Menikmati Panorama Glenelg Beach Adelaide, South Australia

Ada yang menanti perkongsian DN di Adelaide selanjutnya? Terima kasih tidak terhingga diucapkan. Perancangannya entry ini DN buat semalam tetapi memandangkan DN perlu ke Johor Bahru, DN tangguhkan niat DN. Sekembalinya dari Johor Bahru baru DN dapat lebih fokus dengan entry ini.
Perkongsian kali ini adalah berkaitan DN menikmati panorama di Glenelg Beach Adelaide, South Australia. Sekitar jam 9 pagi DN sudah meninggalkan Rockford Adelaide dan menuju ke sini.
Seperti biasa, tram menjadi pilihan DN. Dari Stop Tram City West, tram membawa DN terus ke Stop 16/20 Jetty Rd yang mengambil masa 42 minit untuk perjalanan sejauh hampir 11km. Boleh juga turun di perhentian terakhir tram, Stop 17 Moseley Square jika terus mahu ke pantai Glenelg.

Sampai sahaja sudah nampak mercu tanda ini dari jauh yang dikelilingi dengan palm tree. Suasana panas memang menyengat mata DN tetapi angin kuat di pantai ini mengatasi kepanasan yang DN alami di sini. Apa yang menarik di pantai Glenelg ini? Hmmm... Nak cerita panjang lebar, jemu pula nanti kan. Biarlah gambar berbicara...
Kalau dilihat pada gambar terakhir ini, inilah laluan tram yang juga berkongsi laluan sama dengan kereta. Ketika DN tiba, banyak lagi kedai belum buka. Seperti yang DN maklumkan dalam entry sebelum ini, kedai-kedai kebanyakannya akan dibuka sekitar jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja. Memang sempoi hidup di sini kan. Jom sama-sama ikut DN menikmati panorama di Glenelg Beach Adelaide, South Australia. Inilah salah satu sebab kenapa DN jatuh cinta dengan Adelaide.
 Lihat sahaja panorama disini. Pasti membuatkan mereka yang melihatnya jatuh hati dengan pantai Glenelg. Pasir putih dan langit biru dihiasi dengan awan putih sambil mendengar deru laut. Fuhhh!!! Siapa sahaja yang berada di sini pasti akan mengingati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Sesiapa yang berpeluang ke Adelaide, pantai Glenelg merupakan tempat yang wajib anda kunjungi. Percayalah, anda pasti menyukainya.
Sedang DN berjalan-jalan untuk sampai ke hujung jeti, terlihat tenteng ini yang pernah kita main suatu ketika dahulu semasa zaman kanak-kanak riang. Tidak disangka, orang-orang Australia juga bermain permainan yang sama. Tapi tidak pasti pula mereka menamakan permainan ini apa. Siapa tahu? Heee.... 
Sila jangan jemu tengok muka tuan tanah ye. Hee.... Cuaca yang panas dan berangin kuat memang membuatkan mata DN sukar untuk dibuka seluas-luasnya. Tetapi bila dapat aiskrim, memang terang lah mata ini. Maklum sahaja, terlindung dengan bangunan kan. Heee....
Angin yang sangat kuat ini menyebabkan pasir pantai berterbangan mengikut arah angin tersebut. Kalau dilihat jalur-jalur ke bawah itu sebenarnya ia merupakan arah pergerakan angin. Tetapi apa yang menghairankan DN, walaupun angin kuat, penduduk di sini biasa sahaja membawa anak-anak dan anjing perliharaan mereka berjalan-jalan di tepi pantai ini dan ada juga yang jogging di sini. Hmmm... Mungkin bagi mereka itu biasa tetapi bagi DN sahaja yang pelik kot. Satu suasana yang baru bagi DN. Kalau DN, memerap tidur di rumah lagi seronok bila sejuk-sejuk begini. Hihihi....

Beginilah suasana dan panorama Glenelg Beach Adelaide, South Australia ini. Cantik kan. Jika ada peluang ke Adelaide lagi, DN pasti tidak akan lepaskan peluang untuk kembali ke pantai Glenelg ini. Akhir kata, selamat menyaksikan panorama indah! :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

25 Blue Komen:

  1. rasa macam one day nak tinggal dan tua kat sana je

    ReplyDelete
  2. wah..siap mkn aiskrem lagi.
    kenapa tmpt yg DN snap tu mcm x ada org je..awal lg ke

    ReplyDelete
  3. seronoknya DN dah sampai ke sana.....

    ReplyDelete
  4. wah. memang adelaine salah satu tempat yang ingin saya lawati sejak zaman kanak-kanak lagi.

    kalau DN nak pegi lagi.. ajak ye

    ReplyDelete
  5. teringinnya nak pergi Adelaide ni...bila la dapat ke sana agaknya ye...huhu

    ReplyDelete
  6. @Blogger Babyface : sama la kita bro...teringin sangat nak ke sana tu... :D

    ReplyDelete
  7. @Uncle Zuan : wahh...terbaik la zuan...kalau ada rezeki apa salahnya kan nak tinggal sana... :D

    ReplyDelete
  8. @Alin Marlini : kita baca entri DN ni pun macam seronok je kan...macam kita pula da ada kat sana...hee

    ReplyDelete
  9. @Uncle Zuan i think exactly same as u... tenang shj kan... :)

    ReplyDelete
  10. @wida bila sejuk2 makan aiskrim mmg lagi best wida. Hee... DN sampai sini lebih kurang pkl 10 pagi.. diorg pkl 11pagi baru kedai buka..

    ReplyDelete
  11. jatuh cinta dgn pantai itu...berseh!!!! aiskrim itu..nampak sedap nyer...hhiiiiii

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 mmg sgt bersih tp berangin so mmg tak lah jejak kaki kat air. heee...

    sejuk2 makan aiskrim syok tau. hee...

    ReplyDelete
  13. Warga Australia memang ada kesedaran tinggi jaga persekitaran dan alam.

    Laut dan pantai cantik je

    Cuma bahagian perlombongan arang batu kurang sikit. Penyebab perlepasan karbon dunia

    ReplyDelete
  14. @Mazni Azmi itulah... nyaman shj sepanjang di sana.. :)

    ReplyDelete
  15. cantik giler langit biru kat sana.

    ReplyDelete
  16. @JMR haa.. itulah... rindu dgn suasana di sana...

    ReplyDelete
  17. Macam pelik je, scroll ke atas ke bawah xjumpa komen dari Bro?

    Ermmm memang pelik dah nie

    ReplyDelete
  18. @deq noor : lambat juga pukul 11 pagi diorang baru buka kedai ye DN...

    ReplyDelete
  19. @deq noor : Amin...In Sha Allah...kalau ada rezeki.. :D

    ReplyDelete
  20. @Bro Framestone : ke manakah pula komen bro menghilangkan diri...hehe

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^