Pengalaman Pertama Zumba bersama D'Adza Fitness


Malam tadi tidak boleh tidur. Jadi stalker lah facebook kawan-kawan. Sampai kepada video yang dikongsikan oleh Adza Tuty dengan aktiviti berzumba dari D'Adza Fitness. Meriah sangat-sangat. Teringat pertama kali diberi peluang berzumba bersama mereka.
Inilah DN dan rakan-rakan blogger yang hadir memeriahkan Zumba bersama D'Adza Fitness pada 11 Mei 2014 yang lalu. Dari kiri Ema Johari, DN, Mak Dara, Cik Lily Putih dan Zulie Ieta. Pertama kali melihat mereka berzumba, segan juga hendak keluar. Maklum sahaja, tidak pernah ada pengalaman kan. Tetapi bila tengok semua orang sporting termasuk rakan-rakan blogger lain maka DN pun beranikan diri juga.

Mula-mula memang kelaut semua step. Main hentam sahaja seperti kata Mak Dara tiada istilah salah atau betul dalam zumba ini. Apa yang penting kita menggerakkan anggota badan dan berpeluh. Sebab itu zumba ini merupakan salah satu senaman yang bagus. Kerana ia menggabungkan tarian dan senaman aerobik dalam satu masa. Berpeluh sampai tahap kalau dilap dengan tuala, boleh diperah tuala itu tau. Hihihi... JK! Kalau tidak fit, memang boleh semput dibuatnya. Penat memang penat tetapi seriously sangat seronok. Hee... Lama kelamaan, DN sudah boleh mengikut step yang diajar oleh Zin Zumba ini.



Akhirnya, seperti dalam video di atas. Malu i tau. Hihihi...

Terima kasih kepada Mak Dara atas jemputan ini. Kalau ada lagi sudi-sudilah jemput DN ye. DN memang seronok berzumba bersama mereka yang hadir. InsyaAllah DN akan turut serta jika tiada halangan selepas ini. :)

Aktiviti zumba D'Adza Fitness boleh dilihat dan diikuti seperti berikut :-
●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS FB FANPAGE https://m.facebook.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS BLOG http://dadzafitness.blogspot.com


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. kalau first time join biasal DN...belasah je...janji berpeluh...hee

    ReplyDelete
  2. Ini yang tempoh hari DN promote itu kan?

    Banyak video dari gambar.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wahh syok nye. pernah tgk zumba ni kat selamat pagi malaysia ke .malaysia hari ini thn lepas... mesti syok.

    ReplyDelete
  5. cayalah DN..... lepas nie boleh la jadi instructor pula.... OLA ZUMBA....yosh !!!

    ReplyDelete
  6. @Rafael Andre yup.. gambar xingat letak kat mana. Huhu...

    ReplyDelete
  7. @Afasz mmg syok.. berpeluh xingat. Best sgt sbb jarang ada peluang berpeluh camni

    ReplyDelete
  8. @hazman fadzil xmampu la abg man jd zin zumba ni.. huhu...

    ReplyDelete
  9. Awat Deq Noor nampak comel je dalam video tue he...23x

    ** tertiba rasa menyesal puji macam ini. tapi dah kenyataan... puji je la

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone : da puji menyesal pula...bro2...hee...:D

    ReplyDelete
  11. @Bro Framestone hahaha... macam ini pun boleh ye bro.. :p

    ReplyDelete
  12. hihihii...semua nya sporting kan..

    ReplyDelete
  13. Saya pun buat zumba di rumah berpeluh-peluh..pastu dengan anak-anak lagi, memang best la!

    ReplyDelete
  14. @Ezad Skytechmemang best berzumba ni, tambah dengan anak-anak lagi la...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^