Maaf kerana lewat menyudahkan cerita travelog DN. Nak kata sengaja, tidak juga. Sebenarnya gambar bersepah-sepah. Ada yang dalam camera, phone, whatsapp group... maka tiap kali nak cari dan kumpulkan asyik bertangguh sahaja. Oleh itu, hari ini dengan nekad DN ingin menyudahkan cerita DN semasa di Ho Chi Minh City atau Saigon ini.
Hari terakhir sebelum kembali ke Malaysia, DN dan rakan-rakan lain berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Cu Chi Tunnel. Ia terletak sekitar 70km dari Barat Laut bandar Ho Chi Minh City. Bayaran masuk ke Cu Chi Tunnel adalah 72,000VND (~RM11) untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma.
Cu Chi Tunnel merupakan tempat tinggalan sejarah ketika tercetusnya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1970-an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka dari dikuasai Amerika apabila tinggalan sejarah ini membuktikan bagaimana mereka berjaya membentuk laluan bawah tanah (terowong) 3 level sejauh 250km panjangnya.

Lihat sahaja terowong dan laluan bawah tanah ini. Keadaannya masih baik dan utuh. Terowong sempit yang bersambung dengan beberapa penjuru hanya cukup untuk laluan satu orang dewasa yang mempunyai saiz badan sederhana. Pastinya keadaan terowong yang sempit dan gelap ini kurang oksigen di dalamnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti athma, darah tinggi, jantung dan lain-lain yang dirasakan tidak sesuai untuk mencuba terowong ini untuk tidak memasukinya. Bagi mengelakkan takungan air dan banjir di dalam terowong, ia bersambung dengan sungai berhampiran sebagai pembuangan air hujan.
Lihat sahaja perangkap dan jerat yang dibina oleh mereka. Lubang-lubang dibina dengan pelbagai jenis perangkap di dalamnya. Sangat menakutkan dan menggerunkan kepada mereka yang melihatnya. Walaubagaimanapun, mereka ternyata bijak untuk membina semua ini di dalam hutan tanpa ada sebarang teknologi moden untuk membantu mereka.
Apabila melihat bom dan peluru berpandu yang digunakan oleh tentera Amerika ini untuk menyerang mereka, seperti tidak menyangka bom-bom ini tidak berjaya mengalahkan tentera Vietnam. Pastinya semangat dan keazaman untuk mempertahankan tanah mereka sangat kuat sehingga berjaya melawan pihak musuh yang ingin menawan tanah mereka.

Sepanjang peperangan ini berlangsung, mereka hidup di bawah tanah seperti ini. Di ruang bawah tanah sebeginilah mereka tidur, membuat senjata, merawat tentera yang tercedera, memasak dan macam-macam lagi.

Mereka memasak di tempat yang bertutup ini. Asap-asap yang keluar hasil dari memasak tersebut akan dikumpulkan dan apabila menjelang malam atau masa yang ditetapkan untuk mengeluarkan asap tersebut, ia akan dikeluarkan di tempat yang lebih jauh dari tempat mereka memasak. Jika dilihat dari gambar sebelah kanan di atas, kelihatan asap keluar dari paip yang ditanam di bawah tanah. Kedudukan tempat masak dan paip yang mengeluarkan asap ini lebih dari 100m jaraknya.


Semasa di Cu Chi Tunnel ini, kami berpeluang melihat bagaimana mereka menyediakan makanan sepanjang peperangan ini berlangsung. Tepung beras, ubi kayu dan kacang tumbuk dijadikan makanan ruji mereka. Kami juga berpeluang merasa makanan mereka. Memang mereka makan untuk meneruskan hidup dan berperang bermati-matian untuk mempertahankan tanah mereka.
Sistem perairan juga mereka salurkan dari sungai berhampiran. Buluh kayu yang telah dilubangkan digunakan untuk mereka menyalurkan air bagi pelbagai tujuan. Jika dilihat pada paip yang disalurkan sepanjang buluh kayu tersebut, ianya telah dibaiki kini dan dahulu paip ini tiada seperti sekarang.
Tayar yang tidak digunakan lagi mereka gunakan untuk membuat selipar. Sangat unik dan kreatif mereka ini sepanjang peperangan berlangsung. Ternyata banyak pengalaman, pengajaran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di Cu Chi Tunnel ini. Jika berpeluang ke Ho Chi Minh City, jangan lepaskan peluang untuk menjejaki sejarah Cu Chi Tunnel yang menarik ini.
Pengalaman yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Rasai sendiri pengalaman ini, pasti lebih menarik untuk disemadikan dalam diri. Selesai travelog DN bersama rakan-rakan lain di Ho Chi Minh City. Terima kasih kepada Denaihati atas kesudian membawa DN mengikuti Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah Kuala Lumpur - Phnom Penh - Siem Reap - Saigon selama 6 hari 5 malam. Jika diizinkan Allah, DN ingin ke sini lagi.
Kisah kali kedua DN di Saigon boleh baca seperti link yang diberikan :-
Selanjutnya, boleh baca di label : Vietnam
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
bila teringat jerangkap samar tu.. memang agak ngeri.. nak masuk terowong tu tapi macam tak konfiden.. hehehee
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, wahhh bestnya baca. tempat bersejarah ni..
ReplyDeleteIni tahun bila punya ek?
ReplyDeletekenapa tak masuk dalam terowong tu....kan best...saya masuk rasa sesak nafas kat dalam sebab terlalu gelap...
ReplyDeletePunya la sempit laluan terowong tu. Terasa rimas pulak kalau masuk dalam tu.
ReplyDeleteterpegun bila baca DN cerita.. kental sungguh semangat derang. berjuang hingga berjaya. tak sangka kuasa besar pun boleh kalah..
ReplyDeletesesiapa yang pergi vietnam mesti chu chi tunnel tempat wajib pergi kan... saya belum pernah smpi sana lagi... teringin gak nak ke sana... hehe...
ReplyDeletesedap je nampak menu die tu kan...huhuuuu
ReplyDelete@KiD mcm2 fikir bila tgk lubang dalam2 camtu. hee...
ReplyDelete@Sheila Salim pegi HCMC kena dtg sini sheila.. rugi xdtg...
ReplyDelete@Bro Framestone entah. hee... :p
ReplyDelete@jamian sarif penakut mmg xmasuk. hee... :p
ReplyDelete@Hazmin Hamudin itu lah... mmg seram je nak masuk...
ReplyDelete@MissNadia itu lah... sbb tu diorg bangga sbb boleh kalahkan kuasa besar...
ReplyDelete@cheq eem ada peluang ke HCMC jgn lupa ke sini tau.. :)
ReplyDelete@Makcik Anak 3 errr... xde rasa. hee...
ReplyDelete72,000 VND
ReplyDeletebersamaan dengan berapa keping duit yang perlu dihulurkan?
alhamdulillah. rezeki deq noor ke negara org.
ReplyDeleteyg terowong tu mcm pernah tgk je yg lisa n mak n mak mertua dia pegi . kalau tak silap la.. menakutkan je terowong tu. sempit kan. muat sorang je.
ReplyDeleteok kid pun ada. tak ajak! huhu
ReplyDeletetengak dok plan satu trip survival kat india dengan kawan rapat. tak tau jadi ke tak.
kalau ezad masuk tunnel tu...macam tak lepas je...nampak kecik benar...hee
ReplyDelete@Hazmin Hamudin : kalau jenis yang badan kecik mudah la nak masuk kan...kalau macam aku ni, macam susah je nak masuk..hee
ReplyDelete@Bro Framestone : amboi bro, macam perli je tu...hee...DN busy bro, paham2 la...hee
ReplyDelete@Rafael Andre 4 keping je..kalau xde, bg 1 keping 100,000...
ReplyDelete@Afasz alhamdulillah... betul tu afasz, diorg ada gak ke sini..
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik kenapa india? Huhu... good luck! :)
ReplyDelete@Ezad Skytech belum cuba belum tahu ezad. Hehehe... :p
ReplyDeletesaat hadapi kesusahan dan dugaan. pasti ada ilham untuk buat sesuatu untuk menghadapi dugaan sebegitu.
ReplyDeletediaorang memang kreatif.
@deq noor : takpe la DN...terima kasih je...hee
ReplyDelete@Blogger Babyface betul tu.. semoga kita dijauhkan dari bala bencana...
ReplyDeleteberbulan-bulan kat vietnam 3thun lepas, tak smpt nk ke tempat2 gini..rugi lak rasa
ReplyDelete@JMR xpegi? mmg rugi sgt2...
ReplyDeleteMasa saya pergi aritu awal bulan Nov xder la plak terasa nk mencuba masuk terowong tu. Husband jer yang cuba sbb kena jaga anak-anak. Tapi pengalaman husband, dia kata terowong tu memang sempit dan gelap. itu yang baru 10m. Biler tourist guide beri peluang untuk masuk terowong yang lebih panjang, semua orang dh x brani masuk.hihihi...
ReplyDeleteJom Lawat Blog Azra Vitamin 4u
wahh kid pun ada rupanya
ReplyDeleteSeram tengok kesan peperangan ni kan DN?
ReplyDelete