Dah lama DN tidak buat kerja sebegini. Straight kerja dari jam 9 malam sampai 7 pagi. Hujung minggu pula tu. Macam kerja syif pula. DN sedar tahu-tahu bunyi alarm phone menunjukkan sudah masuk jam 6 pagi. Kalau kerja syif takpe juga kan. Habis kerja pukul 7 pagi boleh tidur. Ini DN habis kerja pukul 7 pagi siap-siap untuk balik rumah. Orang siap-siap untuk pergi kerja, DN baru nak balik. Sampai rumah, mandi seterusnya siap-siap untuk pergi meeting pukul 10 pagi. Tidur? Tangguhkan dulu niat untuk tidur itu. Best kan kerja DN. Hihi...
DN mengadap kerja ini di ofis sampai tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Ada jugalah berhenti rehat kejap 30 minit pukul 2 pagi, lepas itu sambung semula. Takut buat kerja di ofis sorang-sorang? Buang jauh-jauh perasaan takut itu, tumpukan kepada kerja yang perlu disiapkan. Itu yang selalu DN lakukan. Bunyi macam-macam itu biasa tetapi selagi tidak mengganggu DN buat kerja, DN ok sahaja. Kalau layankan perasaan takut memang takkan siap lah kerja DN. Hee...
Balik rumah kena perli dengan parent DN kerja kuat. Mujur juga mereka memahami kerjaya DN sebegini. Sebelum ke ofis malam itu DN sudah maklumkan yang DN akan berada di ofis sehingga kerja siap maka mereka tidak mengganggu DN. Boleh sahaja DN ajak adik DN teman di ofis tetapi tidak sampai hati untuk DN mengganggu masa tidur mereka maka sendirian lebih baik. Lebih fokus dan kerja pun siap.
Alhamdulillah... Hari ini DN lapang sedikit jadi sempat berkongsi cerita di sini. Esok kembali sibuk dengan mesyuarat di sana sini dan kerja-kerja lain untuk diberi tumpuan. Kerja selagi mampu dan yang penting ikhlas serta amanah dengan tanggungjawab yang diberikan. InsyaAllah, apa yang kita usahakan pasti mendapat kepuasan kelak.
*****************************
panjang tu masa bekerja DN,kena jugak ada masa rehat...
ReplyDeletekerja-kerja juga...rehat perlu ada..selamat bertugas
ReplyDeletekeje di rumah. tak syok la. hehe.. kat umah time for rest la. :D
ReplyDeleteanyway.. deq noor . moga dipermudahkan,
@Kisah Si Dairy nanti akan cari masa rehat & cuti panjang. hee...
ReplyDelete@Hero Borneo selepas ini akan berehat panjang. thanks.. :)
ReplyDelete@Afasz kat ofis afasz.. kalau kt rumah xjadi kerja nanti. hehe... thanks afasz.. :)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan buat Deq Noor... Asalkan masa untuk blog, bro dan kenkawan mencendol tidak diabaikan :)
ReplyDeleteAdakah ini entry minggu lepas?
ReplyDelete@Bro Framestone thanks bro..insyaAllah ada masa utk kwn2.. :)
ReplyDelete@Rafael Andre yup.. hee.... ^_^
ReplyDeleteada masa kerja keras. ada masa boleh bercuti panjang.
ReplyDeletemasa bercuti panjang kena berehat betul-betul ye.
bekerja pun kena rehat jugak. baru tidak jatuh sakit
kerja tu kerja juga DN...tapi jangan sampai overload sangat...hee
ReplyDeleteUishhh....sampai awal pagi tu.... dah boleh layan tengok world cup terus... hehehehe...
ReplyDeleteoo wat kat ofiz ke. ingat kat umah td. huhu. welcome...
ReplyDelete@Blogger Babyface memang lepas ini hendak bercuti panjang pun.. :)
ReplyDelete@Ezad Skytech tgh overload.. xboleh nak buat apa dah. huhu...
ReplyDelete@hazman fadzil itu lah... xsedar. bola score berapa dah pun xtahu. huhu...
ReplyDeleteYeahhhhh Rasanya bulan pose ini, Deq Noor ada masa x?
ReplyDeleteKot-kot boleh berbuka sama :)
@Bro Framestone mmg bro dapat buka puasa dgn dn.. :)
ReplyDeletesalut DN! walaupun sibuk ngan tugas, tetap maintain setia update blog :)
ReplyDelete@Zuan moga momentum untuk menulis ini tetap ada walaupun tidak sekerap selalu.. hee...
ReplyDeletebekerja lah kita sekuattt nyer....
ReplyDelete@Makcik Anak 3 kerja... kerja... hee...
ReplyDeleteSaya dulu pun pernah kerja di site sampai pukul 2.00am..sekarang kerja dirumah saja...hihi
ReplyDelete