Blogger Treasure Hunt 2014 anjuran Ephyra

 Pada hari Sabtu 24 Mei 2014 yang lepas, Ephyra dengan kerjasama Denaihati Network telah menganjurkan Blogger Treasure Hunt 2014. Sedikit latar belakang mengenai Ephyra, ia merupakan produk kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Ephyra mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi dan digabungkan dengan 8 agen antioksida iaitu buah acai, gam akasia, L-glutathione, astaxanthin, serbuk tomato, acerolla ceri, marigold bunga ekstrak dan superberry. Ephyra berkesan untuk melindungi dan memperbaharui kulit serta menyerlahkan keserian dan kesihatan dalaman serta luaran. Hasilnya, kulit akan lebih berseri, halus dan lebih muda dari usia sebenar.

Sejujurnya DN pertama kali minum Ephyra ini. Mungkin sebab ia berwarna oren maka DN tidak menggemarinya tetapi apabila DN pertama kali mencubanya, ternyata Ephyra sangat sedap. DN sudah habiskan pek trial dan akan mendapatkannya lagi selepas ini memandangkan pek promosi hanya RM180 sekotak 30 sachet. Terima kasih Ephyra! :)
 Berbalik kepada Blogger Treasure Hunt 2014 anjuran Ephyra ini, seramai 27 orang blogger terlibat dalam menjayakannya. Kami berkumpul di tempat letak kereta Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya pada jam 9.00 pagi. Kami semua dibahagikan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang blogger dan melibatkan 7 buah kenderaan. Hadiah berkumpulan yang ditawarkan cukup menarik di mana tempat pertama menerima wang tunai RM2,000, tempat kedua RM1,200 dan tempat ketiga RM800 bersama pelbagai hadiah cenderahati lain tajaan Ephyra.
 DN diletakkan dalam kumpulan 7 atau diberi nama Acerolla yang hanya terdiri daripada 3 orang blogger sahaja iaitu DN, Hanim dan Emi. Seorang rakan blogger tarik diri di saat akhir maka tinggal kami bertiga sahaja. Memandangkan DN merupakan driver untuk kumpulan 7 ini maka secara automatik DN merupakan ketua kumpulan 7.

Apa yang istimewanya dengan kumpulan 7 atau dikenali sebagai kumpulan Acerolla ini adalah :-
  1. Satu-satunya driver Treasure Hunt wanita. Kumpulan lain driver semua lelaki.
  2. Hanya 3 orang berbanding dengan kumpulan lain, 4 orang satu kumpulan.
  3. Kesemuanya blogger wanita yang cantik dan manis belaka.
  4. Pertama kali bertemu muka dan digandingkan dalam satu kumpulan.

 Walaupun tiada jejaka hensem dan kacak bergaya mengiringi kami, kami tetap tidak patah semangat dan terus memberi saingan kepada kumpulan blogger lain. Inilah semangat Acerolla! Hihihi... Segala task yang diberikan kami cuba lakukan yang terbaik dan alhamdulillah, kami tidak ketinggalan dan mampu bersaing dengan kumpulan blogger yang lain. Bermula dari tempat letak kereta Puspanitapuri menuju ke Taman Botani, kemudian berhenti di tepi jalan untuk bergambar dengan billboard Ephyra dan seterusnya ke KLIA2.
 Task yang diberikan oleh team Denaihati Network banyak dilakukan di KLIA2. Kami diarahkan untuk bergambar, instavideo dan macam-macam lagi perlu dilakukan oleh kami. Sekitar jam 2 petang, kami selesai di KLIA 2 dan berhenti makan tengah hari di Petronas. Kemudian, kami semua diarahkan untuk menuju ke PICC bagi mengambil bas ke Jom Heboh tetapi di saat-saat akhir, arahan berubah untuk terus ke booth Ephyra di Jom Heboh.
 Task terakhir diadakan di booth Ephyra di mana kami perlu lawan bola dengan tutup mata. Selesai task terakhir dan mata kiraan dikira oleh team Denaihati Network, kami telah mendapat tempat kelima. Alhamdulillah... Walaupun tidak mendapat tempat pertama, kami semua seronok dengan aktiviti Treasure Hunt ini. Objektif yang diletakkan dalam aktiviti ini telah berjaya dicapai.
Syabas diucapkan kepada pemenang dan semua yang terlibat. Kalian semua memang hebat. Menang dan kalah itu adat bertanding. Apa yang penting ukhuwah dan ikatan persahabatan yang terjalin sesama blogger itu yang mahal harganya. Terima kasih kepada ahli kumpulan 7, Hanim dan Emi yang sangat membantu dan sporting sepanjang Treasure Hunt 2014 ini berlangsung. Tanpa kalian, kita tidak mungkin dapat memberi saingan sengit kepada blogger lain yang terlibat.

Terima kasih juga buat Ephyra di atas penganjuran Blogger Treasure Hunt 2014 ini. Semoga terus murah rezeki dan terus menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat buat semua. Maklumat berkaitan Ephyra atau ingin mengikuti perkembangan mereka, boleh follow mereka di :-

Website Oceanlife2u
Facebook  : Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Twitter : @ephyra2u
Google+ : Oceanlife Ephyra

Rakan-rakan blogger lain juga telah berkongsi kisah Blogger Treasure Hunt 2014 ini. Jom terjah entry mereka.. :)
1. Hanim - http://rusukiri.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014-havoc.html
2. Emi -  http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2014/05/treasure-hunt-bersama-ephyra.html
3. Ladfe Amir - http://ladfeamir.com/2014/05/30/treasure-hunt-bersama-epyhra/
4. Aina - http://www.ladyainaa.com/2014/05/kenangan-ketika-ephyra-treasurehunt-2014.html
 5. Fendy Ahmad - http://norzaidyaffendy.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014-di-putrajaya.html
6. Hazman Fadzil - http://hazmanfadzil.com/2014/05/27/kemeriahan-ephyra-treasure-hunt-2014/
7. Ejam Othman - http://ejamothman.com/2014/05/syukur-kami-menang-tempat-ke-3-ephyra-treasurehunt/
8. Norafiza - http://eyzamiel.blogspot.com/2014/05/kenangan-manis-bila-dapat-join-treasure.html
9. Sue Izza - http://myputeri21.blogspot.com/2014/05/treasure-hunt-ephyra-sempena-jom-heboh.html
 10. Norfanil - http://norfanil.com/treasure-hunt-ephyra-bersama-bloggers/
11. Ujang - http://azfar9897.blogspot.com/2014/05/syukur-kami-juara-ephyra-treasure-hunt_30.html
12. Emily Tang - http://sunrise-emily.blogspot.com/2014/05/ephyra-tresure-hunt-putrajaya.html
13. Nurain - http://nurain82.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014.html
14. Dyana Nor - http://segodeng.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-huntrock.html
15. Khairul Anuar - http://penaberkala.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014.html
16. Fiza Fantagiro - http://dismybelog.blogspot.com/2014/05/treasure-hunt-bersama-ephyra.html
17. Nadia Johari - http://miszrockers.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014-menguji.html
18. Cik Lily Putih - http://www.ciklilyputih.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014-terbaek.html
19. Qaseh Dalia - http://www.qasehdalia.com/2014/05/treasure-hunt-blogger-bersama-ephyra.html
20. Nurramizah - http://www.hasyanaurah.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014.html
21. Nizam Ijam - http://www.nizamijam.com/2014/05/treasure-hunt-ephyra-yang-mencabar.html
22. Nannie Isa - http://kitepunye.com/2014/05/29/ephyra-treasure-hunt-menang-tempat-ke-3/
23.
24.
25.
26.


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. sesungguhnya DN adalah lady driver yang paling comel pada hari tersebut.... tak sempat nak selfie sama2x

    ReplyDelete
  2. ramai juga yang join ye treasure hunt ni...meriah2...:D

    ReplyDelete
  3. Salute dengan DN sbb dapat bersaing dengan driver lelaki.. :)

    ReplyDelete
  4. Bayangkan kalau Bro join?

    Risau menjadi beban je kepada kumpulan yang bertanding he...23x

    ReplyDelete
  5. @hazman fadzil nampak kereta bergerak sendiri ke? hahaha...

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech mmg ditetapkan 28 orang.. semua sporting so mmg best.. :)

    ReplyDelete
  7. terlepas utk join program ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. @Norliza Nordin insyaAllah lain kali akan ada lagi.. :)

    ReplyDelete
  9. Bukan tak nak join, segan...

    Tahniah DN walaupun dapat no5.

    ReplyDelete
  10. @Rafael Andre lama2 nanti tak segan.. mula2 je.. :)

    ReplyDelete
  11. terpaksa bersaing dengan DN dalam pertandingan kali ini..

    sorrylah ye

    ReplyDelete
  12. hmmm....tk sempat nak singgah semua link yg join tu. kalau tk leh la tmbah kenalan blogger.

    ReplyDelete
  13. @Blogger Babyface xde masalah.. persaingan sihat itu yg bagusnya.. :)

    ReplyDelete
  14. @Afasz bagus kan aktiviti macam ni. makin ramai kenal rakan blogger selepas ini.. :)

    ReplyDelete
  15. @Syuhada Salleh sgt meriah... walaupun penat kami semua enjoy.. :)

    ReplyDelete
  16. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete
  17. memang syok la ber treasure hunt ramai2 antara blogger ni kan..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^