST berpotensi untuk membawa Malaysia selangkah lebih jauh dalam memupuk generasi Muslim yang terbaik di tahap global.

Barisan speaker hebat yang akan terlibat di dalam persidangan ILMFEST 2014 ini adalah seperti berikut :-

Dari atas kiri
1. Shaykh AbdulBary Yahya
2. Shaykh Abdullah Hakim Quick
3. Shaykh Abu Eesa Niamatullah
4. Shaykh Ahsan Hanif
5. Shaykh Kamal El Mekki
6. Shaykh Mohammed Faqih
7. Shaykh Muhammad Alshareef

Dari bawah kiri
1. Shaykh Navaid Aziz
2. Shaykh Omar Suleiman
3. Shaykh Reda Bedeir
4. Shaykh Saad Tasleem
5. Shaykh Waleed Basyouni
6. Shaykh Yasir Qadhi
7. Ustadha Yasmin Mogahed

Ramai peserta tersentuh hati dan menitiskan air mata apabila mendengar penyampaian kuliah yang penuh inspirasi dan amat mendalam daripada speaker-speaker hebat di atas. Terdapat juga para peserta yang sanggup bermusafir beribu-ribu batu untuk menghadiri persidangan ini semata-mata kerana ilmu dan pengalaman yang ditawarkan melalui ILMFEST. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah berkisar penyelamat umat yang mulia, Nabi Muhammad SAW dengan tema ‘Belas Terhadap Umat Manusia’.

1. Alda’wah in the life of the Prophet Mohammad
2. Seerah in history
3. How God consoled His Prophet
4. Following the sunnah
5. Prophetic guidance on spreading chastity and eliminating indecency
6. The Prophet as if you see him
7. Advice from the Prophet Mohammad to woman
8. Prophet Mohammad as a Friend
9. Dealing with non-Muslims in light of the seerah
10. Prophet Muhammad as a Family Man
11. The Prophet’s advice to the youth
12. The Prophet’s right
13. The prophetic guidance on how to build a civil society
14. The death of the Prophet
15. The Prophet as a husband
16. Prophet Muhammad was an avid worshipper
17. Why we love the Prophet Mohammad
18. The art of leadership


Acara tahunan AlMaghrib Institute yang amat dinanti-nantikan ini terbuka untuk orang ramai dan bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertarikh 17&18 Mei 2014 pada jam 10.00 pagi - 8.00 malam.

Persidangan ILMFEST ini bakal memukau peserta melalui perjalanan dakwah Baginda Rasulullah SAW, panduan, kepimpinan dan membawa pulang rasa cinta yang seolah-olah diperbaharui terhadap Rasulullah SAW. ILMFEST disokong penuh oleh Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Islam Selangor. Persidangan ini akan turut dihadiri oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan. Selain daripada itu, gerai jualan juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi persidangan ini.

Harga tiket adalah RM200 (RM250) untuk pendaftaran awal. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui ilmfest.my ataupun secara terus di kaunter pendaftaran. Walaupun begitu, pembaca di sini layak memenangi dua (2) tiket ke ILMFEST 2014 bernilai RM500 dengan mengikuti syarat-syarat yang dinyatakan di bawah ini.

*************************************************************

SYARAT PENYERTAAN UNTUK MEMENANGI 2 TIKET KE ILMFEST 2014

1. Pilih salah satu topik di bawah dan tulis mengenainya.
a) Who is Prophet Muhammad?
b) Law kana bainana.. (If Rasulullah is still with us..)
c) Prophet as the protector of women
d) Seerah
e) Hadiths

atau

Pilih salah satu daripada 18 topik yang akan dibincangkan semasa ILMFEST 2014 dan tulis mengenainya.

atau

Kongsikan berkaitan perkara berikut tentang salah seorang speaker ILMFEST 2014.
a) Who is he?
b) What you like about him
c) What you've learned from him either through his talks/videos etc
d)Mention that he is coming to Malaysia for IlmFest

atau

Tulis dan kongsikan mengenai Festival ILMFEST 2014 ini.
a) Talk about the event, what is it about, when, where, what, who etc

2. Anda boleh memilih untuk menulis di dalam Bahasa Melayu / English.

3. Emailkan penyertaan (URL, permalink) ke fizree@almaghrib.org dan fizree.rashid@yahoo.com dengan tajuk 'ILMFEST 2014 Contest - Blog Deq Noor' sebelum 11 Mei 2014.

4. Tinggalkan permalink di komen entry ini.

5. Tarikh tutup penyertaan pada 10 Mei 2014 jam 5.00 petang.
6. Pemenang akan dihubungi oleh pihak AlMaghrib Institute untuk penyerahan tiket. Keputusan adalah muktamad dan tiket tidak boleh dijual semula kepada individu lain.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu contoh teladan yang baik bagimu..." (Al-Ahzab:21)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, Subhanallah. best ni. in shaa Allah, ada masa sheila join ya. singgah menabung clinique sini~~~

    ReplyDelete
  2. Shaykh Syukri belum layak lagi.

    Ingat lagi masa sekolah, Ustaz selalu panggil Bro dengan nama tue

    ReplyDelete
  3. Tak minat nak masuk contest-contest ni.

    Satu tiket berapa? Macam menarik

    ReplyDelete
  4. @Sheila Salim jom join sheila.. DN pun pergi.. insyaAllah.. thanks sentiasa support DN.. :)

    ReplyDelete
  5. @CikLily Putih best! jom kita menyemai kembali kecintaan kita kepada Rasullullah SAW.. :)

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone InsyaAllah jika istiqamah untuk berubah & menuntut ilmu, tidak mustahil pun.. :)

    ReplyDelete
  7. @Rafael Andre seperti dinyatakan, RM200 jika beli secara online.. :)

    ReplyDelete
  8. skali skala diselangi dgn majlis gini, mesti hidup lg bmakna :-)

    ReplyDelete
  9. @JMR betul tu.. majlis ilmu yang pasti menarik dan menambah kecintaan kita kepada Rasullullah SAW..

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone welcome.. share lah pasal event ni. Mana tahu rezeki dpt pergi ramai2.. :)

    ReplyDelete
  11. @KiD insyaAllah ilmu yg bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  12. tak bekesempatan untuk pergi.
    kekangan masa dan tugas rasmi.

    ReplyDelete
  13. @Blogger Babyface semoga akan ada lg ilmfest di masa akan dtg..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^