MY Clover's Closet (MYCC) Up to 20% Off

Assalamualaikum...

Hari ini DN hendak bercerita mengenai perniagaan online sahabat DN. Ramai yang ingat ia merupakan perniagaan DN. Mungkin sebab muka DN yang keluar, sebab itu orang beranggapan begitu. Anggap lah DN sebagai Pengurus Pemasaran sahaja. Tolong kongsikan koleksi yang beliau ada memandangkan beliau tidak pernah menjalankan perniagaan secara online.

Untuk membantu sahabat yang pernah membantu kita ketika susah suatu masa dahulu, apa yang DN buat ini kecil sangat nilaiannya. Apa lah sangat dengan tepek muka yang tembam ini untuk koleksi beliau kan. Nak harap DN yang uruskan, DN lebih banyak ukur jalan. Mana ada masa nak buat semua ini. Setakat berkongsi di FB dan insta DN boleh lah. Dan sekarang ini koleksi pakaian DN banyak dari MY Clover's Closet ini. Setakat ini DN berpuas hati dengan baju-baju yang DN dapatkan darinya. Apa yang menarik dengan perniagaan online sahabat DN ini? Disini DN ingin beritahu kalian semua...
Harga koleksi baju dan shawl MY Clover's Closet dari RM15 - RM70 sahaja termasuk pos. Perkhidmatan COD juga turut disediakan untuk kawasan sekitar Puchong dan Shah Alam sahaja. Antara koleksi yang terdapat di MY Clover's Closet adalah seperti berikut :-
 
 
 
 Ok, sila jangan jemu tengok muka DN sahaja dalam ni. Huhu... Ada lagi koleksi lain tetapi DN tidak sempat untuk memperagakannya disebabkan masa DN terhad. Nanti bila-bila DN berjumpa beliau, DN akan kongsikan lagi koleksi MY Clover's Closet ini.

Menariknya buat pembaca blog DN, MY Clover's Closet menawarkan diskaun sehingga 20% untuk semua koleksi beliau. Macam mana untuk mendapatkan diskaun ini? 

3. Message (DM) dengan kod : MYCC-DN 
4. Nyatakan kod baju untuk pembelian. 

Harga diskaun yang diberikan adalah seperti berikut :-
RM150 -----> RM120
RM80 -----> RM64
RM70 -----> RM56
RM60 -----> RM48
RM50 -----> RM40
RM45 -----> RM36
 RM40 -----> RM32
RM35 -----> RM28
RM30 -----> RM24
RM18 -----> RM15
RM15 -----> RM12
 
 Ini pula koleksi kain cotton, semi sutera dan sutera halus corak batik yang DN dapatkan untuk diusahakan oleh sahabat DN ini. Ternyata permintaan untuk kain-kain ini sangat tinggi. Alhamdulillah... Semoga sahabat DN semakin bersemangat untuk menjalankan perniagaan di rumah. Jika sambutan memberangsangkan, mungkin boleh buat website selepas ini dan giveaway atau sponsor hadiah akan dilakukan oleh beliau. DN doakan semoga segalanya berjalan lancar... :)

"Barangsiapa meringankan beban org yg dlm kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia & di akhirat" (HR. Muslim)
InsyaAllah...
 
Maklumat MYCC adalah seperti berikut :-
Fanpage : mycloverscloset
Instagram : mycloverscloset

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, wah bestnya bantu kawan. semoga murah rezeki sahabat DN, amin ~~~

    ReplyDelete
  2. Nak tanya satu soalan leh? Siapa yang ambil gambar DN ek?

    Rasanya perlu sentuhan Pak Lan nie...

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim bantuan yg tidak seberapa pun... moga beliau terus murah rezeki.. :)

    ReplyDelete
  4. whoaaa.... menarik jugak gaya posing DN yea.... boleh kita set buat photoshoot nei...

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone kawan DN tu la... Dia tak pandai lagi tu.. Nak jumpa dia lagi tak sempat2 pun. Huhu... Nanti DN beritahu dia ye komen bro ni.. :)

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil mana ada abg man... tgh nk belajar2 ni.. maklum lah, ada permintaan. hihihi... :p

    ReplyDelete
  7. Ok, nanti bro turunkan satu ilmu untuk DN....

    Satu je tau...

    ReplyDelete
  8. tak dapat bantu banyak...bantu sikit pun da bagus..kawan2 kan :D

    ReplyDelete
  9. @Afasz hahaha... bidang terjun je ni.. :D

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^