The Last Song, The Holiday & My Girl

Hari ini bermalas-malasan di rumah. Seronok juga sekali-sekala macam ini. Hari raya tetapi hanya duduk di rumah sahaja. Makan, tidur, tengok TV, tengok movie... Lebih-lebih lagi tiada yang kacau. Syiokkkk wooo... Hihihi... 

Sempat juga tengok 3 movie hari ini... Eh? Tak sampai 3 rasanya. 2 3/4 je kot. Heeee.... Kenapa jadi macam tu ye? Ceritanya macam ni. Hmmm... Nak cerita ke? Kalau tak cerita tak tahu pula nak cerita apa nanti. Ok lah, DN cerita..

Lepas tengok TV tiada apa cerita yang best, DN belek koleksi DVD yang DN ada. DVD pertama yang DN pegang adalah
'The Last Song'
Sedih cerita ini. Kisah mengenai 2 orang adik beradik yang tinggal bersama ibu mereka kerana kedua ibu bapa mereka telah berpisah. Semasa musim panas, ibu mereka menghantar mereka tinggal bersama bapa mereka. Tidak disangka bapa  mereka mengidap barah dan akhirnya meninggal dunia. Nak tahu lebih-lebih tengok sendiri ye. Heee...

Cerita kedua DN tengok adalah
'The Holiday'
Kisah mengenai 2 orang wanita yang kecewa dengan percintaan memilih untuk bertukar tempat tinggal selama 2 minggu. Seorang tinggal di England manakala seorang lagi tinggal di Los Angeles. Ketika bertukar tempat tinggal inilah mereka bertemu dengan pasangan ideal masing-masing. Hmmm... Happy ending cerita ni so tak sedih sangat.

Cerita ketiga DN tengok hari ini adalah
Cerita korea 'My Girl'. Cerita ini sangat panjang dan ada 3 DVD yang perlu dihabiskan dengan 15 episod. DN hanya berjaya habiskan 2 DVD dan DVD ketiga yang mempunyai episod 11-15, DN hanya tengok sehingga episod 12 sahaja. Sebab itu 2 3/4 je. Heee....

Dulu DN pernah tengok cerita ini tetapi tidak ingat pula ending cerita ini macam mana. Esok sahaja DN sambung tengok DVD ini dalam kereta. Esok jalan mesti jam nak pergi kerja kan so boleh sambil layan cerita 'My Girl' ini. Kalau ikut hati memang  nak habiskan tetapi bila fikir baju untuk kerja belum iron lagi so DN berhenti sampai episod 12.

Sekarang ini semua sudah siap jadinya DN hendak beradu dulu. Ada masa DN berkongsi cerita lagi ye. Good night!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. Bro nak teka boleh...

    DVD ke-3 yang korea tue.. Dayah yang punya kan? Betul ke Bohong?

    ReplyDelete
  2. cite korea tu yang paling best..hehe.

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone no lah.. DN punya.. DVD ni dari zaman DN study lebih 10 tahun lepas... :)

    ReplyDelete
  4. @mamawaiz wida peminat korea kan.. mesti lg byk cerita korea wida ada kan..

    ReplyDelete
  5. syoklah masa raya boleh layan dvd tanpa diganggu.

    ReplyDelete
  6. Ok, nampaknya tekaan Bro kali ini salah (pernah betul ke sebelum nie?)

    EH tak sangka pula DN layan Korea 10 tahun dulu...

    ReplyDelete
  7. @JMR setahun sekali je kot ada peluang mcm ni. hee....

    ReplyDelete
  8. @Bro Framestone ikut mood.. semua cerita DN boleh layan.. :)

    ReplyDelete
  9. the holiday afasz dah tgk. My girl pon dah tgk tp dah lupa la cerita dia, dah lama sangat tgk hehe.

    ReplyDelete
  10. slalu baca DN busy ngn kerja, bila baca entry DN bermalasan n spend tgk movie gini, afasz dapat rasa keseronokan DN dapat merehatkan diri sambil tgk movie sampai 2 3 . hehe :D

    ReplyDelete
  11. @Afasz haa... itulah.. smpai tulis entry nk tunjuk betapa happynya DN. heee.. cerita My Girl ni kan dh lama, sbb tak ingat tu yg tengok semula tu.. :)

    ReplyDelete
  12. den suka ctr mygirl. tapi dwnld je la.. hehe ctr ni ada kaitan ngan sassy girl kan :D

    ReplyDelete
  13. @mamawaiz

    kannn buat den nak tengok balik ctr ni :D

    ReplyDelete
  14. @Afasz

    sbb ctr ni one of my fav, masih ingat jalan ctr ni :D

    ReplyDelete
  15. alaahai... bilanya nak sambung? ke dah abis...?

    ReplyDelete
  16. @Bro Framestone bukan aku punya.. bukan aku punya...

    ReplyDelete
  17. @deq noor hahahahahaa.... bohong!! jawapan bohong!!

    ReplyDelete
  18. kemain lg kid, tertunggu tunggu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^