Masakan Eksotik dan Kampung di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Restoran Lembah Bernam menjadi tarikan utama DN dan keluarga setiap kali pulang ke kampung. Lebih tepat lagi, setiap kali hendak menghantar adik pulang ke asrama di SMKA Simpang Lima, kami sekeluarga akan singgah makan tengah hari di sini. Boleh dikatakan paling kurang sebulan sekali kami makan di sini. Betapa masakan di restoran ini sangat sedap sehingga berjaya menarik kami sekeluarga menjadi pengunjung setia di sini.
Dekorasi restoran ini biasa sahaja, tiada apa yang menarik. Apa yang menarik disini adalah masakan eksotik dan masakan kampung yang disediakan di sini. Perghhhhhhh!!! Terbaik! Sehingga menjilat jari dan pinggan kalau makan di sini. Kepada penggemar masakan eksotik dan masakan kampung, restoran ini wajib anda kunjungi. Pasti dah datang sekali, hendak datang lagi dan lagi.

Jom DN kongsikan masakan yang gemar DN makan setiap kali singgah di Restoran Lembah Bernam ini.
Udang Galah masak sambal ini berharga RM15 seekor. Harga bergantung kepada saiz udang. DN pernah makan udang galah masak sambal berharga RM10 atau RM5 seekor dan saiznya lebih kecil dari udang ini. Udang galah seperti gambar di atas adalah udang galah gred A katanya. 
Ini adalah Ikan baung masak lemak cili api yang akan menjadi pilihan kami sekeluarga. Siapa suka makan ikan sungai, pasti suka dengan ikan ini. DN tidak pasti berapa harga untuk ikan di atas tetapi DN boleh anggarkan sekitar RM7-RM13 seekor bergantung pada saiz. Kuahnya cukup rasa, cukup pedas, cukup lemak... Fuhhh! Memang tidak terkata sedapnya. Telan air liur DN apabila melihat gambar ini. Tekak rasa nak makan lagi.
Ini pula Ayam kampung gorang berempah berharga RM6-RM8 seketul. Tetapi kebiasaannya kami akan order 1/2 ekor dan minta potong kecil seperti di atas. Baru semua orang boleh rasa dan makan apabila pilihan lauk sangat banyak yang ditempah.
Rusa masak blackpaper ini merupakan kegemaran DN. Daging rusa yang manis apabila dimasak blackpaper memang sangat UMPH! rasanya. Untuk daging rusa ini ia mengikut berapa gram yang kita inginkan. DN kebiasaanya mengambil 200g daging rusa untuk masak blackpaper dan harganya sekitar RM16 /200g sahaja.
Rendang landak ini pertama kali DN cuba ketika datang ke Restoran Lembah Bernam ini. Adik DN tempah 100g daging landak ini dan adalah DN cuba sedikit. Sedap juga tetapi DN tetap sukakan daging rusa. Heee... Harga daging landak ini kalau tidak silap DN adalah RM12 /100g. 
Apabila sudah namanya masakan kampung, memang tidak lengkap jika tidak mengambil ulam-ulam ini. Kemudian ditambah lagi dengan mengambil minuman air tembikai... Perghhh! Memang satu kepuasan dan pelengkap selera makan. Rasa kenikmatan makanan ini akan dirasai sepanjang hari.

Harga yang berpatutan di sini menyebabkan ia menjadi pilihan kami seisi keluarga. Paling mahal DN bayar ketika makan disini berharga RM160 untuk 9 orang makan. Lauk-lauk yang DN tempah pastinya seperti di atas dan air tembikai satu kemestian. Mahal ke? Hehehe.....

Restoran Lembah Bernam ini memang tempat yang harus anda kunjungi. Di mana lokasinya? Haaa... Ini kalian perlu simpan dan ingat ok. Maklumat Restoran Lembah Bernam ini adalah seperti berikut:-

RESTORAN LEMBAH BERNAM
Jalan Main Canal,
Tali Air 9, Pasir Panjang,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 11am - 5pm (Jumaat tutup)

Untuk tempahan, boleh hubungi :
019-2133665 / 017-2858603

SELAMAT MENJAMU SELERA!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

23 Blue Komen:

  1. Yg lain semua wida boleh mkn lg..tp landak je tak..hehe

    ReplyDelete
  2. patut la DN sekeluarga suka singgah makan kat situ...lauk pauknya memang nampak sedap...ada landak tu..memang RARE..sebab tak pernah try daging landak ni...hee

    ReplyDelete
  3. @Ezad Skytech haa... bila xpernah try tu yg kena g try tu.. :)

    ReplyDelete
  4. suke rusa, sebab pernah makan. sedap.. boleh pi ni restoran ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum DN, dekat2 dengan Sekinchan tak tempat ni? this week nak attend wedding bestfriend kat Sekinchan. kalau dekat nak roger. tengok ayam goreng berempah tu terliur sheila. hahahhaha

    ReplyDelete
  6. hahaha dah komen baru baca balik alamat. memang kat Sekinchan. yeayyy boleh roger ~~~

    ReplyDelete
  7. kok sedapppp banget....hurm..kena cari nie...hehee

    ReplyDelete
  8. perghhh... semua menu yang sangat eksotik nie.... udang tu makan sorang je boleh abis... nanti nak ajak kid makan kat sini...

    ReplyDelete
  9. @Sheila Salim tanya org sekinchan mesti diorg tahu tempat ni sheila... :)

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone xpernah rasa landak ye.. jom la ke sini.. ^_^

    ReplyDelete
  11. @Makcik Anak 3 kalau balik taiping lalu jln dlm, singgah la kat sini kak.. :)

    ReplyDelete
  12. Bila la tue nak ajak makan dekat sana nie...

    ReplyDelete
  13. wah..memang nampak rare menu kat restoran ni. landak dengan rusa. wah... teruja la.

    ReplyDelete
  14. @Blogger Babyface : memang rare betul lauk tu...sebab dua2 tak pernah makan...macam sedap je..

    ReplyDelete
  15. @deq noor : tu la pasal DN...Sekinchan bukan jauh mana pun...hee

    ReplyDelete
  16. So far makan kat restoren ni tak pernah mengecewakan. hehehe

    sangat suka dengan rendang landak dia.

    ReplyDelete
  17. Daging kijang ada disedialan x

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan/Puan

    Saya mohon kebenaran untuk guna gambar-gambar yang cantik ini di website saya

    Johari
    www.ayamdara.com

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^