Nikmati Sensasi Rasa Itali di Pizza Hut

Pizza Hut memang tidak asing lagi di Malaysia. Siapa yang tidak pernah mendengar tentangnya dan rata-rata penggemar pizza pasti pernah merasai pizza yang sedap ini. Pizza Hut mempunyai identiti dengan rasa tersendiri dan berbeza dengan pizza-pizza lain yang ada di pasaran. Oleh itu, tidak mustahil bagi Pizza Hut untuk terus berdiri teguh bagi menyediakan makanan dengan menu yang pelbagai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Baru-baru ini Pizza Hut ada mempromosikan menu terbaru dengan slogan "Nikmati Sensasi Rasa Itali" di mana menu ini diinspirasikan dari keistimewaan masakan Itali. Tidak perlu ke Itali untuk menikmati pizza, penggemar masakan Itali pasti sukakannya kerana pizza dan juga pasta di Pizza Hut menampilkan penggunaan keju Itali istimewa, doh yang diuli tangan dan inti dari bahan-bahan segar berkualiti. Pizza Hut memperkenalkan citarasa yang enak untuk penggemar ayam, daging dan juga pasta.

Jika makan di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" dalam dua jenis set iaitu:-
1. Signature Course - 1 pilihan pizza, 1 pilihan pasta, 1 Bruschetta Italiano dan 2 gelas Pepsi. RM32.90 (jimat RM15.20) 
2. Ultimate Course - 2 pilihan pizza, 1 pilihan pasta, 1 Mama Mia Meatballs dan 1 jag Pepsi. RM59.90 (jimat RM26.50)
 
Pilihan pizza dan pasta "Nikmati Sensasi Rasa Itali" Pizza Hut adalah seperti berikut :-

A. Florentine Chicken Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, ayam yang diperap, serbuk lada merah, hirisan labu, sos pesto, zaitun dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM24.90)

B. Tuscan Beef Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, daging lembu stik yang diperap, daging lembu peperoni, tomato ceri dan sos tomato. (ala carte RM24.90)

C. Romano Chicken Pizza - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, daging ayam, hirisan ayam yang digulung, serbuk lada merah, bawang kuning, sos tomato, bayam dan bawang putih. (ala carte RM24.90)

D. Mama Mia Meatballs - Campuran 3 jenis keju Itali istimewa, bebola daging ayam, sos Napoli, keju Itali, krim masakan, tomato ceri, zaitun dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM12.90 / add-on RM11.90)

E. Garlic Cream Fettuccine - fettucine berkrim dihidangkan dengan ayam lembut, bawang putih panggang, bayam dan labu serta dihias dengan hirisan lemon. (ala carte RM14.90 / add-on RM13.90)

F. Italiano Bruschetta - roti bawang putih berkeju dibakar dengan sos berkembar; sos tomato masam dan sos pesto lalu disajikan dengan salsa tomato. (ala carte RM3.90 / add-on RM3.00)

G. Pesto Chicken Spaghetti - spageti sos pesto, ayam lembut, tomato ceri, bawang yang dipanggang, bawang putih yang dicincang, serbuk lada merahcili kering dan daun ketumbar yang dicincang. (ala carte RM14.90 / add-on RM13.90)
 
Promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" juga ditawarkan melalui khidmat penghantaran atau bawa pulang melalui pembelian Big Italia Box yang mengandungi 1 pilihan pizza Rasa Itali, 1 pilihan pasta Rasa Itali, 8 ketul Bruschetta Italiano, 4 ketul drummet New Orleans dan 2 mangkuk sup harian dengan harga RM49.90 (jimat RM13.17). 
 
Menu promosi "Nikmati Sensasi Rasa Itali" juga ditawarkan melalui Pair Deals dimana pelanggan boleh membeli 2 pizza saiz biasa yang terdiri daripada pilihan 1 pizza Rasa Itali dan 1 pilihan Family Favourites Traditional pizza pada harga RM34.90 (jimat RM11.80).
 DN dan rakan blogger lain berpeluang merasai sendiri menu baru "Nikmati Sensasi Rasa Itali" dari Pizza Hut ini. Pizza dan pasta disini ternyata berbeza rasanya dengan kebiasaan pizza yang dikeluarkan oleh Pizza Hut. Jika ingin merasai pizza atau pasta yang berbeza dihasilkan oleh Pizza Hut dengan rasa Itali, boleh datang ke Pizza Hut berhampiran anda. 
 
Hashtag : #pizzahutmalaysia #TasteOfItaly

*****************************

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

32 Blue Komen:

  1. Semua tu blogger ke? Macam mana nak join?

    ReplyDelete
  2. waaaahhh... macam best je. bila nak rasa ni? nyum3

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut selera....lebih suka pizza biasa berbanding versi itali nie...tapi spaghetti diorang memang best laa

    ReplyDelete
  4. hamboi..berbelit lidah yang menyebut nyer......

    ReplyDelete
  5. @Rafael Andre semua ini blogger... :) macam mana nak join, atas jemputan dari PR sendiri atau dari rakan blogger. Rajin2 sebar namecard dan berkawan baik dgn rakan2 blogger.. insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  6. @KiD dah rasa kan... siap tag nak tunjuk lagi. hee... :p

    ReplyDelete
  7. mcm sedap je pizza petak2 ni...lps ni pizza hut kluarkan piza 3segi lak kan?:-p

    ReplyDelete
  8. @hazman fadzil betul tu abg man.. tp nama pun promosi, pasti kena keluarkan lain dari yg lain.. xgitu.. hee...

    ReplyDelete
  9. @Makcik Anak 3 hahaha... ngap masuk mulut sudah... :p

    ReplyDelete
  10. @JMR bukan selama ni bila potong jd 3segi ke? ;p

    ReplyDelete
  11. Erm... disebabkan xde orang nak jaga Fisha.. terpaksa tak dapat join korang T-T

    ReplyDelete
  12. sedp nye. ajak la kite kalau makan makan ni.

    salam singgah dr

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. dah rasa..rupanyer saiznyer kecik..huhuhu...

    ReplyDelete
  14. @Rafael Andre yep.. namecard utk blog kita... :)

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone hihihi... xdpt join tp boleh je makan sendiri berbayar.. :p

    ReplyDelete
  16. @Afasz insyaAllah... boleh je lain kali.. :)

    ReplyDelete
  17. Makan sendiri bayar berbeza rasanya dekat tekak nie he...23x

    ReplyDelete
  18. @Bro Framestone hahaha... kalau org lain bayar lg sedap kan bro.. :p

    ReplyDelete
  19. @Rafael Andre tak semestinya, tp advantage utk yg ada namecard... :)

    ReplyDelete
  20. tak dapat peluang pula nak join event ni...semuanya memang nampak sedap2 belaka ni...hee

    ReplyDelete
  21. @Bro Framestone : makan free dengan bayar sendiri memang lain feelingnya kan bro..hee :D

    ReplyDelete
  22. sampai sekarang tak berpeluang lagi nak merasa semua ni...harap2 ada la lagi promosinya...hee

    ReplyDelete
  23. @Ezad Skytech kalau sempat cuba lah nanti ye ezad.. :)

    ReplyDelete
  24. huhuhu. sedap nye pizza free hehe

    ReplyDelete
  25. @Afasz mmg sedap bila freeeeeee.... :D

    ReplyDelete
  26. belum berpeluang rasa. sejak akhir-akhir ni lebih suka makan MacD.

    tapi memang nampak sedap pizza-pizza ni

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^