Movie Review : Sniper

Ada yang sudah menonton filem Sniper hari ini? Apa pendapat kalian tentang filem tempatan terbitan MIG yang ke-91 ini?
 Filem Sniper ini di bawah pengarahan pengarah muda yang tidak asing lagi iaitu saudara Pierre Andre. Memilih filem bergenre aksi sebagai taruhan, penghasilan filem ini menjadi sejarah baru kerana ia memaparkan filem sniper pertama di Malaysia. Filem Sniper menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar sesuai dengan slogan MIG iaitu "Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan". Turut sama menjayakan filem ini adalah Mikail Andre, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.
Sniper mengisahkan tentang satu permainan yang telah dicipta oleh seorang lelaki misteri. Lelaki ini akan menculik mangsanya dan meninggalkan mereka dengan hanya berbekalkan sepucuk sniper serta telefon. Lelaki misteri ini akan memberi arahan melalui telefon tentang apa yang perlu dilakukan dalam permainan ini. Rafi (Fadlan Hazim), Ahmad (Mikael Andre) dan Jim (Pablo Amir) telah terlibat di dalam permainan yang kejam ini. Mereka terpaksa melakukannya demi menyelamatkan nyawa mereka dan orang yang mereka sayangi. Dalam kemelut yang melanda mereka, Harlina (Nina Iskandar) telah diculik dan dijadikan tebusan di dalam permainan ini.

Siapakah lelaki misteri itu? Adakah mereka berjaya menyelamatkan nyawa mereka dan orang yang mereka sayangi? Apakah sebenarnya permainan yang terpaksa mereka lakukan? Segalanya terjawab dengan menonton filem Sniper ini. Filem ini sudah berada di pawagam bermula 24 April 2014. Antara aksi-aksi di dalam filem Sniper adalah seperti berikut :-
 
 
Pendapat DN, filem ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Walaupun menampilkan wajah-wajah baru di dalam dunia perfileman, ternyata mereka cuba memberikan aksi yang terbaik. walaubagaimanapun, ada sekali dua aksi kaku mereka membuatkan kami yang menontonnya tergelak dan ternyata bakat mereka masih boleh digilap. Berdebar juga melihat mereka melakukan aksi tembak-menembak ini. DN berikan kredit kepada Pablo Amirul kerana walaupun masih baru, aksi beliau sangat memberansangkan. Tahniah! DN berikan 3.5/5 untuk filem ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

24 Blue Komen:

  1. Macam menarik je... Nak kena pergi tonton nie...

    ReplyDelete
  2. nak kena tengok gak lah... tajuk pun macam best

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, nampak macam menarik ni. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  4. bagus la David Teo kasi peluang untuk Heroin baru kan... hehehehehe

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone filem yg lebih baik dari sebelumnya hasil pengarahan Pierre Andre.. :)

    ReplyDelete
  6. @Sheila Salim thanks sheila.. muka2 baru jadi taruhan.. :)

    ReplyDelete
  7. @hazman fadzil hero & heroin baru.. semoga mereka dapat tempat di dalam industri.. :)

    ReplyDelete
  8. @adzairdawati makdara cuba akak tengok nanti & nilaikan hasilnya.. akak mesti lg mahir kan.. :)

    ReplyDelete
  9. @Rafael Andre mmg pelakon baru seperti yg diberitahu.. :)

    ReplyDelete
  10. Alaaaahai.. bila laaa nak dapat tengok ni..

    ReplyDelete
  11. tunggu tayangannya kat TV je la nanti...movie2 melayu ni kureng sikit kalau tengok kat pawagam...hee

    ReplyDelete
  12. sy tnga tgok movie kt astro. . ptm skali tania kpd pngarah krna ne filem ptma d malysia. biasanya sy suka dgn hsl sentuhn pierre. tp kali ne sori to say la. sngt mgcwakn dr sudt jalan cerita. aspek lakonan yg kurng memuaskn. kelhatn kaku, lakonan xidop. aksi yg di bwa kdng2 xbrteptn. contohnya msa 3 3 btembung ada ka ptot tembk mcm 2 je tnpa bsembunyi. ini kan sniper. perlu d perhaluskn lg. n bt kajian lbi mdlm.

    ReplyDelete
  13. @Anonymous betul tu.. semoga beliau akan memperbaiki beberapa kelemahan yang dinyatakan...

    ReplyDelete
  14. @Afasz best lagi awak nak kahwin dengan saya.. hee...

    ReplyDelete
  15. sama ngan tajuk filem Cina Hong Kong .Sniper gak.

    tapi berbeza jalan cerita.

    mungkin banyak lagi yg perlu diperbaiki nampaknya.


    best gak jadi sniper ni. memang dah biasa bunuh orang tapi dalam game la

    ReplyDelete
  16. @Blogger Babyface itulah.. filem sniper hk tu lg best. Hee..

    ReplyDelete
  17. One would think that a game engine could be something akin to Apple QuickTime or Microsoft Windows Media Player-a general-purpose piece of software capable of playing virtually any game content imaginable. Togel Singapore

    ReplyDelete
  18. Speed (sometimes called Spit) is a matching game that is unique because both players play simultaneously and as fast as they can. In Speed, a player tries to 'get rid' of his or her cards by matching them to cards placed face-up on the table. Bandar Q

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^