Bersiar-siar di Kota Adelaide

Hello there! Buat apa tu? DN sekarang ini tengah bercuti-cuti di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama kawan-kawan. Aik? Asyik bercuti sahaja DN ini. Heee... Apa salahnya kan. Bila cuti, cuti sungguh-sungguh, bila kerja, kerja sungguh-sungguh juga. Barulah balance... :) 
 Tetapi DN bukan mahu bercerita tentang DN di Port Dickson. DN masih mahu berkongsi cerita DN semasa di Adelaide, South Australia. DN mengambil peluang semasa di sana dengan bersiar-siar melihat suasana dan kehidupan masyarakat di Adelaide ini. Macam sunyi tiada orang sahaja kan. Itulah... DN pun rasa macam itu bila mula-mula sampai di Adelaide. Rupa-rupanya aktiviti mereka terutama kedai-kedai yang bukan 24hrs di sini bermula jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bila malam, kelab malam dan beberapa kedai makan sahaja yang meriah. Memang culture shock sekejap DN kat sini. Tetapi alhamdulillah, DN berjaya mengatasi perubahan suasana di sini keesokan harinya.
DN mengambil kesempatan bersiar-siar di Kota Adelaide ini sepanjang hari. Jalan kaki je pun bersiar-siar di sini. Ingat hendak naik basikal tetapi semuanya telah digunakan jadi berjalan sahaja lah. Berjalan dari sepanjang Rundle Mall, kemudian ke Art Gallery of South Australia, South Australia Museum, State Library of South Australia dan berakhir di National War Memorial.
Hendak ke Rundle Mall dari Rockford Adelaide tidak susah pun. Boleh berjalan kaki di sepanjang Hindley Street. DN pula rasa malas hendak jalan jauh, maklum sahaja sudah ada 3-day Visitor Pass kan. Jadi DN ambil tram dari City West ke Rundle Mall yang mengambil masa 4 minit sahaja.
Beginilah suasana di Rundle Mall. Ia terletak di sepanjang jalan antara Hindley St dan sebelum sampai ke Rundle St. Terdapat banyak shopping complex di sini. Di sepanjang jalan ini akan dapat dilihat pelbagai arca seperti di atas dan jika bertuah, kita berpeluang untuk melihat persembahan di Rundle Mall ini.
Berjalan tanpa arah tujuan melihat keunikan bangunan di Adelaide City sudah cukup mempesonakan. Kelihatan sepasang pengantin sedang mengambil gambar di bangunan-bangunan yang unik ini. Tiba-tiba teringin pula hendak abadikan gambar kahwin DN di sini nanti. Berangan sungguh kan? Heee....
State Library of South Australia juga unik dengan berdindingkan kaca. Memang DN rasa seronok bersiar-siar di kota Adelaide ini. Bangunan-bangunan tinggi tidak banyak di kota Adelaide jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Memang tenang sahaja sepanjang DN berada di sini.
Tempat terakhir yang DN pergi adalah National War Memorial. Kawasan ini sebenarnya dikelilingi dengan bunga-bungaan yang cantik-cantik belaka. Entah kenapa DN tidak semadikan di lensa kamera. Hanya mata ini yang menjadi saksi kecantikan dan keindahan bunga di sini.
Di satu sudut mengelilingi National War Memorial ini terdapat senarai nama tentera Australia yang telah terkorban semasa perang dunia pertama. Memang panjang senarai namanya jadi DN tidak terlalu lama di sini.
Penat berjalan? Usah risau kerana adanya tempat ini yang boleh kita ambil airnya untuk minum. DN tidak minum pun sebab selesai bersiar-siar DN akan kembali ke Rockford Adelaide. Buat air milo panas lagi syok kan sejuk-sejuk begini. Heee.....
Matahari semakin melabuhkan dirinya. Oleh itu, DN kembali ke Stop Tram Rundle Mall untuk mengambil tram kembali ke Rockford Adelaide. Selesai DN bersiar-siar di Kota Adelaide. Ke mana lagi DN pergi semasa di Adelaide ini? Nantikan perkongsian DN lagi nanti ye. 

Selamat berhujung minggu!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

34 Blue Komen:

  1. Nak tanya.. dekat sana tempoh siang dia panjang ke pendek masa DN pergi?

    Eh ada kerbau pendek la... kalau pegang kena samak x?

    Amboi berangann....

    ReplyDelete
  2. hikhikhik kerbau pendek... bestnya jalan sane! bila ida nk smpaiiii nii huuu ~

    P/s: akhir tahun adalah hari bercuti slps setahun bekerja! hehehhee

    ReplyDelete
  3. Bagus ni. Sekurang2nya ada info klu berpeluang ke sana nanti. Nak pergi tak dpt2 lagi huhu.. Thanks sharing DN.. :)

    ReplyDelete
  4. Cantik nya Adelaide..

    Baru bercadang cadang nak ke Perth.. nak tgk Pink Lake.. Tapi nih Adelaide cantik jugak ekk..

    Merlbourne pun rase nak repeat.. ishhh semua nak pegi.. kena penuhkan tabung ayam.. hihihi..

    ReplyDelete
  5. hmmm bila la dapat jejalan jejauh macam DN Ni

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone

    kenapa macam pelik pelik je soalan bro? haha

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone panjang rasanya sbb pkl 6 pagi dh terang...

    nk peluk2 sambil tunggang atas dia pun boleh bro. heee....

    ReplyDelete
  8. @::EIDA:: ada rezeki lebih dtg la sini ieda... :)

    ReplyDelete
  9. @Khir Khalid sama2... insyaAllah peluang itu akan ada.. :)

    ReplyDelete
  10. @Kak Kep hihihi... xpernah sampai perth lagi so xtau nak compare camne...

    ReplyDelete
  11. Seronok bila sesekali dapat berjalan-jalan ke luar negeri macam ni.

    ReplyDelete
  12. sungguh berguna la bagi mereka yg nak travel ke sini. blog ni mesti bookmarks bg korang yg suka travel

    ReplyDelete
  13. wah. pig tu memang dibiarkan berkeliaran ke?

    nampak macam panas aje kat situ tapi mesti sejuk gak kan udaranya sebab hampir ngan kutub selatan

    ReplyDelete
  14. syoknya dapat bercuti tenangkan diri kat sana...teringin one day nanti... :D

    ReplyDelete
  15. @Zuan : fuhhh...memang aku teringin nak jalan2 tempat2 macam ni...tapi entah bila dapat pergi..

    ReplyDelete
  16. @Kak Kep : Adelaide pun boleh tahan cantiknya kan...fuuhhh :D

    ReplyDelete
  17. @Lynn Munir betul tu... selain dr dpt melihat negara org, boleh merehatkan diri dr bebanan kerja.. :)

    ReplyDelete
  18. @Afasz mmg cantik sgt2.. suka DN ke sini..

    ReplyDelete
  19. @Blogger Babyface pig tu takkan pergi ke mana2 pun... hee... panas tp berangin sejuk..

    ReplyDelete
  20. @Ezad Skytech plan lah dgn kwn2.. xsusah pun nak jalan2 kat sini ezad... :)

    ReplyDelete
  21. lawa design bagunan kat situ kan..hurm....sejuk mata ni...menelek gambo gambo ni....

    ReplyDelete
  22. @Makcik Anak 3 mmg lawa2... nak buat wedding kat sini nanti (berangan lebih).. heee...

    ReplyDelete
  23. Demn... ada juga yang mempertikaikan soalan yang gua ajukan dekat sini he..23x

    ReplyDelete
  24. @deq noor : kena plan betul2 la kan DN...bukan semuanya ada FREE time sama dengan kita...hehe

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^