Kerja, Tidur DLL

Dah lama DN tidak berkongsi work to do list di sini. Kalau DN kongsikan pun bukannya kalian boleh tolong buat kerja DN pun kan. Tolong baca je kerja DN yang menimbun itu. Betul tak. Heee... Takpe lah, untuk kali ini biar DN simpan je dalam hati dan otak fikiran DN yang insyaAllah masih dalam keadaan baik. Agak-agak DN perlukan semangat dari kalian, DN kongsikan ye.. Maklumlah, mahu menumpang kasih la katakan. Heee...
Ini kisah beberapa hari lepas. DN tidak berniat pun untuk buat kerja di saat-saat akhir. DN tidak suka pun buat kerja lambat-lambat sebegini tetapi disebabkan DN terpaksa menunggu rakan sekerja dari Terengganu yang sampai jam 7 malam, pukul 9 malam baru mula buat kerja. Akhirnya, 5 pagi baru siap kerja. At least pukul 5 pagi, bukan 8 pagi seperti sebelum ini.
Siap kerja, balik rumah untuk mandi dan tukar baju, 6.30 pagi sudah ke Subang Skypark Airport. Flight ke Penang pukul 8 pagi. Sampai Penang buat kerja seperti biasa. Energy dan semangat masih ada walaupun rakan sekerja masing-masing dah layu. Tetapi bila on the way naik flight balik dari Penang ke Subang, badan dan mula sengal-sengal dan sleepy tahap nak tahan kelopak mata dengan pencungkil gigi. Serius mengantuk dan penat. Huhuhu...

Sampai sahaja rumah memang terus tidur dan langsung tidak pedulikan orang keliling. Saudara-mara datang pun DN lagi sayangkan tidur DN. Heee... Maaf lah ye. Kalian tidak tahu betapa penatnya DN jadi DN tidak salahkan kalian bila kata DN buat tidak tahu sahaja. DN yang patut minta maaf kerana tidak mampu untuk membuka mata dan melayan kalian yang datang ziarah ke rumah. DN akan cuba pastikan perkara sebegini tidak berulang lagi. Maafkan DN ye...

Sekarang energy sudah recharge. Perkara pertama yang DN buat adalah pergi mengisi perut yang lapar. Dah kenyang, tulis entry ini yang mengharapkan akan ada yang sudi baca. Selepas ini... Hmmm... tengok lah. Mungkin DN akan blogwalking seketika sebelum layan movie sampai DN tidur kembali. Esok ada satu hari lagi untuk berehat sebelum meeting sana sini bermula Isnin ini. Oleh itu, kita enjoy! Hee... Good night... :)

*****************************

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...

Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

41 Blue Komen:

  1. busy sesangat DN... jangan lupa jaga kesihatan yer... :)

    ReplyDelete
  2. klau wida dh lama tumbang kot..dahsyat sgt DN..x tido mlm, pg boleh fly lagi.

    ReplyDelete
  3. busy n penat je rasa bile baca entry ni.. apa pun jangan lupa rehat .. moga dipermudahkan segala urusan DN

    kite pon tgh busy , tp DN lg busy kot. hehe

    ReplyDelete
  4. kuatnyer DN keje.. jaga kesihatan dan jaga diri baik baik yer DN

    salam kenal dari kak kep dari Doha, Qatar ;-))

    ReplyDelete
  5. @mamawaiz setakat ni boleh tahan 2 hari tak tido... lebih dr tu mmg jd zombi lah DN. heee... :p

    ReplyDelete
  6. @Afasz thanks afasz.. bila dh recharge semula baru boleh buat kerja semula.. kalau x, mmg layu je lah. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. @Kak Kep thanks kak kep... :)

    salam kenal kak kep.. jauh tu.. xpernah sampai sana lg..

    ReplyDelete
  8. sama ngan akak...masuk opis kul 8am balik kul 7.30 pm...hari2...penat x usah ckp la...minggu ni sabtu ahad keja...aduhaiiii

    ReplyDelete
  9. ezad baca entri DN ni pun rasa penat...DN boleh relaks je tak tidur ye...adehhh...kalau ezad, da tumbang da kalau tak tidur...huhu

    ReplyDelete
  10. Lately macam DN rajin layan movie je he...23x

    ReplyDelete
  11. alahai DN.. baca cerita ni pun dah terasa penatnya.. apatah lagi DN yang penat..

    ReplyDelete
  12. @Amanda Suria alaaa kak amanda.. kid kul 6.30am, tayar dah bergolek di jalan raya... hehehee

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech eh, ko pun penat baca ke ezad.. aku pun penat ni..

    ReplyDelete
  14. @Ezad Skytech

    haha samo la. eden malam je kul 11 dah tumbang la ni

    ReplyDelete
  15. @mamawaiz

    tu la kan, mungkin sbb DN dah biasa dengan semua ni :)

    ReplyDelete
  16. @Amanda Suria

    den pun blk 7:30, tapi masuk keje lmbt lagi, 9:30..hehehe :D

    ReplyDelete
  17. @Bro Framestone

    salah satu cara DN terapi diri rasanya..hehe

    ReplyDelete
  18. @Amanda Suria lamanya working hour akak... DN masuk patutnya 8.30am-5.30pm tp biasanya malam baru balik kak...

    ReplyDelete
  19. @Ezad Skytech hmm... ezad kena tambah workload ni. hahaha...:p

    ReplyDelete
  20. @Bro Framestone salah satu terapi bro bila malas nak keluar rumah... :)

    ReplyDelete
  21. @KiD itulah... nak lunch / breakfast dgn kid pun xsempat... :(

    ReplyDelete
  22. betul DN, kalau tak recharge mmg la layu. mcm henpon la. kalau tk charge , xleh guna. so recharge la byk sikit. kasi bertenaga dan dpt la settle kan keje dengan cepat mengikut deadline

    ReplyDelete
  23. @KiD : terasa penatnya bila baca entri DN ni KiD..hee

    ReplyDelete
  24. @deq noor : hee..kerja banyak tapi tak pernah sampai overload macam ni DN...hee

    ReplyDelete
  25. @Afasz : tak boleh selalu macam ni...lama2 boleh rosak badan kalau tak tidur malam ni kan...kena rehat la secukupnya...

    ReplyDelete
  26. @deq noor : betul2 busy sangat tu DN sampai makan pun tak sempat...

    ReplyDelete
  27. @Afasz itulah.. lepas recharge, guna max lagi.. mcm tu lah setiap hari. Hee...

    ReplyDelete
  28. @Afasz itulah.. lepas recharge, guna max lagi.. mcm tu lah setiap hari. Hee...

    ReplyDelete
  29. sungguh sungguh berkerja....semoga diberi kesihatan yang baik baik saja....amin..

    ReplyDelete
  30. Rindu pula suasana masa kerja dulu. Balik keja memang lewat sangat. Kul 12 baru sampai umah. kekadang tu sampai tak mandi pun sebab dah letih sangat. hish teruk sungguh. la ni keja di umah ja senang

    ReplyDelete
  31. @Noriza MiracleVitamins alhamdulillah... moga sentiasa murah rezeki... :)

    ReplyDelete
  32. pergh..rajin tol sampai ke 5pg..

    ReplyDelete
  33. @JMR org gila kerja macam ni lah. hee...

    ReplyDelete
  34. Bro pula apa yang ada dekat TV nie, layan je. walaupun dah banyak kali ulang he..23x

    Tapi tak terasa macam terapi je

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^