Filem MIG : Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

Filem MIG "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" arahan pengarah berbakat Eyra Rahman sudahpun menemui penonton di pawagam berhampiran pada 22 May 2014 yang lalu. Filem komedi romantik lakonan pelakon berpengalaman Fezrul Khan dan Erin Malik ini sangat segar, beremosi dan bersahaja sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Lakonan mantap mereka berdua lebih menyerlah apabila digandingkan dengan pelakon seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Emily Chan, Mustapha Kamal, Ruminah Sidek, Lydiawati, Delimawati dan Bobo.
Filem ini mengisahkan tentang Andika (Fezrul Khan) yang merupakan seorang bos kepada Putri (Erin Malik) telah memaksanya menyamar menjadi kekasih. Ia bertujuan untuk membuktikan kepada bekas kekasihnya, Sara (Shima Anuar) yang bakal berkahwin tidak lama lagi bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Mereka berdua mempunyai karakter yang jauh berbeza, Andika seorang 'Perfectionist' manakala Putri seorang yang 'clumsy'. Andika telah membawa Putri pulang ke kampung halamannya setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di sana kerana menjauhkan diri dari ayahnya, Dato' Osman (Mustapha Kamal). Ketika di kampung, Putri dikenalkan dengan keluarga besar Andika dan menyebabkan Putri yang hidup sendiri sejak kematian ayah dan ibunya merasa sangat terharu dengan layanan yang diberikan. Pelbagai perkara terjadi sepanjang mereka di sana sehingga Putri memilih untuk membawa diri. 
Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Putri membawa diri? Adakah kerana rahsia mereka telah terbongkar? Adakah Andika akan melepaskan Putri begitu sahaja? Dapatkah seorang 'Perfectionist' dan seorang 'Clumsy' disatukan? Segalanya terjawab dengan menonton cerita ini.

Pada pendapat DN, cerita ini sangat santai dan penuh beremosi. Mereka berjaya membawa watak masing-masing. Ketika marah, kelakar, menangis, manja dan ketawa, segala perubahan emosi itu dapat ditunjukkan dengan baik dan jelas keikhlasan terpancar dari wajah mereka. Memang tersentuh hati ini apabila air mata yang dikeluarkan kelihatan begitu jujur. DN tidak menyangka filem komedi romantik arahan Eyra Rahman ini sangat menarik untuk ditonton. Dari keseluruhan filem MIG yang DN tonton sepanjang tahun ini, filem "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" merupakan filem terbaik terbitan MIG setakat ini. Syabas diucapkan kepada pengarah dan barisan pelakon hebat. DN berikan 4/5 untuk filem ini.
 
 
 
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

29 Blue Komen:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cite melyu skrang ala ala je. ada satu drama tu pon benci kan boss . at last suka kat boss. huhu

    ReplyDelete
  3. "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?"

    Erm... boleh bagi saya masa tak untuk fikirkannya?

    ReplyDelete
  4. nak kahwin dengan sapa DN?:-p

    Best x filem ni? Tgk preview, tapi tak nampak tertarik sgt dgn jalan citer ni..

    ReplyDelete
  5. Erin Malek comel.. ok itu aja...

    ReplyDelete
  6. macam menarik jer citernyer ni kan....

    ReplyDelete
  7. @Afasz jln cerita memang biasa tetapi penghayatan mereka dalam membawakan watak masing2 itu yg harus dipuji.. :)

    ReplyDelete
  8. @JMR preview nampak biasa je kan.. tp tgk trend MIG je, bila preview gempak, cerita yg biasa2 je... hee...

    ReplyDelete
  9. @Amanda Suriasorang perfectionist & sorang clumsy... sweet.. :)

    ReplyDelete
  10. Musal ek.. ok noted... ke nak cakap comel lagi akak kembar musal.. ala si deq noor tue... kenal x?

    ReplyDelete
  11. Baca review kat blog ujang pun kasi rating tinggi....kebetulan semalam tengok - ternyata memang kelakar la , maybe watak fezrul tu menjadi dengan guna bahasa remaja skang dan erin malek tu comel macam DN laaa....so cute

    ReplyDelete
  12. so biasa2 je la ni ek..heheh

    ReplyDelete
  13. Maaf... Saya xmampu nak fikirkan lagi. mungkin saya belum bersedia lagi.

    Ke awak sanggup menunggu...

    ReplyDelete
  14. 10 kali fikir nak tengok cerita ni kat panggung...hee

    ReplyDelete
  15. @JMR : ala, kalau nak tengok pun apa salahnya kan bro...hee

    ReplyDelete
  16. @hazman fadzil kan... jalan cerita mmg biasa tetapi disebabkan pelakon berjaya bawa watak masing2 menyebabkan cerita ini best sgt utk ditonton.. :)

    ReplyDelete
  17. @JMR lebih sikit dari kebiasaan MIG.. ;)

    ReplyDelete
  18. @Ezad Skytech tahu sgt ezad xsuka cerita jiwang2 ni kan... kan... kan... :D

    ReplyDelete
  19. lelaki Islam boleh nikah sampai 4. takde hal

    ReplyDelete
  20. skrang pelakon dah hebat2. melain kan yg baru2. slalu pelakon baru kurang penhayatan. lama2 byk belakon sana sini. dah pandai dah. tul tak.

    ReplyDelete
  21. baru abis tgk fear factor musim ke2 yg record nye. tgk erin malik.

    ReplyDelete
  22. @Blogger Babyface betul tu tp ada hal bila isteri pertama tidak izinkan. huhu...

    ReplyDelete
  23. @Afasz betul tu afasz.. walaupun jalan cerita biasa, bila letakkan pelakon berpengalaman ia jd sangat menarik. comel kan erin malik.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^