Aidilfitri 2014 bersama Keluarga dan Sanak Saudara

Bulan lepas sentiasa bercerita tentang puasa sahaja, kini tiba untuk bercerita tentang raya. Bagaimana dengan Hari Raya kalian semua? Moga semuanya baik-baik sahaja. Raya DN biasa sahaja dan DN bersyukur sangat kerana pada tahun ini kami semua masih diizinkanNya untuk beraya bersama keluarga. Ada Abah, Mama, Abang dan adik-adik tercinta.
Tema tahun ini adalah peach so semua orang sedondon warna yang sama. Siapa lagi kalau bukan kerja DN yang siapkan semua orang dengan pakaian yang sama. Mereka melayan sahaja karenah DN ini. Hihihi....
 
 Selesai solat Hari Raya, kami mempersiapkan diri masing-masing memakai pakaian yang sedondon dan bersalaman memohon kemaafan bersama keluarga. Selesai sarapan pagi ketupat, ketupat palas dan lauk kegemaran kami, semur (dalam bahasa Jawa, lauk ini ala-ala ayam masak kicap) kami bersiap-siap untuk balik kampung di Sekinchan, Selangor. Jalan menghala ke sana sangat jam maka kami lalu jalan dalam. Lebih kurang 2 jam kami sudah tiba di kampung halaman.
 Gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar kami sekeluarga bersama saudara-mara yang sempat kami semadikan gambar mereka. Pelbagai ragam dan karenah terserlah apabila dapat berkumpul bersama. 8 buah rumah saudara mara berjaya kami pergi setakat ini. InsyaAllah kami akan datang ke rumah saudara-mara yang lain kelak.
 Dalam  usia mencecah 30-an, masih ada yang sudi memberikan duit raya kepada DN. Alhamdulillah... Orang sudah memberi, kita terima sahaja. Tidak elok menolak rezeki. Hihihi... Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Buang segala sengketa lama, saling bermaafan sesama kita, semoga hati kita terus terpelihara daripada hasad dengki dan buruk sangka. InsyaAllah...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

26 Blue Komen:

  1. selamat hari raya deqnoor... tak sempat singgah sekinchan.. penuh dan ramai orang datang umah.. hoho

    ReplyDelete
  2. @KiD itulah... DN kat sekinchan lebih banyak masa di dapur dari keluar ziarah raya. heee....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya. Raya kedua ada pergi Tanjung karang. Memang jammed. tapi ikut Bukit Tagar selamat la.

    ReplyDelete
  4. seronok kalau dapat berkumpul seisi keluarga begini..alhamdulillah semua masih dipinjamkan masa oleh Allah..


    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
  5. Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya DN...meriah tengok family DN...sedondon...hee

    ReplyDelete
  7. belek belek...pose anak bujang tu..sepesen jer..heeeee...memang tengah trend die ek......ape pun..nampak comeyy jer

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya DN..bestnye family DN coz ade orang sediakan baju raya..:)

    ReplyDelete
  9. Kenapa ada muka mamat dalam entry ini yang Bro kenal sesangat ek.

    Rasanya Bro kenal dia tahun 2006.

    Maknanya Bro kenal dia lagi lama dari Deq Noor la la la

    ReplyDelete
  10. @Hazmin Hamudin selamat hari raya... kalau tahu jln mmg sekejap je sampai kan.. :)

    ReplyDelete
  11. @Apk Baru selamat hari raya, maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  12. @Ezad Skytech selamat hari raya ezad.. thanks.. :)

    ReplyDelete
  13. @Mummy Dina alhamdulillah... rezeki utk dikongsi bersama2.. :)

    ReplyDelete
  14. @Bro Framestone DN kenal dia lebih lama dari bro tau. heee... :p

    ReplyDelete
  15. DN main kasaq.. dah namanya saudara... mesti la kenal lagi lama dari Bro..

    Ye la bro nie siapa la kan.. asik terlupa je

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dn, lawanya warna tema keluarga awak tahun ni. hehee bestlah dapat duit raya. sy ni dok pegang duit raya Adam je. hihihii ~~~

    ReplyDelete
  17. @Sheila Salim dah jadi mummy kena la pegang duit raya je... ^_^

    ReplyDelete
  18. meriah kan hari raya bila semua adik bradik berkumpul. paling seronok mak ayah la...

    wow dah nk 30 an pon dpt duit raya ... rezeki..

    ReplyDelete
  19. @Afasz alhamdulillah.. yg penting ibu, ayah dan adik2 gembira di hari raya.. :)

    ReplyDelete
  20. tahun ni berhari raya di sungai besar. tapi takdpt beraya banyak rumah.

    anak-anak kena cirit birit la pula.

    ReplyDelete
  21. @Blogger Babyface kesiannya... mesti diorg bad mood je kan...

    ReplyDelete
  22. Dah nak hampir setahun kan Aidilfitri ni DN?

    ReplyDelete
  23. that is happy family and they will kêp this forever, and i read this post i knew mỏe imformation about your custom and that is special with me.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^