Siapa yang tidak kenal dengan Dip n Dip ini kan. Kebanyakan makanan yang ditawarkan berasaskan coklat dan pastinya coklat dan wanita tidak dapat dipisahkan. Dahulu ianya hanya di Bangsar dan DN tidak pernah ke Dip n Dip Bangsar lagi sehingga ke hari ini. Selepas Dip n Dip dibuka di The Curve Damansara, lebih 3 kali DN sudah ke sini. Maklum sahaja, dekat dengan rumah. Heee...
Melihatkan pengunjung yang sentiasa ramai ke sini, rasanya kini bukan sahaja wanita yang gemarkan coklat, lelaki juga sudah mula sukakannya. Tetapi tetap wanita mendominasi sesuatu yang manis seperti coklat ini. Terbukti di gambar di atas, pengunjung yang ramai adalah wanita berbanding lelaki. Lelaki lebih berminat dengan handphone dari melihat buku menu. Iye ke? Hmmmm.... Let the picture tell the truth. :p
Baru sahaja dapat buku menu, DN sudah tersenyum lebar. Itu belum lagi merasa menu-menu di sini yang serba-serbi berasaskan coklat. Sejujurnya, menu yang berasaskan coklat memang sedap di sini tetapi selain dari coklat seperti coffee atau tea lebih baik dapatkan di The Coffee Beans & Tea Leafs atau kedai-kedai yang pakar dengan coffee. Cuma jika anda bukan penggemar coklat, kongsi sahaja dengan rakan anda kerana coklat ini boleh mengenyangkan dan kadang kala muak apabila makan coklat dengan terlalu banyak.
Jadi, apa makanan yang pernah DN makan di Dip n Dip ini? Jom DN kongsikan dengan semua. Maaf jika ada yang terliur selepas melihat gambar-gambar ini nanti. Kalau nak ke Dip n Dip, jangan lupa ajak DN ye... ^_^
Dari kiri :-
Vanilla Milk Shake RM14.00
Italian Soda RM9.00
Strawberry Milk Shake RM14.00
Profiterole RM23.00
Tripple Chocolate Crepe RM17.00
Brownies Crepe RM28.50
Persembahan istimewa dapat disaksikan jika memilih menu ini. Tergamam juga bila pertama kali melihat persembahan sebegini. Kami juga dapat merakan video semasa brother ini mempersembahkan silat menuang coklat di atas Fettuccini Crepe ini. Silat ke? Hehehe...
Hasilnya... Fettuccine Crepe RM29.00
DN pernah juga order Dip n Dip Crepe dan berkongsi dengan Faris. Faris ini suka makan buah jadinya buah-buahan yang dipenuhi coklat ini menjadi kegemarannya. Harga Dip n Dip Crepe ini RM44.50.

Maklumat Dip n Dip The Curve adalah seperti berikut :-
No. 1B-2, First Floor (link to e@Curve)
The Curve Mall, Damansara
Phone:
+603-7733 4442

Operating Hour : 11:30 AM - 11:00 PM (Mon. to Sun.)
Facebook : Dip n Dip
Website : http://www.dipndip.ca/
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
haaaaa.... tadi pun ada perasan sorang buat entry dip dip ni... macam best je...
ReplyDeleteaihhh...nampak sedap je ni DN...tapi macam sayang je nak makan kan bila semuanya ni depan mata...hee
ReplyDeleteSedapnye...terliur tgk ni.. jgn lupe ajk anim lg ye ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum Dn, sheila tak pernah lagi masuk sini. hehehe nanti nak try ajak suami la. hehhehe terliur tengok coklat ~~~
ReplyDeleteOwwhhh.... DN memang feveret dengan makanan coklat cenggini yea... okey nanti kita dating makan kat sini sama2 yea...
ReplyDeleteBila ya mahu ketemu?
ReplyDeletesedap nye !!! tak sempat la nak ke arah sana. huhu.. tkde rezeki.tunggu dia buka area umah ni la jawab nya :D
ReplyDeleteada tgk menu kat sini dr ig hanis zalika.. sedap gile tgk. !!! mmg ada rasa nak p la satu hari nanti.
ReplyDeletetgk gambar tu, cam ramai je... cam tk cukup tpt dah. huhu~
ReplyDeletebgs entry ni dn siap letak harga. harga dia wpon mahal tp mesti service n kualiti dia ok.even mahal bg sstgh org , kalau dah service n kualiti ok, org akan dtg gak kan.
@Afasz : kalau ramai tu yang fikir banyak kali nak singgah kan...hee
ReplyDelete@KiD mestilah best.. jom! ^_^
ReplyDelete@Ezad Skytech itulah.. tp kalau dh lapar ngap aje. Hee...
ReplyDelete@hanim boleh aje repeat lg... i like! :)
ReplyDelete@Sheila Salim kena try ni sheila.. barulah bila org tanya, dh tahu sedap mknn kt sini.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil like 1000x.. jom! :)
ReplyDelete@Bro Framestone amboi.. baru beberapa hari dh nak ckp indon dh ye..
ReplyDelete@Afasz kalau ada ke the curve @ bangsar, singgah lah.. mmg sedap.. makanan yg sedap & berbaloi dgn harga yg dibayar.. :)
ReplyDeleteWow... Nampak menarik ni. Terima kasih share.
ReplyDeleteDcurve jarang sgt pegi. Kne tgg area bangi buka hihi. Mesti ramai nyer
ReplyDeletewah best nye.. nak try la nnti.. terima kasih share.. jom lawat blog saya :)
ReplyDelete@Hanis Amin sama2... pergi lh try nanti... :)
ReplyDelete@Afasz bila lah nak buka kt bangi ye... hee...
ReplyDelete@Azwa sama2.. try lh nanti.. :)
ReplyDeleteBisa bisa....
ReplyDeleteTengah proses kembali ngomong melayu ya
Waaaa...menarik sungguh coklat tu....telan air liur sahaja
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Yum Yum Yum.....!!!!
ReplyDeleteho..memang nampak menarik.
ReplyDeleteanak-anak saya mesti suka lagi2 kalu coklat.
tapi masih belum ada peluang nak jalan2 kat situ .
teringin nak cuba makan kat sini nanti...hee
ReplyDelete@Bro Framestone : haha...apesal bro tetiba cakap bahasa seberang ni...kih3
ReplyDelete@Afasz : kalau buka area bangi...mesti ramai yang akan pergi kan...situ da la syurga makanan...hee
ReplyDelete@Bro Framestone xsesuai bro cakap indon. hee... :p
ReplyDelete@azimah mohd zainuddin datang lah ke sini awak... :)
ReplyDelete@Rafael Andre dah pernah ye datang sini...
ReplyDelete@Blogger Babyface ada peluang nanti bawa lah anak2 ke sini...
ReplyDelete@Ezad Skytech bukan jauh pun ezad... pergi lah terjah. heee..
ReplyDelete@Ezad SkytechFaktor terbawa-bawa.
ReplyDeleteSekarang dh boleh cakap macam biasa
Tak sesuai ek.. habis tue, bro sesuai cakap apa ek? ke tak payah cakap ape2
ReplyDeletesampai ke hari ni tak singgah-singgah lagi..nampak sedap semua menu ni
ReplyDelete@JMR dtg ke the curve, singgah la sini.. rugi tak cuba lg tau..
ReplyDeleteTengok gambar belum makan pun dah tau kesedapn coklat tu..nyummy
ReplyDelete@deq noor Kalau buka di Bangi memang saya pergi setiap minggu la..hihi
ReplyDeleteLama tk dipndip
ReplyDeleteYummy dessert tu
ReplyDelete