Kad Raya & Sampul Duit Raya

25 Ramadhan 1435H, satu-satunya kad raya yang DN terima tahun ini. Daripada klien yang tiap-tiap tahun tidak pernah lupa untuk mengirimkan DN kad raya. DN memang tidak pernah bagi kad raya pada beliau apatah lagi hamper atau duit raya. Tetapi beliau tetap setia mengirimkan kad raya buat DN. Terharu sangat. Terima kasih banyak-banyak. Nanti DN hantar mesej Selamat Hari Raya ye. Hee...

Memang budaya menghantar kad raya semakin kurang. Bila lihat status kawan-kawan yang mengirimkan kad raya tetapi lewat sampai ke destinasi, lagi lah semangat untuk mengirimkan kad raya tiada. Mesej lagi laju kan. Hihihi... Harap ada lagi yang sudi bagi kad raya pada DN selepas ini walaupun Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sobsob....
Apapun tahun ini DN ada menyiapkan sampul duit raya untuk diberikan kepada rakan-rakan semua. Terhad 1000 keping sahaja dan mereka yang sudah menerima sampul duit raya ini, kalian antara yang bertuah. Siapa yang hendakkan sampul ini, rajin-rajinlah jumpa DN ye. Hee... Ini sahaja yang mampu DN berikan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. InsyaAllah jika diberi peluang dan rezeki, DN akan buat lagi tahun-tahun berikutnya. Duit raya letak sendiri ye. Lepas tu DN nak duit raya tau. Hihihi...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

31 Blue Komen:

  1. whoaaa.... memang gempak la tahun DN siap buat sampul duit raya yea... mesti raya yang suka hati dan happy....

    ReplyDelete
  2. @hazman fadzil alhamdulillah... ada rezeki & kesempatan waktu utk buat semua ni... :)

    ReplyDelete
  3. Duit raya pertama yang bro terima tahun ini dari Deq Noor.

    Tapi dah habis dah he..23x

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone itu duit puasa... mmg kena habiskan sblm raya. heee...

    ReplyDelete
  5. wah..tahun lepas je buatkad raya dan sampul raya..tahun nie tak sempat..

    ReplyDelete
  6. Ok, duit puasa dari Dn dah habis.. tgu duit raya pula he...23x

    ReplyDelete
  7. Waahh.. dapat kad raya lagi.. okla walaupun sekeping..at least... hehe
    lama x dapat dah.. haiishhh...

    ReplyDelete
  8. DeqNoor ada tempah sampul duit raya... cantik

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy tahun depan kalau buat jgn lupa bagi DN ye... ^_^

    ReplyDelete
  10. @Syuhada Salleh Orang yang buatkan... DN terima sahaja.. :)

    ReplyDelete
  11. @Bro Framestone Duit raya utk anak2 la bro.. Bro yang kena bg DN tau... :D

    ReplyDelete
  12. @Nadot kan... at least dapat gak dari takde langsung... :)

    ReplyDelete
  13. @Rafael Andre itulah... xsempat nak bagi kat awak... huhuhu...

    ReplyDelete
  14. first duit raya tahun ni dari DN la...hee

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum DN, alaaa lupa pula nak guna sampul duit raya DN bagi tu. ehhehee tapi takpe, raya belum habis lagi. hihiii ~~~

    ReplyDelete
  16. @Sheila Salim xpe.. guna lain kali pun boleh kan... ^_^

    ReplyDelete
  17. @MissNadia org design kan... kalau DN buat sendiri xsecantik ini. hee...

    ReplyDelete
  18. thn ni tkde dpt kad raya pon. last dpt 2 thn lepas kot.. kawan2 office bg.

    ReplyDelete
  19. rezeki dn dpt buat sampul siap leh market blog lg. tahniah.

    moga murah rezeki dn ..

    ReplyDelete
  20. sebenarnyer..byk je lagi kad raya awak ni DN..hehee....

    ReplyDelete
  21. @Afasz budaya kad raya semakin pupus nampaknya.. afasz dpt kan sampul duit raya.. :)

    ReplyDelete
  22. dapat duit raya gak tahun ni. dari DN la.. terima kasih.

    ReplyDelete
  23. cantik design sampul raya ni. design sndr ke?

    ReplyDelete
  24. Dah lama tak tulis kad raya..nostalgia la..

    ReplyDelete
  25. wah, untung siapa dapat ni...kalau x dapat, boleh juga buat sendiri kalau rajin dan ada masa..:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^