Ini kisah beberapa bulan lepas. DN telah mengikuti program Biro Muslimat Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai yang dikendalikan oleh mak DN sendiri. Belakang itu adalah mak DN, adik perempuan DN dan kawan-kawan mak DN. Seawal 8.00 pagi kami sudah berada di Komuter Batu 3 untuk menaiki komuter menuju ke KL dan seterusnya menaiki KL Hop-On Hop-Off untuk bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur.

Inilah laluan KL Hop-On Hop-Off. Kita boleh berhenti di mana-mana kawasan seperti yang ditandakan di dalam laluan dari No. 1 sehingga No. 23. Kalau tidak mahu turun dan hendak duduk pusing melihat kotaraya Kuala Lumpur sahaja pun boleh kerana pas untuk menaiki KL Hop-On Hop-Off ini boleh digunakan untuk sehari. Tetapi untuk apa hanya duduk di bas sahaja. Turun dan lihat sendiri tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur. DN yakin walaupun kalian menetap atau bekerja di Kuala Lumpur, tidak semua tempat-tempat di laluan KL Hop-On Hop-Off ini sudah anda jejaki.
Sekitar jam 9 pagi kami tiba di Stesen Kuala Lumpur dan berjalan kaki menuju ke Central Market. Kalau nampak signboard KL Hop-On Hop-Off No.9 seperti di atas, disinilah bas akan berhenti dan mengambil penumpang untuk perhentian No.9 (Central Market). Bas yang datang mengambil kami pula bas yang tiada bumbung di atas. Memang berebut-rebut lah kami semua hendak duduk di atas bas.
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Perhentian No.12 (Muzium Negara). Di sini kami bersarapan pagi dan menjejaki sejarah negara kita. Seterusnya kami berhenti di Istana Negara, Perhentian No. 13 (Nasional Palace). Cuaca yang agak panas menyebabkan kami tidak lama di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Perhentian No. 16 (Masjid Negara).
Kami merehatkan diri buat seketika dan menunaikan solat Zuhur di sini dahulu. Kebetulan ada lori menjual air dan makanan ringan berhampiran Masjid Negara ini maka dapatlah kami mengeringkan tekak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Seterusnya... Ke mana kita?
Memandangkan cuaca yang agak panas, mereka tidak bercadang untuk berhenti di mana-mana taman maka kami meneruskan perjalanan ke Perhentian No. 23 (KLCC). Dah sampai KLCC merasa lah aircond seketika. Hee... Kami makan tengah hari di sini. Tidak bercadang untuk bershopping apa-apa maka selepas 1 jam di KLCC kami meneruskan perjalanan semula.
Perjalanan kami berhenti di Perhentian No. 5 (Karyaneka). Di sini DN ada beli beberapa cenderahati sedikit untuk kenangan dan kami menunaikan solat Asar di sini.
Sekitar jam 5.30 petang, kami menaiki bas KL Hop-On Hop-Off kembali ke Perhentian No. 9 untuk mengambil komuter menuju ke Shah Alam. Seharian di Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off memang satu pengalaman yang amat menarik dan mengujakan. Ternyata banyak tempat-tempat yang boleh dilawati di Kuala Lumpur ini. Jangan hanya berimpian untuk melihat negara orang sahaja. Selami negara sendiri, banyak lagi tempat-tempat yang boleh dilawati. Laluan KL Hop-On Hop-Off memang merupakan tumpuan pelancong jadi apa salahnya melancong di negara sendiri. Betul tak? Hee...
Ok, berkenaan harga pula, memandangkan kami pergi dalam kumpulan dan menghantar surat permohonan, maka setiap seorang dari kami perlu membayar RM15 sahaja untuk dewasa manakala kanak-kanak 5-12 tahun hanya membayar RM10. Harga terkini KL Hop-On Hop-Off untuk dewasa adalah RM45 manakala kanak-kanak 5-12 tahun RM24.
Kami bercadang untuk melancong lagi ke Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off hujung tahun ini. Difahamkan mereka sudah menambah 2 lagi bas pada tahun ini dan pastinya KL Hop-On Hop-Off mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelancong dan pengunjung. Tahniah diucapkan kepada KL Hop-On Hop-Off. Semoga terus maju jaya...
Ok, berkenaan harga pula, memandangkan kami pergi dalam kumpulan dan menghantar surat permohonan, maka setiap seorang dari kami perlu membayar RM15 sahaja untuk dewasa manakala kanak-kanak 5-12 tahun hanya membayar RM10. Harga terkini KL Hop-On Hop-Off untuk dewasa adalah RM45 manakala kanak-kanak 5-12 tahun RM24.
Kami bercadang untuk melancong lagi ke Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off hujung tahun ini. Difahamkan mereka sudah menambah 2 lagi bas pada tahun ini dan pastinya KL Hop-On Hop-Off mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelancong dan pengunjung. Tahniah diucapkan kepada KL Hop-On Hop-Off. Semoga terus maju jaya...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, teringin nak naik ni bawa Adam. hehehe taktaulah baba dia kasi ke idok. nak juga feeling macam pelancong. jejalan KL. hihiii
ReplyDeleteAkak x pernah naik lagi la...rasa mcm nk bwk Dania enjoy naik KL hop on hop ni la....mcm seronok je kan....
ReplyDeleteidea naik KL hop in hop off nie memang bagus untuk pegi tempat menarik dalam satu hari - ada masa nak pegi berdua dengan DN la yea...
ReplyDeleteMacam pernah baca ke artikel DeqNoor seperti ini.. Tetapi bila ek? Macam Dejavu pulak.
ReplyDeleteBukan ke ini time bulan 11 - 12 tahun lepas ke?
kl hop on hop off ni tak pernah experience lagi, macam best jer, macam nak cuba jer...
ReplyDeleteCanggihlah persatuan masjid subang permai
ReplyDeleteBagus macam ni..
Antara masyakat pun rapat.
Masjid lebih dari sekadar tempat solati
Ia titik hati terikat
pergh syok nye. tak tahu pon ada gini...
ReplyDeletesyok nye dpt jalan jalan ngn family.. paling syok naik bas tu.. tk pernah lg rasa
ReplyDeletemacam mengujakan je naik kl hop on tu
ReplyDeleteTiap hari nampak bas ni lalu depan ofis dekat KLCC tu. Hehe. Satu hari nanti nak try jugak naik bas ni.
ReplyDeletetak pernah naik pun Hop On Hop Off ni...kena try ni satu hari nanti...hee
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik : jom naik ramai2...aku tak pernah naik ni zuan...hee
ReplyDelete@Bro Framestone : saya pun rasa macam tu bro...macam pernah baca...mungkin ada kot entri seperti ni sebelum ni...tak sedar yang da pernah baca...hee
ReplyDelete@Ezad Skytech
ReplyDeleteOk dah ada 2 orang rasa benda yang sama...
Jeng jeng jeng...
wah.....rombongan Hip Hop yer..agak menarik gak ni..hehee....
ReplyDelete@Sheila Salim ramai pelancong yg naik bas ini ingat kami dari singapore. Hee.. cubalah.. mesti adam suka.. :)
ReplyDelete@Sheila Salim ramai pelancong yg naik bas ini ingat kami dari singapore. Hee.. cubalah.. mesti adam suka.. :)
ReplyDelete@Amanda Suria org dewasacpun seronok, dania mesti kg seronok. Bawa lah nanti.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil boleh je.. plan lah nanti.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone entah.. :p
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid cubalah... best tau.. :)
ReplyDelete@Tudung Labuh Online alhamdulillah.. persatuan di sini mmg aktif.. :)
ReplyDelete@Afasz cubalah.. budak2 lg suka naik bas camni.. :)
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik org keje kt kl mmg xheran pun. Heee...
ReplyDelete@Hazmin Hamudin at least bila org tanya dah pernah naik even keje di kl pun.. :)
ReplyDelete@Ezad Skytech cuba sekalinpun jadilah... :)
ReplyDelete@Makcik Anak 3 rombongan ler.. best rombongan camni. Boleh manage time sendiri
ReplyDeletemenarik gak ni.
ReplyDeleteboleh tambah satu lagi aktiviti untuk bersama dengan anak-anak. meronda kl dgn bas ni..takdelah letih sangat kan
@deq noor : nak kena cari masa yang sesuai la kalau nak cuba naik hop on hop off ni...hee
ReplyDelete@Blogger Babyface betul tu.. aktiviti yg sesuai bersama keluarga... :)
ReplyDeletepernah terfikir nak naik bas ni..byk sgt fikir, sampai hari ni tak naik-naik lagi
ReplyDelete@JMR bawak dayyan mesti dia suka... :)
ReplyDeleteinfo yang menarik..nak cuba jugalah ;)
ReplyDelete@siti hazreen cuba lah nanti... :)
ReplyDeleteboleh try lah nnt kalau pegi KL lagi
ReplyDelete@zarul farhana cubalah... best tau... :)
ReplyDeleteBestnya tengok DN naik tu keliling KL, saya pun tak merasa lagi ni..
ReplyDeleteassalam dek noon klau beli tiket in the spot ada jual ke kat any sation yg bus nie bhenti ??
ReplyDelete