Movie Review : Pengantin Malam

 Siapa sudah tengok filem terbaru Nora Danish dan Farid Kamil bertajuk "Pengantin Malam"? Filem "Pengantin Malam" ini sudah ditayangkan bermula semalam, 19hb Jun 2014. DN berpeluang menonton premier filem ini beberapa hari lepas dan ternyata lakonan gandingan mereka berdua memang mantap. Terima kasih kepada pihak MIG kerana terus memberi peluang kepada DN untuk menonton tayangan perdana filem mereka.
 Filem bergenre seram ini adalah dibawah pengarahan saudari Eyra Rahman. Dengan menggandingkan dua pelakon berpengalaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi kredibiliti lakonan mereka, ia pasti mampu memberi tarikan luar biasa buat filem ini terutama penggemar filem seram. Pelakon-pelakon lain yang turut menjayakan filem "Pengantin Malam" ini adalah Nina Iskandar, Ellie Suriaty dan Rashidah Jaafar. Penggambaran filem ini mengambil masa selama 15 hari dengan memilih Kuang, Selangor sebagai lokasi utama penggambaran "Pengantin Malam".
 "Pengantin Malam" mengisahkan tentang Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Maya sering diganggu oleh lembaga berpakaian pengantin dan membawa patung. Razif (Farid Kamil) tidak mempercayai apa yang menghantui isterinya dan percaya ia cuma halusinasi Maya sahaja. Oleh itu, Razif membawa Maya keluar dari rumah mereka dan kembali ke villa keluarga Razif yang dijaga oleh Mak Anom (Rashidah Jaafar). Walaupun tinggal di villa, Maya tetap diganggu malahan lebih teruk lagi keadaannya dan ini sangat merunsingkan Razif sehingga memilih membawa Maya berjumpa dengan Doktor Dina (Ellie Suriaty). Keadaan lebih meruncing lagi apabila ianya ada kaitan dengan Laila (Nina Iskandar).

 Bagaimana keadaan Maya selepas menemui Doktor Dina? Kenapa keadaan Maya semakin teruk apabila berada di villa? Adakah Razif akan mempercayai lembaga yang mengganggu Maya selama ini? Siapakah Laila dan apa kaitan Laila dengan mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem "Pengantin Malam" yang sudah berada di pawagam bermula 19 Jun 2014.
DN bukanlah peminat filem bergenre seram tetapi lakonan mantap Nora Danish memang memukau sesiapa sahaja yang menontonnya. Beliau berjaya membawa watak dengan terbaik dan DN dapat merasai keseraman serta penderitaan yang dialami beliau di dalam filem ini. Begitu juga dengan Nina Iskandar, Ellie Suriaty, Rashidah Jaafar dan Farid Kamil. Penghayatan watak mereka sangat berkesan sehingga ada scene-scene yang mampu membuat DN terkejut dan bersedih. Tahniah kepada team "Pengantin Malam". DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre seram arahan Eyra Rahman ini.
 
 
 
 
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

30 Blue Komen:

  1. Seram tak cerita ini DN? Nak tengok, tapi tak berani

    ReplyDelete
  2. Eeii..seramnya. wida mmg x berani nk tgk ni

    ReplyDelete
  3. Suka watak yang dibawa oleh Rashidah Jaafar...

    Menjadi...

    ReplyDelete
  4. rating DN bagi 4.5/5 wow.. macam power je citer nie

    ReplyDelete
  5. @Rafael Andre seram.. siang dia pendek, asyik malam je memanjang. Hee...

    ReplyDelete
  6. @mamawaiz mmg seram wida. Kalau xberani jgn tgk. Nanti takut tido mlm. Hee...

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone betul tu. Saiko kan tgk muka dia. Huhu...

    ReplyDelete
  8. @Al Kisah lakonan nora danish mmg mantap. Seram cite ni...

    ReplyDelete
  9. tak minat sangat dengan filem -filem seram ni. tapi, dengar cite, ada rakan-rakan kita yang pengsan. sebab terkejut lepas tengok cite ni.

    betul ke?

    ReplyDelete
  10. seram sangat ke DN ? macam best je kalau nak layan ni...hee

    ReplyDelete
  11. @deq noor : kalau siang tak logik pula hantu muncul kan DN...hee

    ReplyDelete
  12. Bayangkan kalau Rashidah Jaafar jadi hantunya...

    ReplyDelete
  13. Suatu watak baru untuk Nora Danish tapi nampaknya MIG tak berhenti dengan genre seram kan...tak lama lagi nak kuar filem NASI TANGAS pulak kan.... huhuhu

    ReplyDelete
  14. taku nk tgk cite cmni sesorang. huhu

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone eee... mesti bro tutup mata nanti. keh3! :p

    ReplyDelete
  16. @hazman fadzil mungkin tahun ini untuk filem2 seram kerana ada permintaan... mana tahu selepas ini kembali ke genre islamik pula kan.. :)

    ReplyDelete
  17. @Afasz tgk ramai2 pun seram afasz. hihihi...

    ReplyDelete
  18. Kalau siangnya panjang. Tajuk kena tukar - Pengantin Siang

    ReplyDelete
  19. Eh bukan ke Bro dari awal sampai habis memang tutup mata.. ke tutup muka he..23x

    ReplyDelete
  20. @Rafael Andre : jadi tak seram terus tajuknya kalau tukar...hihi

    ReplyDelete
  21. @Afasz : jangan la tengok sorang2...ajak la teman..hee

    ReplyDelete
  22. @Bro Framestone entah.. mana la dn tengok bro tutup mata ke muka...

    ReplyDelete
  23. hantu paling comel..hehehe

    ReplyDelete
  24. @Zuan nampak comel tapi seram... huhuhu...

    ReplyDelete
  25. dah ada kat internet, tapi x tgk lagi..mcm seram je..

    ReplyDelete
  26. @Syuhada Salleh mmg seram.... tgk jgn sorang2 tau...

    ReplyDelete
  27. Saya dah tak boleh tengok genre seram, nanti anak tak boleh nak tidur malam, haru..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^