Sekolah Baru, Hari Lahir dan Kenangan Nenda

Ini kisah minggu lepas. 

Perancangan Allah melewati perancangan manusia dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Apa perancangan DN sebenarnya? DN merancang sekembalinya dari Solo, DN hendak membelikan kek aiskrim Baskin Robbin untuk adik DN dan celebrate birthday sama-sama di satu tempat. Hadiah juga sudah DN beli dari Solo. Nak buat surprise ajak makan malam di Laman Grill Seksyen 13 Shah Alam. Keluarga DN belum pernah makan di sini sebenarnya. Asyik DN sahaja yang selalu makan di sini maka, DN memang hendak membawa mereka makan di sini sekeluarga. Dahulu semasa hari lahir mama, disebabkan tidak membuat tempahan awal tempat penuh jadi kami menukar lokasi ke Thai Seafood Restaurant. Kali ini DN bercadang untuk menelefon Laman Grill dan membuat tempahan tempat apabila tiba di Malaysia nanti.

Sebelum menaiki kapal terbang, DN mesej mama untuk memberitahu pukul berapa DN akan sampai di Malaysia. DN tunggu mama membalasnya tetapi tiada. Owh, pasti mama sibuk. DN menuju ke Coffee Shop Adi Sumarmo Airport yang mempunyai wifi percuma. Sarapan pagi di sana dahulu dan apabila melihat telefon, rupa-rupanya mama membalas di Whatsapp.
Hmm... Baru ingat hendak memberikan kejutan kepada mereka, DN yang terkejut dibuatnya. Huhu... Adik DN sudah menyambut hari lahir bersama-sama sahabatnya di sekolah sehari lebih awal kerana beliau perlu ditukarkan ke sekolah baru. DN sampai sahaja di LCCT, abah ambil dan kami berdua terus menuju ke kampung Sekinchan. Mama di sana sedang sibuk menguruskan adik DN yang hendak masuk asrama. Apabila difikirkan, kesian abah ulang alik dari Sekinchan, LCCT kemudian ke Sekinchan semula jadi DN memandu dari LCCT ke Sekinchan.

Sampai sahaja di Sekinchan, kami bersama-sama menguruskan kemasukan adik ke SMKA Simpang Lima. Suatu ketika dahulu, DN juga berada di sini 1997 - 2001. Selepas 13 tahun, DN kembali menemani adik DN ke asrama ini. Asrama Puteri yang menyimpan sejarah suka duka DN di sini. Segalanya tinggal kenangan.

Apa yang pasti, tiada hadiah dapat diberikan, tiada sambutan hari lahir dapat DN adakan. Hanya ucapan Selamat Hari Lahir dan belajar rajin-rajin sahaja dapat DN berikan kepadanya. Tahun lalu, semasa Hari Lahir beliau yang ke 12 tahun, embah meninggalkan kami selamanya. Boleh baca entry "Rindu Bersemadi di Madinah". Tahun ini, beliau masuk asrama pula. Tahun depan yang belum pasti, semoga dirimu baik-baik sahaja adikku.

Al-Fatihah buat arwah embah. Semoga rindu ini akan membawa diriku menziarahimu di sana satu hari nanti. InsyaAllah...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. nice post, visit back friend http://domhemingway-14.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. all the best hidayah... belajar rajin-rajin. =)

    ReplyDelete
  3. tak bekesempatan celebrate birthday takpe, janji doa dr kakak tersayang kan..:-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum DN, teringat pula birthday adik sheila minggu ni sekali dengan suami. taktahulah nak bagi suprise apa. hehee singgah menabung inti sini..

    al-fatihah buat embah kamu

    ReplyDelete
  5. Pernah jadi sekolah sy jugak...cepatnya masa berlalu. 13 tahun dh ke...aduhhh

    ReplyDelete
  6. Bro rasa nak pergi melawat sekolah Bro... Harap nanti ada rezeki dapat anak lelaki, boleh masukan ke sekolah tue...

    Harap dia x ikut perangai daddy..

    ReplyDelete
  7. memang menggamit kenangan dan memori bila datang balik tempat kita belajar suatu masa dahulu

    ReplyDelete
  8. haihh sekolah dekat je ngn rumah.. melawat dah berapa tahun tak pergi.. tapi terserempak ngn cikgu2 kalau kat mall. hahah ada lagi mereka.. sekolah rendah la best.. http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  9. @KiD untuk kakak takde ke ucapan? ngeee... :p

    ReplyDelete
  10. @JMR itu lah... hadiah birthday dia tak tengok lagi sampai harini. hihihi...

    ReplyDelete
  11. @Sheila Salim happy birthday to both of your kesayangan... thanks terus support DN disini.. :)

    ReplyDelete
  12. @mamawaiz kan wida... sekejap je dah 13 tahun kita tinggalkan sekolah.. :)

    ReplyDelete
  13. @hazman fadzil betul tu... ikutkan nak je cari 'Deq Noor was here' kat katil.. hehehe... :p

    ReplyDelete
  14. @iLuvTour dekat sebab tu tak rasa menggamit kenangan sangat. Hee...

    ReplyDelete
  15. masa zaman sekolah la paling best...bila teringat balik, tak sangka da bertahun2 tinggalkan sekolah...:D

    ReplyDelete
  16. Tak sambut birthday takpe...ingatan daripada orang tersayang da cukup...:D

    ReplyDelete
  17. @Ezad Skytech rasa dah tua ke ezad? hahaha... :p

    sambut birthday postpone tahun depan nampaknya...

    ReplyDelete
  18. mengimbau kenangn skolah ke DN ? jeje

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^