Soga Restaurant & Lounge, Solo City, Indonesia

 Apabila menjejakkan kaki di mana-mana, paasti tempat makan yang dicari. Kali ini DN ingin kongsikan tempat makan yang DN kunjungi semasa di Solo City (Surakarta), Indonesia. Nama restoran ini adalah Soga Restaurant & Lounge.
Soga Restaurant & Lounge ini terletak bersebelahan dengan Toko Batik Danar Hadi. Jika menginap di Hotel Ibis Solo, hanya perlu menyeberangi Jalan Slamet Riyadi dan berjalan kaki sekitar 5 minit, akhirnya sampai ke restoran ini.
 
Soga Restaurant & Lounge ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Maklumat restoran ini adalah seperti berikut :-

Soga Restaurant & Lounge
Jl. Slamet Riyadi 261,
Surakarta 57141,
Central Java - Indonesia
No. Tel. : 0271-727020 / 722084
Fax : 0271-722042
Email : soga_resto@yahoo.com
Beginilah suasana di dalam Soga Restaurant & Lounge ini. Tempat makan yang ekslusif dengan dekorasi yang tampak mewah memang membuatkan siapa sahaja yang datang ke sini selesa dengan suasana dan tempatnya. DN sudah banyak kali datang ke Soga Restaurant & Lounge ini.
Semasa DN ke Solo City bersama mama pun DN bawa beliau ke sini. Boleh pula berjumpa dengan rakan dari Malaysia yang berada dalam satu flight dan duduk di hotel yang sama. Beliau pertama kali ke Solo City dan travel solo ke sini jadi DN mengajak beliau makan sekali. Ini kerana Soga Restaurant & Lounge menawarkan pelbagai jenis makanan dari masakan jawa, masakan asli tempatan dan juga western. Jadi apa yang DN makan semasa di Soga Restaurant & Lounge?
Bihun goreng catur karsa 24,000IDR
Es Jeruk Cincau 19,000IDR

Kreasi Solo Raya 27,000IDR

Poffertjes Kupu Taring 19,000IDR

Banyak lagi makanan yang nama pelik-pelik di sini. DN belum lagi rasa semuanya tetapi DN boleh katakan masakan di sini sedap-sedap belaka. Tidak sabar rasanya untuk ke Solo City lagi. Boleh terjah Soga Restaurant & Lounge. Hee...

Ok lah. Nak bersiap-siap balik kerja. Esok nak travel lagi. Kalau sempat DN update ye... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

35 Blue Komen:

  1. cantik restorannya DN..classic contemporary lagi...best tul dapat berjalan mcm DN...

    ReplyDelete
  2. Macam manarik je Solo, tapi kan....

    kenapa ramai yang xpernah cakap pasal Solo ek.

    Sikit2 bandung, Medan etc....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dn, ohmaiii ini restoran pernah masuk Running Man. hahah sheila ingat lagi episod tu. sedapnya... sheila suka gambar yang last tu. mengiurkan kitaaaa :))))

    ReplyDelete
  4. wow.. bestnya, makanan nampak menarik :D

    ReplyDelete
  5. ni kuali yg dia masak ke..kuali baru. festime tgk...unik. tp macam janggal je time nak makan..hehe

    ReplyDelete
  6. Nice... tempat nie ada kasi feeling skit sebab suasana dan gaya hiasan yang boleh kita enjoy makan dengan santai

    ReplyDelete
  7. mewah. sedap nye. makanan siap dlm kuali lg. lain dr lain. keunikan !

    ReplyDelete
  8. untung DN asyik ke negara org je.

    ReplyDelete
  9. semuanya..lazat lazat belaka....nasib lahhhh jauh kan,,,,

    ReplyDelete
  10. cantik decoration kedai makan ni...makanannya sudah tentu sedap kan DN :D

    ReplyDelete
  11. @Amanda Suria alhamdulillah... rezeki utk melihat negara org... cantik kan restoran ni.. DN pun suka.. :)

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone sbb dlm mindset mesti kata solo ini byk candi shj..

    ReplyDelete
  13. @Sheila Salim really sheila? Ok, yg itu DN tak tahu. Heee...

    ReplyDelete
  14. @MissNadia makanan di sini nampak menarik & sedap juga.. :)

    ReplyDelete
  15. @wida xpasti plak wida.. harapnya kuali baru lh. Huhu...

    ReplyDelete
  16. @Muhammad Syazwan Norhalik pergi solo best tp kalau berteman itu lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  17. @hazman fadzil betul tu.. walau mkn sorang2 pun xkan rasa janggal.. :)

    ReplyDelete
  18. @Afasz alhamdulillah.. rezeki.. xsangka pula kena mkn dlm kuali. Hee..

    ReplyDelete
  19. @Makcik Anak 3 mmg lazat.. kalau boleh take away dh bawakkan dh... :p

    ReplyDelete
  20. @Ezad Skytech deko cantik.. mknn sedap.. mmg recommended place ni.. :)

    ReplyDelete
  21. Syoqnya jalan jalan. Ada rezeki boleh kesana. :)

    ReplyDelete
  22. mungkin selepas ini ke Solo... Tapi tak kan nak pergi solo je kan he..23x

    ReplyDelete
  23. melancong je karja dia.... oh lupa, terapi

    ReplyDelete
  24. restoran ni nampak grand. takde pelangan lain ke?

    salah satu tempat menarik baru untuk melancong ke indonesia

    ReplyDelete
  25. @deq noor : da DN recommend...ni yang kena singgah kalau ke Solo.. :D

    ReplyDelete
  26. @Adam insyaAllah... rezeki itu akan ada.. :)

    ReplyDelete
  27. @Rafael Andre haa... tahu pun terapi. kikikiki... :p

    ReplyDelete
  28. @Blogger Babyface biasanya malam baru ramai... DN datang sini siang... :)

    ReplyDelete
  29. DN tak per la pergi Solo Solo je.. Kalau Bro pergi Solo, bukan tahu nak shopping apa mcam DN

    ReplyDelete
  30. bihun goreng catur? first time dgr..Chess Fried Meehoon..

    ReplyDelete
  31. @Bro Framestone alah. xpayah shopping pun xpe.. enjoy the scenery & culture.. :)

    ReplyDelete
  32. @JMR hahaha... tp xnampak mcm catur pun.. :p

    ReplyDelete
  33. Siap kuali lagi tuh dihidangkan atas meja!

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^