Latar Belakang Filem
Nasi Tangas (Nasi Kangkang) merupakan filem ke-95 terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal ditayangkan bermula 18 September 2014 ini. Pengarah berbakat Hashim Rejab dipertanggungjawabkan untuk mengarahkan filem bergenre seram ini di mana ia diinspirasikan dari cerita sebenar yang berlaku pada masyarakat hari ini. Filem seram Nasi Tangas (Nasi Kangkang) telah membariskan barisan pelakon generasi muda yang terdiri daripada Adiba Yunus, Azwan Kombos, Shima Anuar dan Along Eyzendy. Selain itu, filem ini juga mengetengahkan pelakon berpengalaman seperti Herman Tino, Delimawati dan juga Den Wahab bagi menjayakan filem ini. Lokasi pembikinan filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) dijalankan di sekitar Lembah Kelang sahaja.
Sinopsis
Nasi Tangas (Nasi Kangkang) mengisahkan tentang keakraban antara Hairi (Azwan Kombos) dan Fatin (Shima Anuar) telah menyebabkan isteri Hairi, Mira (Adiba Yunus) cemburu. Hairi dan Fatin merupakan sahabat baik sejak dari universiti lagi. Selepas habis belajar, mereka membuka perniagaan bersama-sama dan menjadi rakan kongsi. Ini menyebabkan mereka semakin akrab dan setiap apa yang Hairi lakukan dan hampir semua perbualan antara Hairi dan Mira berkisar tentang Fatin. Mira semakin terasa hati dengan Hairi dan merasakan kasih sayang Hairi kepadanya semakin pudar.
Pada suatu hari, Mira terlihat ibunya, Mak Ton (Delimawati) sedang melakukan sesuatu. Mak Ton dapat mengagak apa yang Mira rasa dan membawa Mira berjumpa dengan Embah Senu (Herman Tino) bagi mendapatkan ilmu Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Apa itu Nasi Tangas (Nasi Kangkang)? Bagaimana kehidupan Mira dan Hairi selepas mengamalkan ilmu ini? Adakah Fatin juga menerima tempias ilmu Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) yang akan berada di pawagam esok, 18 September 2014.
Komen Penulis
Filem ini memberi pendedahan yang jelas tentang Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini. Bagaimana ia dilakukan, kesannya dan akibat dari mengamalkan perkara khurafat ini ditonjolkan di dalam filem ini. DN pasti pendedahan yang digambarkan bukan bertujuan untuk mengajar Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini tetapi sebaliknya bertujuan untuk memberi pengajaran, pedoman dan iktibar kepada masyarakat di luar sana. Setiap perkara khurafat yang dilakukan pasti ada kesan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah orang terdekat di sekelilingnya.
Genre seram yang ditonjolkan kadangkala membuatkan hati DN berdebar dan meremang juga tangan DN. Terdengar juga rakan-rakan di sekeliling DN sesekali menjerit dan menutup mata melihatkan aksi seram yang diketengahkan di dalam filem ini. Pelakon berjaya membawa watak dengan baik walaupun ada kelihatan sedikit kekok terutama sekali ketika aksi berdua di dalam bilik. Jalan cerita memang fokus kepada Nasi Tangas (Nasi Kangkang) dan watak-watak sampingan tidak memberi impak langsung di dalam cerita ini. Kesannya selepas menonton filem ini, tekak rasa kembang setiap kali melihat nasi. Harap perasaan ini tidak berlarutan lamanya. Kurus DN nanti dibuatnya. Heee... Keseluruhannya DN memberikan 4/5 untuk filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini.
Koleksi Gambar
Trailer
Saksikan Nasi Tangas (Nasi Kangkang) di pawagam berhampiran bermula 18 september 2014 ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
dah lama tak tengok citr hantu keluaran produksi tempatan, last tengok cerita karak.. tengok ni macam best je..
ReplyDeletehari2 dok dengar iklan filem ni, rasa tertarik jugak nak tengok...
ReplyDeleteAlamak seramnya...
ReplyDeleteKuruih lh x mkn nasi..hehe
macam best je ni kalau nak tengok...tapi geli pula tengok nasi kangkang tu...adehhh
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik best & ada mesej yg ingin disampaikan sbg pengajaran..
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid jom g tgk sama2... ^_^
ReplyDelete@wida haa.. tu lah. Kembang tekak tgk nasi. Lg2 nasi lemak..
ReplyDelete@Ezad Skytech bukan geli lg ezad, loya tekak ni dibuatnya. Huhu..
ReplyDeletetengok gambar je pun dah seram. trailer lagi seram!
ReplyDeleteSeram plak tgk trailer dia. Arini start di pawagam, cam nak p tgk je, lama tak tgk wayang
ReplyDeleteTengok gmba pun da seram..huhu
ReplyDelete@Farah itu lah kan... tengok lg bertambah seram tau... :)
ReplyDelete@Afasz mmg seram.. g lh beli tiket. pengajaran utk org yg sudah berumah tangga ni.. :)
ReplyDelete@Nur Razali tgk lh cerita ni.. lg seram dr gambar tau...
ReplyDeletejarang cerita malay ada msj dlm ceritanya.. hmm nak download or g wayang ek? hehehehe
ReplyDeleteSelamat tak tengok hari itu, kalau tidak.... xtau nak makan apa dekat Medan la la la
ReplyDeleteLook real. Banyak betul khurafat dalam masyarakat kita ni kan
ReplyDeleteSA kalau citer seram2 ni mmg la x tgok sebab SA ni penakut...
ReplyDeleteLast DN makan nasi bila?
ReplyDeletenasib baiklah ilmu nasi tangas ni untuk wanita aje kan.
ReplyDeletekalau tak ramailah yang berpoligami
sampai ke sudah tak tengok nasi tangas ni...huhu
ReplyDelete@Noriza MiracleVitamins : zaman moden macam ni pun ada lagi ye yang amalkan benda ni..aihhh...tak paham la..
ReplyDelete@Bro Framestone : haha...mujurlah sy pun tak tengok bro movie ni...tak lalu makan rasanya kalau tengok...hee
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik wayang ler... baru namanya sokong filem tempatan.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone hahaha... makan lauk je ler... :p
ReplyDelete@Noriza MiracleVitamins itulah... sedih tengok benda2 mcm ni dlm masyarakat kita kan. minta dijauhkan....
ReplyDelete@Amanda Suria kalau takut baik jgn tengok. xtido malam nanti. hee...
ReplyDelete@Rafael Andre errr... dah lupa lah. heee....
ReplyDelete@Blogger Babyface tak baik buat macam ni... kesian siapa yang kena.. :(
ReplyDelete@Ezad Skytech hahaha.. tengok kat astro first je lah ezad.. ;)
ReplyDelete@Ezad Skytech hahaha.. tengok kat astro first je lah ezad.. ;)
ReplyDelete@Ezad SkytechDengar cerita dah keluar dekat Youtube.. G la tengok
ReplyDeleteKalau makan lauk je, bukan nasi padang namanya
ReplyDelete@Bro Framestone cakap je la lapar.. nak kena makan nasi.. :p
ReplyDeletedn , afasz tak tgk pon. huhu... kene tgg dia tayang kat tv ler.. lg satu, afasz ni penakut tgk cite2 gini , lagi2 kalau malam. huhu.
ReplyDeletememang kalau cerita mcm gini biasa pengajaran buat yg dah kawin la. tp ada gak yg belom kawin pon buat tuk dpt seseorang. jaga2.
ReplyDelete@Afasz xpe afasz.. tgk ramai2 pasang lampu mesti akan kurang takutnya kan. so kena tunggu kt tv lah camtu... :)
ReplyDeleteiye ke? takutnya... moga dijauhkan dr semua benda2 yg khurafat ini. huhu...
@Ezad Skytech zaman moden ni pun masih ada yang mengamalkan benda syirik dan kuafat macam ni..Nauzubillah
ReplyDeleteNasi Kang Kang..
ReplyDeleteTakut akan kepanasan wap?
Kemaluan sensitif terhadap asap dan wap?
Takut kulit peha terkena sisi periuk panas?
Takut terjatuh dan terduduk diatas nasi?
Bulu jadi kerinting selepas menyediakan nasi kangkang akibat kepanasan yang terlampau?
Selalu mencangkung ditempat yang salah menyebabkan wap terkeluar dari sarung dan tidak terkena kemaluan untuk dititis balik ke atas nasi yang disediakan?
Masa yang terlampau panjang dan terpaksa menyidang nasi yang sudah sejuk dan kering, atau takut abang balik pada masa penyediaan?
Effect yang hanya untuk jangka masa yang pendek dan perlu mengidang nasi kangkang selalu untuk menyikat hati si-dia?
Semua ini bukannya masalah sekarang!
Dengan teknologi terbaru yang ideanya dari mesin steamer salun kecantikan, Nasi Kangkang sekarang boleh dibuat dengan senangnya, hanya tekan sebijik butang "on", pastu duduk je kat situ tengok tv ke apepe, tunggu 15minit dan air ajaib akan dititis kedalam nasi dan Nasi Kangkang rumahtangga dah sudah disiapkan!
Tidak menyederakan kemaluan!
Tiada wap Panas!
Tidak mengeringingkan bulu kemaluan!
Tidak allergi!
Tiada side efect!
Lebih lembut terhadap kulit!
Tidak perlu mencangkung dalam posisi yang bahaya!
Ambil masa yang pendek dan tidak akan disyaki abang!
Senang diguna, hanya tekan satu butang!
Atau pakai apps untuk mengawal suhu dan kadar wap yang dikeluarkan!
Cepat & senang diguna, boleh buat kat abang seminggu sekali!
Tidak perlu pemasangan, plug & play!
Mesin saiz kecil dan mudah disorok dibawah katil/atas siling!
Teknologi terbaru!
Meneyekalkan tradisi dalam cara yang moden!
Layak mengambil bahagian dalam pernyertaan Nasi Kangkang nasional!
Share dalam facebook untuk dapat discount bagi unit kedua!
Tunggu apa lagi?
Call saya sekarang untuk dapatkan mesin Nasi Kangkang ini sekarang juga!
Free pos keseluruh Malaysia & Indonesia (sampai May 2016 sahaja)
Call sya di 017-8100570 (Benet) atau SMS/Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan, gambar mesin dan testimonial pengguna selebriti yang puas dengan penggunaan mesin KangKang ini. 017-8100570. Ingat, 017-8100570.
*Harga borong hanya untuk tempahan 5 unit keatas sahaja, dan hadiah percuma akan disertakan kepada pembeli borong kedai jamu atau pusat kecantikan tradisional.
"Mesin kangkang, the future of your family is in your hand!"
Tunggu ape lagi? Call sekarang untuk mendapatkan mesin KangKang terbaru, 017-8100570, untuk pembelian dan pertanyaan, 017-8100570, call sekarang untuk pos percuma, hanya sampai May 2016!! 017-8100570, ingat, 017-8100570!!!
"Mesin kangkang, the future of your family is in your hand!"