Pearl View Hotel Penang

Baru-baru ini DN berkesempatan menginap di Pearl View Hotel Penang. Walaupun tidak sampai 24 jam DN di Penang, disebabkan DN sampai malam maka DN perlu menginap di sini. DN memilih hotel ini kerana ia berhampiran dengan tempat-tempat yang perlu DN pergi. Geram juga DN dengan Waze sebab asyik bawa DN ke tempat yang salah. Dari airport ke hotel ini lebih sejam kot. 10.30pm baru DN sampai hotel.
 Sampai dah lah lewat, lepas itu bila hendak ke tempat parking bertingkat yang disediakan hotel perlu bayar RM2. Aik? Untuk mereka yang menginap di hotel pun perlu bayar parking? Kenapa bukan FOC? Uncle guard itu suruh DN park kereta di depan hotel untuk register dahulu, kemudian dah dapat kad dan tahu no bilik baru boleh naik parking. Orang dah lah penat, suruh pusing balik ke entrance depan, naik untuk register dahulu, turun balik ke kereta lepas tu bawa kereta ke tempat parking tingkat atas. Memang tak lah DN nak buat macam itu. DN bukan datang lenggang, bag berat sebab bawa banyak dokumen. Sepatutnya memudahkan pengunjung tetapi hotel ini menyusahkan pulak. Huh... Stress tahu bila penat2 sampai kena buat macam2 camni. Last2 DN bayar sahaja RM2 dengan muka tidak puas hati. Huhuhu....

Tempat letak kereta penghuni hotel terletak di tingkat 6. Haruslah ada lif kan. Tetapi bila tengok notis tertera di atas, panas hati tiba-tiba. DN sampai lebih 10.30pm dan lif diberhentikan operasi serta suruh DN guna tangga? Rasa nak pecahkan sahaja notis itu tau. Uncle tadi takde pun cakap macam tu masa nak naik tadi. Hmmm... Tenangkan hati, fikir positif, tekan butang lif macam biasa. Butang menyala. Lega seketika dan harap-harap pintu lif akan terbuka. Selang beberapa saat menunggu, pintu lif pun terbuka. Alhamdulillah... Tak perlu DN angkut beg berat penuh berisi dokumen dan baju menggunakan tangga.

Lepas sudah register dan membayar harga bilik Wing Deluxe Room yang berharga RM220, DN pun menuju ke bilik. Ketika ini jam sudah melewati 11pm. Nampak katil yang besar ini rasa hendak terus tidur tetapi malangnya, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tidur. Sempat DN meninjau keadaan sekeliling bilik ini.




 Di tepi sisi katil terdapat meja kecil dan sebuah sofa kecil. Di atas siling tidak jauh dari ruang ini ada disediakan arah kiblat.
 Berdepan dengan katil terdapat LCD TV. Buka TV, tengok coverage sangat teruk serupa tak payah bagi tengok TV, DN matikan semula TV dan meletakkan laptop di ruang kerja yang kecil sebelah meja make up. Kelihatan kabel internet disediakan. Gelak di dalam hati. Nampaknya hanya mereka yang bawa laptop sahaja boleh menggunakan internet. Telefon? Kau carilah lubang mana nak cucuk kabel ini ye. Hihihi.... Hair dryer disediakan di tepi meja solek. Hmmm... Ok. DN menekan suis lampu di meja kerja, tidak menyala. RM220 untuk servis sebegini? Sabar sahaja lah. Nampaknya buat kerja tanpa cahaya mencukupi. DN buka lampu di ruang meja sebelah kiri TV. Ia merupakan pantry di mana di dalam laci almari tersebut terdapat peti ais mini dan complimentary coffee/tea serta kettle.



Bersebelahan dengan meja tadi terdapat almari pakaian yang tersedia dengan iron, iron board, peti besi, bantal entra dan penyangkut baju di dalamnya. Almari ini merupakan almari 1 pintu 2 ruang.
 
 Berdepan dengan almari pakaian tersebut merupakan pintu menuju ke bilik air. Terdapat bath tub di dalamnya serta ruang basin yang selesa untuk meletakkan kelengkapan barang mandi. Keseluruhannya, hotel ini biasa sahaja bagi DN. Harga yang ditawarkan agak mahal berbanding kualiti dan servis yang disediakan di sini. Apa yang DN suka di sini hanya 2 perkara iaitu terdapat gayung disediakan di dalam bilik air. Kalau ada disediakan selipar sekali lagi bagus.
 
Dan yang kedua adanya kipas di dalam bilik ini. DN memang tidak suka menggunakan aircond, memang sepanjang malam di sini DN tidur hanya dengan memasang kipas sahaja. Lain-lain, hotel kurang dari RM200 lebih baik dari hotel ini. Tetapi jika terdesak tiada tempat untuk menginap boleh pertimbangkan hotel ini seperti yang DN lakukan. Maklumat Pearl View Hotel Penang adalah seperti berikut :-

Pearl View Hotel Penang
Jalan Baru, Seberang Perai
13700 Butterworth, Penang
Malaysia

Tel: (604) 398 9888
 Fax: (604) 399 9810  
Email: reservation@pearlviewhotel.com.my

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. macam tak best jer bila baca cerita DN ni...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, kalau DeqNoor pakai kipas tue... Selalu pakai no berapa?

    ReplyDelete
  3. gayung dan kipas jer..... yang lain smeua ok ok je lah yer..heeeee
    tapi memang nampak tak menarik sgt pun..view kat tingkap ..lupe nak tunjuk yer...

    ReplyDelete
  4. Kakcik pernah menginap di sini sekali. Bagaimanapun kakcik lebih suka menginap di Sunway Hotel Seberang Jaya. :)

    ReplyDelete
  5. berani pihak pengurusan hotel ni menyusahkan dn bab parking!

    wifi pun xde? aiyooo

    ReplyDelete
  6. @Farah Waheda Wahid

    huhu betul tu, klu DN komen tak best, memang xbest la maknanya tu

    ReplyDelete
  7. Macam teruk je hotel ni...ada ke lif boleh nak stopkan ikut masa yang ditetapkan...adehhh..

    ReplyDelete
  8. SA x penah sampai lagi...DN pi sorang2 ke ni...alahai kesian dia..

    ReplyDelete
  9. SA x penah sampai lagi...DN pi sorang2 ke ni...alahai kesian dia..

    ReplyDelete
  10. Ini segan nak ajak DeqNoor baca blog saya. Blog saya xde tempat parking kereta.

    Kipas pun tiada

    ReplyDelete
  11. @Makcik Anak 3 dah gelap kak so xde tangkap gambar view tingkap... lain kali ye.. :)

    ReplyDelete
  12. @Kakcik Nur haritu sunway hotel penuh.. sbb tu ke sini kak.. xsangka mcm ni hotelnya. huhuhu...

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech itulah.. maybe sbb alasan keselamatan kot...

    ReplyDelete
  14. @Amanda Suria sorang je... itu yg penat bawa dokumen sorang2 tu...

    ReplyDelete
  15. @Rafael Andre over la tu kalau blog pun nak ada tempat parking kereta...

    ReplyDelete
  16. Ok sama la kita... tp bro xsuka kipas macam tue...

    Kalau kipas macam tue.. bro xboleh tidur bawah dia.. kena jauh sikit

    ReplyDelete
  17. over ke? kalau xde tempat parking risau dorang datang lalu, tak sempat nak singgah

    ReplyDelete
  18. @Rafael Andre kalau menarik org akan singgah nye... ;)

    ReplyDelete
  19. tu la...mungkin dorang ada alasan tersendiri kot kenapa lif tu diberhentikan jam sekian2...huhu

    ReplyDelete
  20. oo dn lebih prefer kipas ek.. hehe. mesti tak tahan sejuk ni ek.. kite suka sejuk2. tp kalau sejuk sgt selalu waktu pagi subuh la. kene off gak air cond tu. naik beku la bdn kalau pasang spjg hari . duk hotel best sbb sejuk aircond slalu nye. dn suka kipas plak . hehe

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum DN, wahhh syoknya. lama tak tdo hotel. sheila suka pakai kipas sebab biasanya hotel punya bilik rendah gitu. cepat sejuk hihiii ~~~

    ReplyDelete
  22. hotel ni mesti bukan bangunan tunggal. mesti gak opis-opis lain kat bangunan yang sama kan. mcm hotel quality kat plaza peransang tu.

    sbb tu parking kena bayar kot

    ReplyDelete
  23. @Blogger Babyface biasa utk tempat2 camtu, kad parking ambil, keluar baru bayar manakala utk yg menginap di hotel, perlu ke kaunter utk cop so xperlu bayar parking...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^