Ada Apa Dengan Solo City (Surakarta)

Solo City atau dikenali sebagai Surakarta di Indonesia. Setiap tahun DN akan ke sini dan masuk kali ini sudah 3 tahun berturut-turut DN ke Solo City. Ada apa dengan Solo City? Menarik sangat ke? Mungkin bagi sesetengah pihak tempat ini biasa sahaja tetapi bagi DN ia sangat istimewa. Setiap kali DN ke sini, DN terasa seperti balik kampung. Suasana, persekitaran, bahasa dan penduduknya membuatkan DN selesa berada di sini. Kisah-kisah DN di Solo City boleh dibaca di sini :-
Jam 9.45 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 10.45 pagi) DN tiba di Hotel Ibis Solo. Malangnya DN hanya boleh masuk ke bilik jam 12.00 pm maka DN hanya check in di kaunter dahulu. Tinggalkan bag di tempat simpanan bag yang disediakan pihak hotel, DN pergi makan di Sari Bundo Masakan Padang. Jalan kaki seberang jalan Hotel Ibis Solo, lebih kurang 2 minit sudah sampai.
Kali ini DN memilih untuk makan ayam penyek yang dihidangkan bersama dengan teh hangat. Cuaca panas, minum lagi teh hangat memang semakin panas rasanya maka DN memilih jus alpukat untuk menyegarkan tekak. Selesai makan tengah hari, DN berjalan kaki untuk menuju ke Hotel Ibis Solo.
Sebelum itu DN singgah di Nike Warehouse Centre yang terletak di jalan masuk ke Hotel Ibis Solo. Dari jauh boleh nampak banner sale 70% jadi memang rugi rasanya kalau tidak singgah. Tengok punya tengok, sangkut pula satu kasut yang berkenan di hati. Huhuhu... Kalau tengok pada van di sebelah kanan gambar di atas, itulah teksi yang boleh digunakan semasa berada di Surakarta ini. Kebiasaannya DN mengambil teksi ini apabila ingin membeli barang dalam kuantiti yang banyak atau hendak ke tempat-tempat yang jauh. DN lebih selesa berjalan kaki atau menaiki beca sepanjang berada di Surakarta ini. Teksi juga perlu tengok dan pandai memilih. Ada yang menggunakan meter yang disediakan, ada yang 60,000IDR untuk 2 jam pertama. Apa yang penting rancang perjalanan mengikut kesesuaian.
 
 Jam sudah melewati 12.00pm. Sebelum ambil kunci, DN ke In-Balance Spa yang betul-betul terletak bersebelahan dengan Hotel Ibis Solo. Book treatment favorite DN, In Balance Spa treatment jam 5 petang dan tambahan lifting facial, DN pun pergi ke kaunter untuk mengambil kunci bilik.
Waaahhhh!! Syoknya tengok katil. Berehat seketika aka tidur dahulu sebelum spa treatment. Nak datang sini pukul 5.30 pagi sudah perlu ada di airport, memang keletihan dan kemengantukan tidak dapat dibendung lagi. Dapat lelap 2 jam pun jadilah...
 Jam 5 petang DN sudah berada di dalam spa. In Balance Spa treatment selama 120 minit dan lifting facial selama 90 minit. Total semuanya 210 minit atau 3 jam 30 minit. Memang tertidur dibuatnya lama-lama dalam spa ni. Heee....
Selesai memanjakan diri, sekitar jam 9 malam DN kembali ke hotel. Perut terasa lapar tetapi kedai-kedai di sini kebanyakannya tutup awal maka DN makan di cafe Hotel Ibis Solo sahaja. Ambil pisang goreng dan juga jus carrot. Cukuplah untuk makan malam sebab makan nasi tengah hari tadi masih kenyang sehingga malam. Selepas makan, kembali ke bilik hotel dan tidur sehingga pagi.
Keesokannya selepas sarapan pagi di cafe Hotel Ibis Solo, DN berjalan kaki menuju ke Jalan Slamet Riyadi dan singgah di Toko Batik Danar Hadi. Toko Batik Danar Hadi memang terkenal di Solo City ini kerana kehalusan, ketelitian dan kekemasan batik yang dihasilkan oleh mereka. Kualiti batik yang dihasilkan memang jauh berbeza dengan di tempat-tempat lain. Harga juga pastinya lebih mahal. DN pernah membeli baju kebaya berharga hampir 900.000IDR dan kainnya berharga hampir 600.000IDR di sini tetapi DN berpuas hati dengan bajunya. Sehingga kini DN masih menggunakan baju tersebut.

Selesai mencuci mata dan shopping sedikit di Toko Batik Danar Hadi, DN mengambil beca tidak jauh dari toko tersebut dan bersiar-siar menikmati pemandangan kota Solo City.
Lihat sahaja laluan pejalan kaki, motor dan beca yang luas ini. Pastinya perasaan selamat itu ada kerana tidak bercampur laluan dengan kereta, bas atau lori di jalan besar.
Walaupun begitu, tetap juga perlu melintas jalan besar apabila hendak ke seberang jalan. Cuba perhatikan jalan-jalan di Solo City ini... Bersih kan. DN tidak nampak langsung anjing liar berkeliaran di sini. Memang kebersihan di sini terpelihara, jauh berbeza dari tempat-tempat lain di Indonesia yang pernah DN kunjungi. Sebab itu DN memang sangat suka ke sini.

Selepas ini DN akan kongsikan tempat-tempat makan lain yang DN pergi selain Sari Bundo Masakan Padang, Bakso Alex dan O-Solo-Mio Galeria & Ristorante. Nantikan update DN ya... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

25 Blue Komen:

  1. Jus Alpukat....sodap!! Entah bila bleh sampai sini

    ReplyDelete
  2. @Amanda Suria tengok la flight AA murah ke sini... :)

    ReplyDelete
  3. Pestime tahu pasal solo ni...mcm menarik je

    ReplyDelete
  4. one day I'm gonna travel the world.. hehe pastu udpate kat blog kasi dn jeles pula..

    ReplyDelete
  5. Terapi la sangat.... Selamat kalau date dengan DeqNoor dekat Starbuck je..

    ReplyDelete
  6. jus itu...sungguh menggiurkan..ahaks... nasib jauh...klu dekat..bulan ni harus kena rasa..hahaa
    bilik otel yang menarik..meroon kan kaler nyer..herm...
    i like spa...manja-manjakan diri anda...

    ReplyDelete
  7. pasti ada sesuatu yang menarik kat Solo ni...tu yang buat DN selalu nak singgah ke sana..hee

    ReplyDelete
  8. tingin la goreng pisang tu.. nyum nyum

    ReplyDelete
  9. tk penah rasa p spa... tp kekawan kata. stok gile kalau p spa..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum DN, wahhhh bestnya. tak sabar nak ke Indonesia, bawa suami dan Adam. hihiiiii tgu anak besar sket baru boleh travel. ni nak balik kg pun rasa susah je. hahahhaa banyak pe'el ~~~

    ReplyDelete
  11. @makcik anak 3 : jus semua nye sedap !!!! kalau bab ais , sy mmg suka sgt

    ReplyDelete
  12. @Muhammad Syazwan Norhalik boleh sgt tu zuan.. nanti boleh dn study tempat2 zuan pegi plak.. :)

    ReplyDelete
  13. @Bro Framestone hahaha... baru ajak pusing ikea pun dh penat.. starbuck pun cukup lah...

    ReplyDelete
  14. @Makcik Anak 3 dekat lele lela pun ade kak... tp rasanya mmg xsesedap kat indon lh. Heee...

    ReplyDelete
  15. @Afasz skrg kt malaysia pun dh boleh dpt pisang tu.. 1st time pegi spa mmg rasa kekok tp dh selalu, tiap2 bulan rasa nk pegi. Hee...

    ReplyDelete
  16. @Sheila Salim dah besar nanti bukan indon je, byk tempat boleh pegi kan.. :)

    ReplyDelete
  17. lama tak minum jus alpukat. kat tempat kerja cuma rm2.00 sahaja.

    bagus gak DN perkenalkan Solo. Mana tau kat situ akan jadi tempat istirehat untuk orang lain pula

    ReplyDelete
  18. @deq noor : patut la selalu bercuti ke Solo...hee

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^