Soalan Hari Raya : Bila Nak Kahwin?

Soalan wajib akan ditanya... Lebih-lebih lagi apabila tiap-tiap kali menjelang Hari Raya. Ketika ini saudara mara jauh dan dekat semua berkumpul.
"Bila nak kahwin?"
Kalau tidak pun soalannya berbentuk sebegini,
"Bila nak berdua ni?"

Kalau kalian ditanya soalan sebegini apa yang akan kalian jawab? Cuba kongsi dengan DN untuk modal DN balas soalan2 sebegini. Heee...
Kredit gambar
 Kalau tanya DN, bergantung kepada individu yang bertanya. 
Kadang DN diam dan hanya tersenyum sahaja. 
Kadang DN jawab "Rahsia Allah.. Bukan DN". 
Kadang DN jawab "InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi"
Kadang DN jawab "Carikan untuk DN boleh?"

Persoalan sebegini tidak akan terlepas untuk mereka yang masih bujang. Kalau dah kahwin akan ditanya bila nak ada anak. Kalau sudah ada anak sorang, bila nak ada anak sorang lagi? Cuma DN belum pernah dengar lagi kalau sudah ada bini sorang, bila nak ada bini lagi? Haaa... Berani korang tanya macam itu? Hee...

Kadang orang boleh terima soalan sebegini dan kadang soalan sebegini telah menggores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah. Kahwin awal bukan bermakna hebat mencari pasangan. Dapat anak cepat dan ramai, bukan bermakna hebat dalam perhubungan. Ada isteri lebih dari satu bukan bermakna hebat menggoda dan mengawal wanita. Ini semua adalah rezeki yang ditetapkan Allah kerana Allah jua sebaik-baik perancang. Siapa kita untuk mempersoalkanNya.
Kredit gambar
Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada walaupun belum berkahwin, belum menimang cahaya mata atau belum berkahwin lagi. Teruskan berdoa dan sampai masanya nanti doa kita akan dimakbulkanNya. Bersangka baik dengan Allah. Ujian ini pasti yang terbaik untuk diri kita... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

38 Blue Komen:

  1. Biasalah. Dorang concern kot. haha

    ReplyDelete
  2. Bro dah dapat dah soalan "bila nak ada bini lagi?"

    Bro ada kosong lagi, berminat? Sila roger yang pertama he..23x

    Berkenaan dengan soalan DN diatas..

    Soalan yang mampu spoil mode raya korang.

    Jawab dengan penuh berhemah. Elakkan jawapan beremosi atau penuh kekurang ajaran.

    Anda boleh guna jawapan ini :-
    - Sponsor boleh
    - Nk kumpul bagi cukup 4 calon. Terus jalan.

    ReplyDelete
  3. Biasala la tu DN..eyza plak..soalan peberet bila raya.."Bila nak ada anak ni?".. adoi..dah letih dah nak jawab.. kalau la semua pertanyaan tu ada jawapan senang..masalahnya jawapan tu semua rahsia Allah..macam mana la kita nak jawab kan? so, sabar je la DN.. x payah layan sangat..hihihi..

    ReplyDelete
  4. bila kita nak beraya bersama? eh...

    normal laa tu. soalan tak abis2.. pernah merasainya juga.. tunang - nikah - nak dapat anak..

    ReplyDelete
  5. Macam saya terus jawab nak bagi cukup 4 lepas tu kawin terus sekali gus. haha. Terkedu sape yang tanya tu.

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone jawapan itu sesuai utk lelaki bujang.. perempuan tak sesuai. hee... tp mmg perlu elakkan jawapan beremosi. :)

    ReplyDelete
  7. @eyza hee... sabar sahaja. insyaAllah rezeki akan ada juga... :)

    ReplyDelete
  8. @eyza hee... sabar sahaja. insyaAllah rezeki akan ada juga... :)

    ReplyDelete
  9. @KiDpasni dapat soalan, bila nak tambah anak lagi? dah besar tu. hee...

    ReplyDelete
  10. @Hazmin Hamudin lelaki boleh la jawab mcm tu. hee....

    ReplyDelete
  11. kadang den bls ngan jwpn yg gores blk yg tanya tu. huhu
    "kawin boleh, to tkt tak smpai sebulan dah nak cerai huhu"

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum DN, sabar banyak yanggg. Jodoh tu rahsia Allah. bila dah sampai masa, DN akan nikah dengan jejaka yang baik. hihi sheila doakan yang terbaik buat kamu.

    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ~~~

    ReplyDelete
  13. Sama la dengan kita nie DN... kena pulak adik2 sendiri dah kawin n ada anak....tapi kita nie kena teruskanlah usaha yea.... Semoga ada Jodoh buat KITA.... :)

    ReplyDelete
  14. soalan lazim ni.. mulut orang lain memang takleh nak control. dah kata lama tak jumpa, tak tau nak borak apa.. soalan tulah dijadikan modal..

    kalau malas nak layan, sengih je la tak payah cakap apa.. takpun cakap je tahun depan.. hehe

    N dah follow sini :D

    ReplyDelete
  15. @Sheila Salim thanks sheila... :)

    selamat hari raya & maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  16. @hazman fadzil insyaAllah... jodoh akan ada juga nanti... :)

    ReplyDelete
  17. @MissNadia mmg selalu diam & senyum sahaja.. hiks!

    ReplyDelete
  18. Tahun ini, tiada yang berani nak tanya.

    Saya beraya dengan muka yang mampu buat orang tak berani nak datang dekat minta duit raya.

    ReplyDelete
  19. jwpn deq noor smua ok tu,,,

    in sha Allah bile kite di tnya soalan mcm tu, dan kite jawab dengan baik.. ia dah jd satu doa..

    jawab in sha Allah... aamiin....

    Allah maha mengatahui.

    ReplyDelete
  20. hehe tapi kan dn, kadang rasa macam nak ada keluarga sendiri juga..

    ReplyDelete
  21. tu biasa la DN..kadang2 penat nak jawab da...hee

    ReplyDelete
  22. @Muhammad Syazwan Norhalik : tahu takpe zuan...bila balik kampung, tengok sepupu2 ramai da kahwin...memang teringin nak berkeluarga...hee

    ReplyDelete
  23. @Afasz thanks afasz... :)

    Smpai masa nanti akan bertemu jodoh jua... :)

    ReplyDelete
  24. @Muhammad Syazwan Norhalik perasaan itu pasti ada cuma Allah dah tetapkan belum masanya lg.. :)

    ReplyDelete
  25. @Ezad Skytech lepas ini senyum tak perlu kata apa2... :)

    ReplyDelete
  26. antara jawapan kreatif..

    suami makcik/kakak belum confirmkan lagi tarikh nak masuk meminang.

    tulah..nak tanya kat akak ni. betul ke akak setuju izinkan saya kawin dengan suami akak

    ReplyDelete
  27. @deq noor : penat da nak jawab soalan macam tu kan DN..huhu

    ReplyDelete
  28. @Blogger Babyface xberani nak tanya soalan macam tu. huhuhu...

    ReplyDelete
  29. rasanya tak lama lagi dah kot kan DN..;-)

    ReplyDelete
  30. Saya dah pernah lali dengan soalan tu DN, bila dah kawen tanya bila nak ada anak pula..orang kita ni mentaliti bila nak berubah kan?

    ReplyDelete
  31. Soklan gni xkn abis.. Dan akan bersambung222 Bila nk kawin, bila nk dpt anak , bila nk tmbh ank lg

    ReplyDelete
  32. Soklan gni xkn abis.. Dan akan bersambung222 Bila nk kawin, bila nk dpt anak , bila nk tmbh ank lg

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^