Iftar Bersama Keluarga Denaihati Network di Laman Kayangan Shah Alam

Alhamdulillah...
Baru-baru ini DN ada menerima jemputan untuk turut sama memeriahkan iftar bersama keluarga Denaihati Network bertempat di Laman Kayangan, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Laman Kayangan menawarkan buffet Ramadhan berharga RM59 seorang.
Terima kasih kerana sudi menjemput DN untuk memeriahkan iftar kali ini. Sesungguhnya memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat pahala tanpa mengurangkan pahala puasa mereka. Syukur alhamdulillah atas rezeki ini. Walaupun kesihatan DN tidak berapa mengizinkan pada hari tersebut, dapat berkumpul bersama mereka membuatkan demam DN turut berkurang.
Beginilah suasana di dalam Laman Kayangan ini. Luas dengan susunan meja yang teratur di mana satu meja dapat memuatkan seramai 10 orang pengunjung. Lebih dari 1000 pengunjung dapat menikmati buka puasa di sini dalam satu-satu masa dan juga tempat solat turut disediakan. Tempatnya selesa dan makanan juga sedap-sedap belaka. Laman Kayangan menawarkan menu Malaysia kontemporari dengan pelbagai juadah istimewa seperti kambing panggang yang akan disediakan setiap hari.
Muka-muka ceria selepas makan. Elok-elok Kak Nora, tumpah air tu karang. Hee.... Video semasa iftar bersama keluarga Denaihati Network boleh dilihat di bawah ini.

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi DN ucapkan. Semoga semakin murah rezeki dan diberkati selalu hendaknya. Alhamdulillah...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. Best lah... berbuka puasa lat situ.. terbaik!!

    ReplyDelete
  2. Menariknya..makanan pun sedap2..

    ReplyDelete
  3. Tak nampak pun Deq Noor dalam gambar... kena belek video pula tengok ada ke x?

    ReplyDelete
  4. Memang puas hati la makanan dengan sini rasa berbaloi sangat dengan harganya.... cuma lupa nak selfie dengan DN la aritu.... huhuhu

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone xsihat.. duduk je lah. nanti kata sebar virus plak...

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil xpe.. ada rezeki kita selfie ye abg man.. :)

    ReplyDelete
  7. Murah rezeki kan...bedt la mkn sedap2...

    ReplyDelete
  8. best! tak dapat den nak join >_<

    ReplyDelete
  9. @Amanda Suria alhamdulillah... rezeki untuk dikongsi bersama.. :)

    ReplyDelete
  10. @Zuan insyaAllah satu hari nanti boleh join sama.. :)

    ReplyDelete
  11. Best dapat iftar beramai-ramai macam ini

    ReplyDelete
  12. @Rafael Andre kan... join lah sekali.. boleh kenal2 dgn blogger lain... :)

    ReplyDelete
  13. insyaAllah. lain masa kita boleh buka puasa sama-sama lagi kan.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^