SMKA Simpang Lima mengimbau banyak kenangan suka duka sepanjang 5 tahun DN menuntut ilmu di sini. Kisah bermula dari tahun 1997 sehingga ke tahun 2001. Selepas 13 tahun meninggalkan sekolah tercinta, DN masih setia ke sini.
Kali ini di atas jemputan untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya SMKA Simpang Lima bersama komuniti yang terdiri daripada warga pendidik, pelajar, ibu bapa, bekas guru, bekas pelajar dan ramai lagi. DN ke sini atas jemputan sekolah dan juga alumni SMKA Simpang Lima. Sungguh terharu walaupun 13 tahun meninggalkan sekolah, DN masih menerima jemputan dari mereka.
Kali ini di atas jemputan untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya SMKA Simpang Lima bersama komuniti yang terdiri daripada warga pendidik, pelajar, ibu bapa, bekas guru, bekas pelajar dan ramai lagi. DN ke sini atas jemputan sekolah dan juga alumni SMKA Simpang Lima. Sungguh terharu walaupun 13 tahun meninggalkan sekolah, DN masih menerima jemputan dari mereka.
Lebih terharu apabila kedatangan DN telah disambut oleh ummi yang dahulunya menjaga DN dan sahabat-sahabat lain di asrama puteri SMKA Simpang Lima ini. Dari jauh Ummi Habibah sudah memanggil Deq Noor. Ternyata DN masih diingati beliau walau 13 tahun sudah berlalu. Ummi tetap cantik dan peramah seperti dulu. Ummi menunggu sahabat-sahabat DN yang lain tetapi sedihnya tiada seorang pun dari Batch 10 yang hadir kecuali DN. Agak kecewa juga DN tetapi apa boleh DN lakukan, pastinya sahabat-sahabat DN yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.
DN berkesempatan bertemu dengan guru-guru lain. Ramai yang sudah tidak mengajar di sini tetapi tetap ada yang masih setia menabur bakti di sini seperti Cikgu Aziz, Cikgu Zubaidah, Cikgu Arfah, Ustazah Fatimah Muda, Ustazah Bunyamin, Cikgu Jelani Paniran, Cikgu Hamzah dan ramai lagi. Kelihatan juga senior dan junior alumni SMKA Simpang Lima di sini berkumpul bersama-sama untuk mengimbau kembali kenangan mereka di sekolah ini. Pasti banyak cerita yang dikongsikan apabila jelas kelihatan reaksi kegembiraan terpancar di wajah mereka semua.
Semua yang hadir berkumpul di dewan untuk mengikuti acara yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Dewan ini menjadi kenangan terindah buat batch DN kerana kami merupakan batch pertama yang merasmikan dewan ini untuk menduduki SPM pada tahun 2001 yang lalu. DN masih dapat membayangkan di mana meja DN semasa mengambil SPM dahulu. Kini suasana di dalam dewan SMKA Simpang Lima ini lebih cantik dan meriah.
Selepas ucapan Pengetua, pemberian wang sumbangan kepada anak yatim, gimik kemerdekaan dan bacaan doa makan, semua yang hadir dihiburkan dengan pelbagai persembahan dari pelajar-pelajar SMKA Simpang Lima. Sedap suara adik-adik ini. Mereka memang berbakat.
Manakala di luar dewan pula tersedia khemah yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Ada roti canai, meehun, sate, kuih-muih dan macam-macam lagi. Mereka yang hadir boleh makan apa sahaja yang tersedia di sini.
Selepas separuh hari DN di sini dari jam 11.45 am - 1.45pm, DN beransur pulang. Tahniah di atas penganjuran sambutan Hari Raya SMKA Simpang Lima 2014 yang meriah ini. Tahniah juga di atas usaha untuk mengumpulkan alumni dan bekas guru untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga usaha ini akan berterusan dan DN bersedia membantu semampunya jika memerlukan khidmat DN kelak.
Selepas separuh hari DN di sini dari jam 11.45 am - 1.45pm, DN beransur pulang. Tahniah di atas penganjuran sambutan Hari Raya SMKA Simpang Lima 2014 yang meriah ini. Tahniah juga di atas usaha untuk mengumpulkan alumni dan bekas guru untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga usaha ini akan berterusan dan DN bersedia membantu semampunya jika memerlukan khidmat DN kelak.
Kredit gambar : http://eksplorasiseni87.blogspot.com/
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
alhamdulillah..walaupun dah lama meninggalkan sekolah,masih lagi menerima jemputan dari mereka kan..
ReplyDelete@Kisah Si Dairy alhamdulillah... :)
ReplyDeletesekolah... pasti banyak kenangan manis pahit suka duka... hehheee
ReplyDeleteWahh..rindunya kat sekolah ni.byk kenangan wida kt sekolah walaupun hnya dua tahun bljr di situ
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, bestnya pergi beraya kat sekolah lama. lagi best kalau kengkawan sama batch datang kannn
ReplyDeleteGua syak la kan...
ReplyDeleteKalau DeqNoor datang pakai baju sekolah, sure orang ingat dia masih student dekat sini... he..23x
Dan mesti ada yang melawak, "eh, tak habis sekolah lagi ke DeqNoor"
makan makan dan makan..hehee... jemputan sane sini kan... sekurang kurang nyer..dpt jumpe kekawan lama kan....
ReplyDeletetengok gmbr dn kat atas tu dah macam gaya seorang guru pulak..hehe
ReplyDeletebtw, dah lama tak reunion dengan schoolmate. jarak dah jadi jurang. ada facebook pun den kurang guna untuk rapatkan balik dengan diorang
ReplyDeleteSekolah.. tempat kita timba ilmu dulu...mesti banyak kenangan kan.. da lama rupanya DN tinggalkan zaman sekolah...hee
ReplyDeleteOh sekolah ini...
ReplyDelete@KiD betul tu... :)
ReplyDelete@wida kan wida... kenangan yg sentiasa diingati.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone hahaha... menarik gak sbnrnya kalau gathering pakai baju sekolah...
ReplyDelete@Makcik Anak 3 xde pun kawan2 batch DN yg dtg kak... :(
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik serba boleh kan DN... hee.... :p
ReplyDeleteada peluang gather lah dgn kwn2 sekolah semula. mesti byk cerita yg boleh dikongsikan...
@Ezad Skytech dah tua dh ezad... :D
ReplyDelete@Rafael Andre :)
ReplyDeleteMasih dalam perancangan.. Ke malas nak rancang...
ReplyDeleteTak tahu la macam mane nk buat gathering pakai baju sekolah nie
@Bro Framestonerasanya ramai yg dh oversize.. xmuat dh kot baju sekolah tu. Heee...
ReplyDeleterakan-rakan sekolah saya masih berhubung sehingga kini. bahkan ada yg buat mini gathering. hubungan jauh lebih akrab berbanding masa zaman U.
ReplyDelete@Blogger Babyface ada juga kitorg buat mini gathering tp sambutan kurang memberangsangkan biasanya...
ReplyDeleteDah lama terputus hubungan dengan kawan-kawan sekolah..kalau bertemu semula pastinya banyak coretan kisah hidup masing-masing yang dikongsi bersama.
ReplyDeletefitflops
ReplyDeleteadidas yeezy boost
coach outlet store online
christian louboutin outlet
nike free run
discount oakley sunglasses
discount oakley sunglasses
mulberry handbags
beats headphones
adidas running shoes
170517yueqin