Glow by Zinc Hotel Penang

 
Hotel kali ini DN pergi adalah Glow by Zinc Hotel. DN ke sini secara tidak sengaja sebenarnya. Last minute baru nak cari hotel yang berdekatan dengan TNB Penang. Call beberapa hotel berhampiran semuanya penuh. Kebetulan lalu depan Glow by Zinc Hotel jadi DN call dahulu sebelum masuk ke hotel ini sebab takut penuh juga. Alhamdulillah, ada kekosongan bilik di Glow by Zinc Hotel ini.
Lokasi memang tidak jauh dari TNB Penang. 5 minit drive dah sampai. Memang itu yang DN mahukan. Tempat parking di depan Glow by Zinc Hotel penuh jadi DN park kereta di belakang hotel. Lepas park kereta, check-in sekejap dan sampailah DN di bilik Superior Room yang berharga RM189.57 per night.
Biliknya tidak lah besar mana tetapi tetap selesa dan kemas. Warna-warna bilik ini menceriakan suasana dan memberi ketenangan kepada mereka yang menginap di bilik ini. Bilik ini tidak bercarpet tetapi tersedia dengan carpet di hujung katil. Kanan kiri katil tersedia build-in meja untuk meletakkan barang. Pencahayaan bilik sangat memuaskan.
Berdepan dengan katil tergantung LCD TV dan rak kecil. Simple sahaja dan tidak serabut kan. DN suka keadaan bilik seperti ini. Channel TV yang disediakan juga banyak termasuk channel Astro.
Di sudut tepi katil tersedia almari pakaian, meja solek dengan pantry, peti ais mini, peti keselamatan dan selipar. Lantai tidak berkarpet tidak apa, yang penting ada selipar. Bagi DN serba serbi kemudahan yang perlu ada di dalam hotel ada di sini. DN selesa berada di sini.
Apabila menjengah ke dalam bilik air yang tidak berapa luas ini, susun atur di dalam bilik air ini kemas dan teratur. Shower dipisahkan dengan cermin tetapi disebabkan tiada pintu, air terpercik keluar apabila mandi. Mujur ada tuala kaki disediakan jadi tidaklah basah sangat di depan basin.
Di ruang basin ini juga sangat simple tetapi ceria dengan bekas pelbagai warna yang glowing. Shampoo, shower gel & hand soap botol besar ini tidak boleh dibawa balik. Hanya untuk kegunaan di hotel ini sahaja. Hair dryer turut disediakan. Memang lengkap keperluan di dalam bilik mandi ini.



Walaupun begitu, di sekeliling hotel ini banyak kedai makan Cina sahaja. Ada lah terselit Nasi Kandar Pelita 5 minit jalan kaki dari Glow by Zinc Hotel. Itu pun perlu seberang jalan. Jadi nak taknak kenalah ambil kereta dan drive jauh sedikit ke tempat lain. Tapi tidak tahu pula kalau ada kedai makan berhampiran yang halal untuk dimakan. Tak mampu nak jalan jauh-jauh untuk survey lagi-lagi seorang diri. Huhu... Kalau ada peluang menginap di sini lagi DN survey ke jalan lain pula.

Maklumat Glow by Zinc Hotel adalah seperti berikut :-

Glow by Zinc Hotel
101 Jalan Macalister, Georgetown
10400 Penang, Malaysia 
Tel: +60 4 226 0084 
Fax: +60 4 226 8155
Website : http://www.zinchospitality.com

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

37 Blue Komen:

  1. boleh tahan jugak bilik dia eh DN, nanti pi Penang bleh akak lepak sini...

    ReplyDelete
  2. Ala kenapa x boleh bawa balik.. Cantik dah benda tue.. berkenan la pulak...

    Tapi memang menarik hotelnya termasuk harganya.. WiFi?

    ReplyDelete
  3. travel sorang-sorang ke.. cantik bilik dia

    ReplyDelete
  4. nampak cozy bilik dia...macam ada satu design hotel..tapi x ingat nama dia...huhu...

    p/s : Singgah follow lepas dapat sampul hari raya :P

    ReplyDelete
  5. lain dr yang lain..agak menarik perabot dan yang bekas kat toilet tu..menarik sgt..heeee.. (nasib baik dah gtau tak boley bawak balik, hahha) kuning kan warne yang ceria..heheeee

    ReplyDelete
  6. follower baru disini.
    x sangka bnyak betul review hotel kt cni.
    mmg terbaek ni kalau nk g jalan2 rujuk blog nie.

    ReplyDelete
  7. nampak simple je biliknya dan nampak menarik...macam mana range harga biliknya DN ?

    ReplyDelete
  8. ala comel je meja solek dgn almari baju tu

    ReplyDelete
  9. kemas je susun atur bilik tuh kita tengok. takde lah serabut macam sesetengah hotel yang lain. untuk sorang memang selesa kan. ambient dia pon nice. positif je aura kalau dok dalam bilik camni. huhuhu

    ReplyDelete
  10. baru berkesempatan nak blog walking.

    ReplyDelete
  11. shampoo sabun conditioner tu silap2 ada yg bawa balik gak tu. hehe. cantikkk...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum DN, cantiknya. teringin nak ke Penang ~~~

    ReplyDelete
  13. Hurmm.... kalau tak makan nasi kandar , layan mee goreng mamak + telur goyang pun sedap jugak tu.... tapi hotel memang nampak selesa laaa

    ReplyDelete
  14. @zuan
    yela.. cantik tu bekas dia. perempuan selalu suka la. hehe

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone nak mcm mana.. tangkap gambar bawa balik je lah. Wifi ok kt sini.. sbb tu xde komen lebih2..

    ReplyDelete
  16. @Sally Samsaiman thanks singgah sini. Mmg cozy tempatnya kan.. :)

    ReplyDelete
  17. @Makcik Anak 3 cukup la dn bawa balik gambar je. Heee...

    ReplyDelete
  18. @Ezad Skytech range harga ok.. xlebih rm200 pun utk bilik stabdard.. :)

    ReplyDelete
  19. @ismahasmi betul tu.. badan letih jd nyaman bila tempat cozy mcm ni..

    ReplyDelete
  20. @Afasz rasanya ada je yg bawa balik.. dn je kot yg jujur xbawa balik. Hee...

    ReplyDelete
  21. @Sheila Salim ada masa g lh jln2 cari mkn di penang.. :)

    ReplyDelete
  22. @hazman fadzil tp utk layan makan mamak sorang2, mcm xbest je. Hmmm...

    ReplyDelete
  23. hotel tak sediakan makanan ke?

    tapi kalau kawasan sekeliling ada banyak restoran pun ok gak. jimat duit kan.

    bilik pun nampak kemas aje

    ReplyDelete
  24. @Blogger Babyface utk breakfast je yg ada... malam cari lah makan sendiri...

    ReplyDelete
  25. kecik gak bilik compare dgn harga tu ek

    ReplyDelete
  26. @JMR dekat penang harga hotel mmg standard mcm tu.. ada yg murah tp mesti tidak selesa. hee...

    ReplyDelete
  27. Ok juga harganya, tak terlalu mahal untuk menginap

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^