Seperti yang tertera di atas, majlis Iftar Bersama Blogger 2014 #IBB2014 telah berjaya diadakan dengan penganjuran bersama Denaihati Network dan Al-Ansar Health Sdn Bhd. Bertempat di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, #IBB2014 telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas dari Rumah Warisan Kasih Banting, para blogger dan media jemputan.
Syukur alhamdulillah DN dapat turut sama merasai kemeriahan dan
menempatkan diri di dalam majlis #IBB2014 ini. Terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada penganjur #IBB2014 . Tema Arabian Night menjadi pilihan dan DN tidak pasti adakah DN telah memenuhi syarat-syarat tema yang ditetapkan. Rasa macam kelaut sahaja. Hihihi....
Inilah antara rakan-rakan blogger yang turut sama hadir ke majlis #IBB2014 ini. Kehadiran mereka memang sangat meriah dan karenah mereka yang pelbagai memang menghiburkan siapa sahaja yang mengenali serta melihat mereka. Syukur alhamdulillah DN dikelilingi dengan mereka yang sentiasa ceria dan menyokong antara satu sama lain.
Di kesempatan bertemu dengan semua rakan-rakan blogger, dapatlah kami bersalaman dan memohon kemaafan sepanjang perkenalan kami andai ada kata dan tingkah laku yang menyinggung perasaan masing-masing sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan hendaknya. Ragam dan aksi mereka di #IBB2014 boleh dilihat di dalam video di bawah :-
Kredit gambar dan video :-
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
thanks gunakan gmbar dari kamera acul :)
ReplyDeletenanti buat open house jgn lupa jemput tau :D
Terima kasih untuk kurma tempoh hari ek Deq Noor.
ReplyDelete@mohd rasul insyaAllah... thanks untuk gambar2 yg cantik ini.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone DN ada bagi kurma ye? hee... :p
ReplyDeleteMemang meriah iftar ni dah macam reunion punya event pulak kan... jumpa kengkawan blogger lain.... anyway mana2 kamera pun bila snap gambar DN semuanya cantik belaka sebab orangnya memang lawa... :)
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi IBB2014
ReplyDelete@hazman fadzil alhamdulillah dapat join event ni. Kalau tidak, takde peluang gathering sesama blogger sebelum cuti hari raya kan...
ReplyDelete@Syuhada Salleh lain kali join lah.. boleh jumpa.. :)
ReplyDeletemeriah #IBB2014 ni. dah macam majlis SBB.
ReplyDelete@Azwan Anuar kan.... moga denaihati terus murah rezeki untuk mengadakan majlis besar ini di masa akan datang..
ReplyDeletedeqnoor ohhh deqnoor! ada orang tu malu-malu nak cakap depan kamera ye! hehehe! meh terjah blog kaio. tengok video! jangan lupa komen taaauuu!
ReplyDeletewww.kaio.my
hahhaa..memang meriah habis..habis tunggang langgang mawardi bawa kamera tu
ReplyDeletewah banyaknya gadis-gadis...
ReplyDelete@Anwar Abdullah @ Kaio kikiki... DN ni memang pemalu orangnya... :p
ReplyDelete@Nadia Johari kan... kelam kabut dibuatnya. hee...
ReplyDelete@Rafael Andre mmg sgt ramai.. lain kali jom lah join sama... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, wahh bestnya. tahun ni tak berkesempatan nak join iftar blogger. hihiii dah ada anak, susah sikit nak jalan...
ReplyDelete@Sheila Salim itu lah.. tunggu anak besar sikit baru boleh jalan2 kan...
ReplyDeletesyok ny kalau dpt join .. >_<
ReplyDelete@Afasz join lah lain kali.. :)
ReplyDeletetak dapat join sebab terikat ngan jadual kerja.
ReplyDeletekerja malam pulak tu
@Blogger Babyface xde rezeki tu... lain kali boleh join... insyaAllah... :)
ReplyDelete