Assalamualaikum...
Di hari Jumaat yang tenang dengan cuaca yang sangat baik hari ini, DN ingin kongsikan sesuatu yang istimewa. Istimewa kerana masa rehat yang agak panjang tadi 12.30pm - 2.30pm, DN dan rakan pejabat menjalankan misi mencari makanan yang enak dan lazat. Asalnya hendak makan di sana tetapi memandangkan bujang-bujang ofis juga hendak makan bersama selepas solat Jumaat maka kami bungkus sahaja.
Kami memilih untuk makan Nasi Arab Al-Hijjazi. DN pernah merasainya bulan lepas semasa pemilik Nasi Arab Al-Hijjazi bagi peluang DN rasa buat kali pertama. Ternyata DN jatuh hati dengan rasa keenakan dan kelazatan Nasi Arab Al-Hijjazi ini. Kali ini DN berkongsi keenakan rasa Nasi Arab Al-Hijjazi bersama rakan sekerja pula. Disebabkan Nasi Arab Al-Hijjazi sudah membuka kiosk mereka di Restoran Seri Soga, Seksyen 16, Shah Alam maka tidak menyukarkan penggemar Nasi Arab untuk mendapatkan Nasi Arab Al-Hijjazi ini.
Set Nasi Arab Al-Hijjazi ini terbahagi kepada 3 :-
1. Set VIP - (Nasi Arab Al-Hijjazi + ayam yogurt roasted + shatoh (sos istimewa) + salata (salad) + sup) RM9.90
2. Set Diamond - (Nasi Arab Al-Hijjazi + lamb mandy + shatoh (sos istimewa) + salata (salad) + sup) RM12.90
3. Set Super Supreme - (Nasi Arab Al-Hijjazi + lamb mandy + ayam yogurt roasted + shatoh (sos istimewa) + salata
(salad) + sup) RM15.90 
Nasi Arab Al-Hijjazi juga menerima tempahan untuk katering pelbagai majlis. Makanan dan harga yang ditawarkan seperti gambar di atas. Nasi Arab Al-Hijjazi juga menyediakan penghantaran lunch pack dengan minimum order 30 pax. Cas menghantaran mengikut jarak lokasi tetapi untuk sekitar Shah Alam, tiada cas penghantaran dikenakan.
Inilah Nasi Arab Al-Hijjazi yang telah DN bawa balik ke ofis. Mujur DN dah SMS booking dulu tau. DN sampai untuk ambil Nasi Arab Al-Hijjazi tadi pada jam 12.30pm, sold out sudah. Selepas 1 jam, cepat betul habis kan. Alhamdulillah... Semoga Nasi Arab Al-Hijjazi terus murah rezeki.
Sementara tunggu bujang-bujang balik solat Jumaat tadi, sempat DN snap-snap dulu. Hihi... Nasi Arab Al-Hijjazi yang dibawa pulang akan dipack seperti di atas. DN juga diberi voucher 4+1 di atas. Terima kasih Nasi Arab Al-Hijjazi! Siapa-siapa nak makan Nasi Arab Al-Hijjazi bersama DN, jom! Cukup 5 orang dah boleh guna voucher ini.
Bagaimana untuk mendapatkan Nasi Arab Al-Hijjazi ini? Boleh merujuk maklumat di bawah.
Lokasi :
Kiosk Nasi Arab Al-Hijjazi,
Restoran Seri Soga,
Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
Landmark : Bersebelahan Pejabat Pos, Sederet RHB Bank
Waktu Operasi :
Rabu - Jumaat : 11.30 pagi - 3.30 petang
Website :
Facebook :
Instagram :
Tahniah Nasi Arab Al-Hijjazi kerana akhirnya berjaya membuka kiosk selepas menjalankan perniagaan secara dari rumah sebelum ini. Semoga terus success dan terus menyediakan makanan yang istimewa, lazat dan nikmat kepada kami semua. Kami akan terus menyokong perniagaan Nasi Arab Al-Hijjazi.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
menarik ni... boleh lah bawa kami ke sana.. kan kan kan
ReplyDelete@KiD boleh sgt2 kid... nanti kita set ye... :)
ReplyDeleteBaguslah diorang dah berkembang setapak lagi.... lepas confirm team DH akan terjah makan kat sana la tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteMenyelerakan....
ReplyDeletekiosk.. ingat buka restoran.. boleh try ni..
ReplyDeleteRabu ~ Jumaat je ke? Adehhhh....!!!
ReplyDelete@hazman fadzil itulah.. nanti nak bawa diorang ke sana.. :)
ReplyDelete@Unknown alhamdulillah... :)
ReplyDelete@Rafael Andre mmg menyelerakan.. :)
ReplyDelete@Al Kisah alhamdulillah... buka kiosk dulu, ada rezeki lebih buka kedai pula.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone begitulah nampaknya bro... :)
ReplyDeleteAla huhuu tak bestnye....
ReplyDelete@Bro Framestone doakan ada rezeki utk buka tiap2 hari.. :)
ReplyDeletememang nampak menarik. lagi menarik kalau ada orang yang belanja
ReplyDeleteboleh diterjah ni kalau ke area sana...lama juga tak makan nasi arab ni...hee
ReplyDeletekalau duk area sana leh nak singgah.. sodap nye la
ReplyDelete@Blogger Babyface betul tu.. sedap kan kalau ada yg belanja.. :)
ReplyDelete@Ezad Skytech sekali sekala layan nasi arab syok juga kan.. :)
ReplyDelete@Afasz kalau dtg shah alam beritahu lah. boleh DN bawa g makan nasi arab ni.. :)
ReplyDeletesedap !!! saya dah cube..anda bila lagi...
ReplyDelete@Makcik Anak 3 hee... terus lupa diet nasi.. :p
ReplyDeleteharga boleh tahan..mesti sedap kan..
ReplyDelete@Syuhada Salleh alhamdulillah... memang sedap.. :)
ReplyDeleteAda urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Alam Sentral, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
ReplyDelete