Menjejakkan Kaki Ke Adelaide South Australia

 Halo there! Akhirnya DN berpeluang untuk menceritakan kisah DN ke Adelaide, South Australia untuk entry kali ini. Sebenarnya DN ke Adelaide bersempena birthday DN yang ke-30 pada 4hb September yang lepas. Kira macam hadiah untuk diri sendiri lah kan. Heee.... Apapun DN perlu berterima kasih kepada rakan blogger DN, Kisah Tatie kerana memberikan beberapa tips dan penerangan serta perkongsian tempat-tempat yang menarik di sana sebelum DN sampai ke Adelaide.

 Perjalanan selama hampir 8 jam memang agak memenatkan. 8 jam rasanya sebab beza masa Malaysia-Adelaide 1 jam 30 minit jadi tiba-tiba rasa macam tak reti kira. Heee.... Kebetulan DN duduk di tepi tingkap maka hendak keluar masuk susah pula. Penumpang lain di sebelah DN nyenyak tidur jadi duduk sahaja lah. Huhuhu... Pengajaran untuk DN, ambil tiket di sebelah laluan lebih-lebih lagi jika perjalanan yang lama seperti ini.
Semasa di dalam kapal terbang, DN telah diberi borang kemasukan ini untuk diisi. Memang betul orang kata, untuk masuk ke Australia agak sulit bagi melepasi kastam terutamanya tapi alhamdulillah, memandangkan DN tidak membawa sebarang makanan walaupun ada ubat-ubatan peribadi, DN tiada masalah untuk melepasi kastam. Mereka cuma bertanyakan ubat apa yang DN bawa dan adakah DN mempunyai batuk. Disebabkan bekalan ubat yang DN bawa hanya untuk 5 hari dan tiada batuk, DN lepas begitu sahaja. Tetapi DN dapat lihat ada yang disoal siasat dengan begitu lama, ada yang perlu masuk ke bilik untuk dipunggah bag mereka, ada yang perlu memasuki barisan untuk di scan bag mereka dan ada yang bag mereka dihidu oleh anjing pengesan. DN dibenarkan melalui barisan hijau dan keluar dari Adelaide Airport selepas 1 jam 20 minit...
Keluar sahaja dari Adelaide Airport, cuaca di luar panas terik tetapi sejuk. Hmm.. Macam mana nak kata tu ye. Heee.... Walaupun panas tetap DN kena pakai baju yang tebal sedikit kerana suhu ketika itu sekitar 24C. Adelaide Airport tidak lah besar mana jadi tidaklah perlu jalan jauh untuk keluar dari airport. DN menuju ke WHSmith Express bagi mendapatkan Visitor Pass untuk digunakan sepanjang DN berada di Adelaide ini.
Inilah kedai WHSmith Express tempat DN beli Visitor Pass. Keluar daripada Adelaide Airport tak jauh pun nak ke sini. Jalan ke sebelah kiri sahaja. Cuba tengok foreigner yang duduk belakang DN tu. Semua pandang DN. Pelik kot DN tangkap gambar guna monopod. Hihihi... Tak kisah lah. Yang penting DN dapat tunjuk rupa kedai WHSmith Express ini walaupun tulisannya terbalik. Hee...
Inilah Visitor Pass yang DN beli itu. Kenapa DN beli Visitor Pass ini? Kerana DN akan gunakannya untuk menaiki Metro Bas, train dan tram sepanjang berada di Adelaide ini. Sangat mudah dan murah tau bila ada Visitor Pass ini. DN tidak perlu risau untuk beli metro tickets jika hendak ke mana-mana. Visitor Pass ini ada 2 jenis.
1. 3-day Visitor Pass berharga $25.00
2. 28-day Pass berharga $117.00
DN membeli 3-day Visitor Pass memandangkan DN berada di Adelaide selama 3 hari. Hari ke-empat? Masih boleh gunakan Visitor Pass ini tetapi perlulah recharge di mana-mana mesin yang terdapat di dalam train, tram atau di stesen-stesen utama yang tersedia mesin untuk membeli tiket.
DN berjalan kaki menuju ke stesen bas 10 Airport Rd untuk menunggu bas J1 bagi membawa DN ke stesen bas B2 Currie St yang terletak di Adelaide City. Kemudahan lain yang tersedia adalah DN boleh merancang perjalanan DN sepanjang berada di Adelaide ini dengan hanya menggunakan website Adelaidemetro. Di dalamnya ada memberikan maklumat seperti bas apa yang perlu dinaiki, jam berapa bas akan tiba dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi beserta peta laluan untuk ke tempat yang ingin dituju. Sangat berguna dan mudah. Jadual perjalanan bas juga turut diberikan dengan terperinci di dalam website Adelaidemetro ini.
Inilah website Adelaidemetro yang DN maksudkan. DN tunjukkan demo bagaimana Adelaidemetro  memberikan maklumat jenis bas, masa, laluan dan peta untuk DN pergi ke lokasi yang ingin DN tujui. Masuk sahaja destinasi yang ingin kita pergi di Adelaide ini, insyaAllah tidak akan sesat. Kemudahan wifi juga sangat bagus di sini terutama sekali ketika berada di Adelaide City.
Tidak sampai 5 minit menunggu, bas J1 yang dinanti-nantikan pun tiba. Kelihatan ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ini untuk membawa mereka ke Adelaide City dari Adelaide Airport. DN difahamkan penduduk di sini kebanyakannya menggunakan perkhidmatan bas untuk ke mana-mana memandangkan parking kereta adalah $15 per hour. Gulp! Mahal tu. Tapi kemudahan bas di sini sangat bagus dan tepat maka tidak menjadi masalah bagi mereka untuk ke mana-mana menggunakan bas.
Sebab itulah jalan di Adelaide lengang sahaja. Boleh dikira berapa buah kenderaan yang lalu di jalan raya. DN biasa hidup di Malaysia yang sentiasa tersangkut dengan kesesakan lalu lintas dan selalu perlu rush untuk ke mana-mana. Bila tiba di Adelaide dan perlu menjalani hidup dengan relax dan tenang, rasa berdebar dan kekok pun ada. Hihihi... Lawak rasanya.
Selepas 22 minit perjalanan, DN tiba di stesen bas B2 Currie St. Dari sini DN perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 350m atau 3 minit untuk sampai ke penginapan DN. DN akan ceritakan mengenai penginapan DN di entry yang berbeza.
Untuk sampai ke penginapan DN, DN perlu melalui tempat parking metro bas dan University of South Australia. Tidak pula rasa takut untuk berjalan di sini kerana mungkin pemandu di sini memberi keutamaan kepada pedestrian untuk melintas dahulu, baru mereka akan jalan. Sampai sahaja di tempat penginapan, DN meletakkan bag dahulu dan pergi makan tengah hari sebelum boleh check-in jam 2.00pm.

Oklah, DN cerita kisah DN di Adelaide sehingga sini dahulu. Nanti bila masa mengizinkan DN akan sambung semula. Terima kasih kerana bersabar... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

34 Blue Komen:

  1. DN travel sendiri ke? wah..bestnya.

    ReplyDelete
  2. Eh hadiah hari jadi yang ke-30 ke? Ke salah nie? typo ek he...23x

    Seksa x 8 jam dalam flight tapi duduk tepi cermin la la la

    Gila la kastam sana.. 1 jam 20 minit ek.

    Rasanya bro faham macam mana cuaca dekat sana.. Sama macam dekat Tanah Rata, Cameron Highland.. Cuaca terik tapi sejuk...

    Eh monopod siapa pula yang DN bawa? Hidayah?

    Jari berinai?

    Parah juga harga parking kereta dekat sana...

    Macam best je bercuti disana... Tenang je rasanya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dn, bestnya holiday sana. seorang diri je travel ek? beraninya dn ni:)

    ReplyDelete
  4. wah bestnye pergi australia
    8 jam duk dlm flight rase kematu je punggung kan hehe
    iena pergi korea thn lepas lbey kurang 8 jam dlm flight.. Dapat tidur tp tak nyenyak sgt la..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum DN.. First time singgah blog DN ni.. Salam perkenalan dari Mieza.. DN Pergi ke South Australia ni bercuti ke? Sorang2? Huhu.. Beraninya.. Kalau Mieza memang tak mampu kot nak berdikari pergi negara orang.. Gugugu.. Oh, btw done follow sini..#259! ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  6. Assalam.. saya pernah bekerja di Quennsland, Brisbane tahun 1998.. lama dah. Adelaide adalah salah satu tempat yg ingin saya nak pergi, tapi smpai skrng masih tak kesampaian lagi.. Tak taulah bila agaknya. Nice Sharing & salam ukhwah perkenalan ye.. :)

    ReplyDelete
  7. wah.....cepat cepat cerita lagi ni....lappy dah new kan.....tak sabar nak jelajah adelaide......pod pod dah sampai dulu weyy..patut de bau bau nie..hihiiiiiii

    ReplyDelete
  8. @mamawaiz iye ida... belum ada yg sudi teman lg...

    ReplyDelete
  9. @Bro Framestone

    eh, tertekan 3 pulak.. ingat tekan 2.. :p

    itulah... xterfikir plak duduk tepi tingkap akan jadi mcm ni. huhuhu...

    mmg lama so relax2 je ler nak lepas kastam tu...

    betul tu.. sama kot...

    Hidayah ler bro.. siapa lg...

    jeng3! :p

    sbb tu diorg xbaa kereta. naik bas lg bagus...

    yup.. tenang & damai & selainnya.. :)

    ReplyDelete
  10. @Sheila Salim berani sbb dh study tempat tu.. kalau x, xberani gak DN. hee....

    ReplyDelete
  11. @Iena Eliena mmg xselesa tidur dlm flight kan. nak mcm mana.. nak selesa amik business la.. ye dak. hee...

    ReplyDelete
  12. @Rosmiza Ali salam perkenalan mieza... :)

    pergi sendiri je.. kalau x macam ni, xsampai DN nanti so kena beranikan diri gak.. :)

    ReplyDelete
  13. @Khir Khalid salam perkenalan.. :)

    belum pernah sampai queensland lg... boleh plan lepas ni.. insyaAllah akan ada rezeki utk ke Adelaide nanti.. :)

    ReplyDelete
  14. @Makcik Anak 3 haa... tu lah.. duk gaduh dgn laptop je.. entry xsempat2 update lg ni. hee...

    ReplyDelete
  15. seronoknya kembara bersendirian...tahniah coz DN berjaya...akak belum mampu lagi nak cuba macam DN

    ReplyDelete
  16. Dan2 je tertekan 3 he...23x

    Ke dah lama x naik flight terbang berjam-jam nie... Asik terbang dekat-dekat je...

    Cer bayangkan Dn sangkut dekat kastam tue... then dorang tanya DN, "Muslim?" then Dn jawab, "Thank, kawe memang tak gemok" he...23x

    Dah agak dah Hidayah yang punye...

    jeng3x ek

    ReplyDelete
  17. @Amanda Suria boleh je nak buat kak... cuma perlu lebih berani & perancangan kena lebih teliti.. :)

    ReplyDelete
  18. @Bro Framestone keh3! lama xterbang jauh bro... sempat lg buat lawak ye. hee....

    ReplyDelete
  19. nice travelogue..pergh travel sorg2 ek. tak lama lg boleh ikut langkah tatie..

    ReplyDelete
  20. seronok nye jadi DN, alhamdulillah rezeki DN ke negara org lagi.

    ReplyDelete
  21. happy belated besday DN.. seronok tgk DN ... mesti hadiah kan hadiah percutian tuk diri sndiri setelah penat bekerja.. rasa berbaloi bercuti ... hilangkan rasa stress keje yg melambak kan.. kalau bercuti dengan kawan2 tambah seronok sikit.

    DN pergi sorang2... fuhh berani nye melalui nye seorang., maybe DN dah biasa kot ek....

    org sana tu , tk gune monopod ke? hehe

    ReplyDelete
  22. @JMR sorang je...tatie profession dia mmg jln2.. DN jln bila lapang je. hee... :p

    ReplyDelete
  23. @Afasz

    alhamdulillah... thanks afasz... :)

    kalau xpergi macam ni mmg xberjalan lah DN... sementara bujang, boleh la solo2 macam ni... ^_^

    entah... mungkin ada tp diorg xpakai kot...

    ReplyDelete
  24. hehe, nnti dah kawin pergi berdua, lagi seronok .. skrang p solo pon mesti seronok sbb dpt jalan suka hati .. release segala stress.

    ReplyDelete
  25. kite sbnrnye kagum ngn DN. leh p jalan sorang. mmg berdikari la DN ni. kalau kite maybe ajak kawan2 pergi.

    ReplyDelete
  26. @Afasz doakan DN bertemu jodoh supaya dpt pergi berdua lepas ni ye afasz. Heee... kalau tidak macam ni, mmg DN tidak berjalan lah nampaknya... :)

    ReplyDelete
  27. Saya beum pernah jejakkan kaki merantau travel jauh2 lagi. Dalam Malaysia je la, belum ada peluang terbuka. InsyaAllah suatu amasa akan jadi mcm DN juga berjalan2 tengok keindahan di negara orang

    ReplyDelete
  28. seronoknya dapat travel luar negara... tk pernah lagi ... insyaAllah.. ada rezeki lebih nanti..

    ReplyDelete
  29. @Nor Aziah binti Sadri insyaAllah... rezeki itu akan ada satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  30. Sekali sekala buat lawak... tak boleh nk serius sangat.. lagi2 bila dengan DN

    ReplyDelete
  31. member2 pun ramai dah p ausie ni tah bile plak kami nak p...kene set target ni..

    ReplyDelete
  32. Nice. telah follow anda. telah masuk anda dalam bloglist saya. kita tukar bloglist. Thanks.

    ReplyDelete
  33. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk mereka yang bercadang ke sana..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^