Assalamualaikum...
Selamat hari Rabu!
Kita sambung cerita DN di Adelaide ye. Kali ini DN ingin kongsikan penginapan DN semasa di sana. DN telah menginap di Rockford Adelaide selama 3 hari.
164 Hindley Street
5000 ADELAIDE
AUSTRALIA
Tel. : (+61)8/82118255
Fax. : (+61)8/82311179
Website : adelaide@rockfordhotels.com.au
DN memilih untuk menginap di sini kerana harganya yang agak berpatutan iaitu $83 (~RM249) per night. Lokasi Rockford Adelaide yang terletak di tepi jalan memudahkan DN untuk ke mana-mana. Tempat makan juga tidak jauh iaitu di sepanjang Hindley Street. Selain itu, DN hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit untuk menunggu tram dan metro bus di North Terrace.
Inilah standard room di Rockford Adelaide. Pastinya DN akan memilih queen bed setiap kali DN menginap di mana-mana hotel. Jika tiada atau kehabisan bilik yang menyediakan queen bed, DN sanggup cari hotel lain. Heee....
Bilik ini memang luas untuk menginap seorang. Terdapat kerusi dan meja kecil berhampiran dengan tingkap. Lantai juga dilengkapi dengan karpet penuh. Walaupun karpet ada di bilik ini, selipar juga turut disediakan.
Ruang kerja juga kemas dan selesa. Turut disediakan dengan telefon dan ipad di meja kerja ini. Apa yang penting wifi adalah percuma jadi memang sangat membantu untuk DN merancang perjalanan DN di Adelaide dengan menggunakan Adelaide Metro.
Bersebelahan dengan meja kerja terdapat LCD TV dengan pelbagai channel disediakan. Bukan remote TV sahaja tersedia, Ipod juga ada disediakan di dalam bilik ini. DN sahaja yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan ini. Tak reti nak guna. Hee.... Bersebelahan dengan LCD TV ini terdapat tempat meletak bag yang mempunyai laci meletak barang di bawahnya.
Bersebelahan dengan tempat letak bag terdapat cermin besar. Berhadapan dengan cermin besar tersebut tersedia pantry dengan peti ais mini di bawahnya. Terdapat pelbagai jenis minuman keras di dalamnya tetapi abaikan sahaja sebab DN tidak berminat untuk ambil tahu apa yang ada di dalam peti ais itu. Apa yang penting bagi DN adalah ada cerek untuk DN masak air bagi buat minuman serta masak mee segera di bilik hotel ini. Bersebelahan dengan pantri terdapat almari yang tersedia dengan peti keselamatan, baju tuala, iron, iron board dan penyangkut baju di dalamnya.
Jom kita menjengah ke bilik air yang terletak bersebelahan dengan katil itu. Sila abaikan bayang-bayang orang yang sedang ambil gambar itu ye. Hee... Walaupun pintu bilik air ini pintu kaca, bila kita di dalam bilik air tetap tidak dapat melihat luar. Maksudnya, pintu bilik air ini bukan transparent.
Di dalam bilik air ini tiada bath tub tetapi tetap lengkap dengan segala kemudahan yang perlu ada di dalam bilik air seperti basin, water closet dan shower. Cuma bila tengok tempat buang air, tiada pili air yang disediakan. Cuma tisu sahaja jadi agak kurang selesa untuk buang air. Mujur di dalam bilik air ini disediakan sistem pengudaraan yang bagus dan juga lampu berkuasa tinggi yang bertujuan untuk mempercepatkan pengeringan lantai yang basah. Oleh itu, bila air terpercik ke lantai cepat sahaja kering dan tuala kaki tidaklah basah lencun dibuat DN. Hee...
Rasanya itulah serba serbi bilik standard di Rockford Adelaide yang boleh DN kongsikan. Dalam banyak-banyak kemudahan yang disediakan, DN suka kemudahan ipad yang disediakan di dalam bilik ini. Pertama kali DN menginap di hotel tersedia kemudahan ini. Jimat bateri phone DN. Heee...
Selepas ini DN akan kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Adelaide ini. Harapnya ada yang sudi mengikuti travelog DN ke Adelaide. Mana tahu berguna sebagai panduan nanti. Jumpa lagi nanti! :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
alaaaa... nak bath tub.. nak berendam.. eh!
ReplyDelete@KiD xsempat pun nak berendam... heee...
ReplyDeletepergh nampak mewahhh...siap ade tab..
ReplyDeleteHarga ok, dan bilik pun menarik
ReplyDeleteTang katil tue no komen.. Ke DN pernah jatuh katil dulu he...23x
Amboi TV dia... Tak keluar bilik pun best juga nie
Sian.... mesti DN suka lenjunkan tuala kaki... Berkubang ke apa dalam bilik air tue ek he..23x
Ops iPad... Tak risau ke dia install script yang boleh simpan apa yang DN taip dalam tue he...23x
Jeng jeng jeng...!!!
besar nya bilik dia... cantik pulak tuu.. tak sangka ada disediakan ipad eh.. heheh...
ReplyDeletelaaaa...cantik gak hotelnya..knowing kat sana semua memahal kan..
ReplyDeleteWahh.. lengkap semuanya. Menarik.. syok bila ada kemudahan Ipad tu sekali... layanzz.. :D
ReplyDeleteThanks sharing.. :) :)
menarik juga tempat nie...
ReplyDeleteKalau nak dibandingkan harga tu dengan kemudahan yg ada, jauh sangat kualiti hotel kat Malaysia kan..
ReplyDelete@Nadia Johari yep.. berbaloi2 dgn harga kan.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone
ReplyDeleteharga salah satu sebab DN pilih hotel ini... :)
bukan jatuh tp... jeng3! :p
DN memang suka main air... hee...
ala.. DN taip pun utk plan journey je... lain2 xde pun bro... :)
@cheq eem kan... mmg xsangka diorg percayakan org malaysia... :)
ReplyDelete@Amanda Suria makan sorang je dah RM50... beli barang semua kena tax tau. hee...
ReplyDelete@Khir Khalid itu lah.. terus xguna phone langsung bila disediakan ipad ni...
ReplyDelete@blogger lelaki memang menarik & berbaloi2... :)
ReplyDelete@Amran memang jauh sangat perbezaannya..
ReplyDeleteHihihiii.....byk lagi entry ni..tak sabar nak membelek view disana...
ReplyDeleteperghhh siap ada ipad tu. peti tu huhu kasi tutup jela...
ReplyDeleteanyway, katil besar la syok kan.. leh guling2. ke DN tido lasak. hehe. jgn marah. gegurau je.
@Makcik Anak 3 sabaq na... xmenyempat lg nk kongsi...
ReplyDelete@Afasz itulah.. bagus betul hotel ni kan... xterfikir pula nk tutup peti ais itu tp mmg DN xbuka pun afasz...
ReplyDeletesyok tido katil besar ni sorang2. boleh guling2 mcm tenggiling. hee....
bilik pun cun...harga pun quite ok...tak mahal sangat...memang berbaloi-baloi ni...hee :D
ReplyDeletemenariknya tempat ni, hotel pun canggih gitu
ReplyDeletewalaupun blk standard, namapk sangat selesa pada den
ReplyDelete@KiD
ReplyDeletehaha kena bayar lebih la gitu
@Nadia Johari
ReplyDeletetu bru blk standard. klu exclusive macam mana la kan
@Bro Framestone
ReplyDeletehaha seram plk pasal ipad tu
@Amanda Suria
ReplyDeletetempat best plak, mana tak mahal..huhu
@blogger lelaki
ReplyDeletejom skali ke sana bro
@Ezad Skytech itulah zuan... berbaloi bayar tp xinclude breakfast tau...
ReplyDelete@Uncle Zuan mmg sgt selesa zuan...
ReplyDeletekemain lg DN , nak guling guling mcm tenggiling ye. hehe
ReplyDelete@Afasz hahaha... ini sinchan punya penangan lah ni... :D
ReplyDeletehehe mcm lasak je DN tidur..sanggup cari hotel lain kalo takde queend bed..
ReplyDelete@JMR opppsss! kantoi sudah... :D
ReplyDeleteBanyak jeng jeng la DN nie....
ReplyDeleteNak tanya satu soalan leh.. Masa duduk asrama dulu suka gabung2 katil ek?
Hotel mewah ye..
ReplyDelete