Akhirnya... Masa yang ditunggu-tunggu. DN berjaya untuk mengupdate entry hari ini dengan menggunakan laptop. Seriously, Window 8 teruk! Sorry to say this. DN sangat tidak sabar sebab sikit-sikit nak update dan nak start guna laptop pun kena tunggu lama. DN tidak sabar sebab setiap saat masa DN sangat berharga. Contoh hari ini sahaja seharian DN hendak tunggu update sehingga DN terpaksa menggunakan komputer orang lain untuk buat kerja. Ini memang teruk dan DN tidak sukakannya. Kalau berlarutan, DN akan tukar Window 8 ini kepada 7 atau XP. Downgrade tu. Heee..... Tidak kisah lah, yang penting tidak menyusahkan DN dan orang lain.
Ok, habis luahan hati sekejap. Maklumlah, patutnya dari minggu lepas DN dah boleh guna laptop tetapi jadi macam ini memang frust lah. Hee... Maaf lah sebab ambil masa korang baca luahan hati DN sekejap. DN hari ini sebenarnya nak kongsi cerita tentang satu tempat makan yang DN pergi di Taman Gombak Jaya. Sesat-sesat DN hendak ke restoran ini tau. Pengaruh TV punya pasal. Mama kebetulan tengok Nasi Lemak Kopi O pagi itu dan tiba-tiba dia kata;
"Jom pergi makan kat sini!"
Sebagai seorang anak yang baik DN pun turutkan sahaja. Heee.... Selepas lebih sejam drive dan sesat-sesat sampailah kami ke restoran ini.
No. 3, Jalan GJ2,
Taman Gombak Jaya,
53100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 012-3792579
Facebook : https://www.facebook.com/RestoranSunanDrajat
Kedai ini jika dilihat dari luar biasa sahaja. Ia terletak berhampiran dengan masjid dan kawasan perumahan Taman Gombak Jaya serta bersebelahan dengan 7-eleven.
Ruang di dalam juga tidak besar tetapi tetap ada ruang makan di bahagian belakang berhampiran dengan dapur dan atas. Surau juga turut disediakan di sini. Semasa DN sampai di sini jam menunjukkan pukul 1.20 petang dan memang masa yang sesuai untuk makan tengah hari. Oleh itu, kesemua meja di bahagian hadapan penuh.
Kami semua dapat meja di bahagian belakang berhampiran dapur. Tidak mengapa bagi kami asalkan bau mereka memasak tidak sampai ke meja kami. Alhamdulillah, sistem pengudaraan di tempat memasak mereka baik kerana kami tidak hidu satu pun bau memasak sepanjang berada di sini. Memandangkan kepakaran Restoran Sunan Drajat adalah membuat nasi bakar berasal dari Indonesia, maka kami tidak lepaskan peluang untuk merasainya. Antara makanan yang kami ambil adalah seperti berikut :-
Nasi bakar ayam bakar ini menjadi menu istimewa dan tarikan utama pengunjung untuk datang ke sini. Disebabkan inilah mama hendak datang ke sini dan ia menjadi menu makan tengah hari untuk mama pada hari tersebut. Kelihatan nasi ini dibungkus dengan daun pisang lalu dibakar tetapi nasi bakar ini bukan hanya sekadar nasi kosong dibakar begitu sahaja tau.
Apabila dibuka, di dalamnya merupakan nasi dengan bahan-bahan tersendiri. Yang pasti ada telur rebus, cendawan dan sayur-sayuran di dalamnya. Rasanya agak manis dan jika ingin pedas, boleh makan dengan sambal kicap dan belacan yang disediakan.
DN pula memilih untuk makan nasi timbal ayam goreng. Nampak biasa sahaja tetapi nasi yang dibungkus dengan daun pisang ini memang sedap rasanya apabila dimakan. Sambal kicap menjadi kegemaran DN. Boleh dikatakan semua orang punya sambal kicap DN habiskan. Hee... Tempe dan tahu gorengnya juga sangat rangup dan pastinya ia adalah buatan sendiri.
Inilah nasi timbal jika ada yang tidak tahu. Berbeza dengan nasi bakar, nasi timbal ini hanya nasi putih semata-mata. Nampak banyak kan? Percayalah DN boleh habiskan nasi ini kerana rasanya sangat sedap tau. Hee....
Adik DN pula memilih set ayam bakar ini. Rasa ayam bakarnya memang sedap dan dekorasi hidangan nasi kosong berbentu 'love' itu memang menarik perhatian kami yang melihatnya.
Ayah DN pula memilih nasi kosong dan ikan berdiri. Ingatkan macam ikan terbang seperti di Indonesia tetapi rupa-rupanya ia adalah ikan talapia yang digoreng rangup dalam keadaan tegak atau berdiri. Hmm... Menarik!
Untuk pilihan pencuci mulut pula, kami memilih es teler yang terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan di dalamnya. Selain itu, kami juga mencuba pisang bakar di mana pisang ini akan dibakar dan ditaburkan dengan coklat, cheese dan fresh cream. Bagi DN es teler masih sedap kerana kurang manis tetapi pisang bakar agak muak apabila makan dalam kuantiti yang banyak. Dapat sorang satu pisang pun sudah cukup.
Untuk pilihan minuman pula, tidak banyak pilihan yang ditawarkan. Alpukat yang adik DN ambil pun rasanya agak cair oleh itu DN hanya memilih air sirap bandung semasa kunjungan DN ke Restoran Sunan Drajat ini.
Keseluruhannya, makanan di sini masih sedap dan harganya masih berpatutan. Jika ada keinginan untuk merasai makanan Indonesia yang ada di Malaysia, bolehlah pertimbangkan untuk mengunjungi Restoran Sunan Drajat. Sambal kicap, tempe goreng dan tauhu goreng di sini sampai sekarang masih buat DN terliur tau. Hee....
Selamat Menjamu Selera!
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
owh lebih ke pada indon la ye? konsep kedai dalam macam kedai lot biasa tapi yang membuatkan kebersihan terjmin bila dyorg gune pintu kaca.so segala dust xd la masuk dalm mknan then xmengnggu pelnaggn menikmati hidgn.ok cun gak tu...rege pon avaiable.sm taraf dengan wong solo n aym penyet gak ni
ReplyDeleteApa la masalah DN dengan Window 8 nie...
ReplyDeleteKe laptop spec rendah sangat nie? jeng jeng jeng
pisang cheese tu kena tukar nama rasanya..pisang coklat rice..hehe
ReplyDeletenampak sedap sungguh makanan-makanan yang dipesan oleh deqnoor sekeluarga.. sedap!!
ReplyDelete@Nurul Imaniah Salleh yup.. mmg masakan indonesia... harga pun berpatutan kan.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone entah la bro... DN xreti guna kot...
ReplyDelete@mamawaiz kan... pisang cheese lg sedap dr pisang bakar ni...
ReplyDelete@KiD sedap kid... nak pegi lg boleh je... :)
ReplyDeletewow...sedap2 semuanya.....terliur akak dah ni..
ReplyDeleteLama-lama nanti reti la tue.. bro dulu pun kekok juga he...23x
ReplyDeleteBukan ke ini restoran yang DN sesat tue?
@Amanda Suria sedap kak... ada masa singgah la sini utk mencuba.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone tgh bersabar la ni. hee...
ReplyDeletebetul lah tu bro.. yg sesat2 haritu.. :)
Air bandung tu nampak sedap...hihi
ReplyDeletedah macam baca blog hazmanfadzil plak. hehe
ReplyDeleteterliur itu pasti!
afasz suka makan ayam penyet..
ReplyDeletetgk menu menu dlm ni terutama menu mak DN tu .. sedap je nampakkkkkk.
Nasi bakar ayam bakar!!!
rasa nak p try je even jauh dr bangi.
afasz baca luahan hati DN tu... tk pernah guna win8.. dia update tu maybe kene set kot kat setting dia supaya update by month or week kot. kalau tak silap la. leh setting...
ReplyDeletesian DN, afasz pon stress kalau gitu...
Sabar ye DN
btw.. masa itu EMAS.
@aishah nin biasa je... :)
ReplyDelete@Afasz kalau ada ke gombak, singgah la sini. belum mampu utk tandingi food blogger hebat tu. sikit2 boleh la. hee...
ReplyDeletenak cari setting kt window 8 pun terkial2.. tp dh jumpa dah. harap takkan berlaku lg. huhu...
nasi tu mesti sedap rasanya kan!
ReplyDeleteala ok la ni DN.. kite pon review biasa biasa je. kalau mereka yg mmg blogger fave makan makan , mmg la hebat.
ReplyDelete@Noriza MiracleVitamins sedap.. lain dr yg lain sbb rasanya manis... :)
ReplyDelete@Afasz betul tu afasz.. ^_^
ReplyDeleteni kalau dibungkus dgn daun pisang, mmg aroma wangi melekat di nasi la kan
ReplyDelete@JMR betul tu.. makan masa panas2.. perghh! terbaik rasanya..
ReplyDeleteBro rasa la kan.. Window 8 macam tak sesuai dengan DN.. baru nak biasakan diri dah rosak la la la
ReplyDelete