Western Food di Next Station, Subang Bestari Seksyen U5

Psssttt!!! Nak cerita tempat makan best ni. Nak tahu tak? Baru sebulan beroperasi dan DN pertama kali cuba tempat makan ini. Tidak disangka, memang super sedap. Rugi kalau tidak kongsikan dengan kawan-kawan. Kalian pun kalau tempat makan sedap mesti nak cuba kan. Heee.....
Tempat yang DN maksudkan adalah Next Station yang terletak di Subang Bestari. Siapa duduk Subang Bestari? Haaa.... Ini tempat yang wajib pergi, wajib cuba, wajib rasa dan wajib makan. Sebabnya gerai makanan western ini diilhamkan oleh seorang chef yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun menjadi chef di hotel. Mana hendak rasa masakan chef hotel dengan harga yang berpatutan? Kalau diperhatikan chef-chef yang buka kedai makan kebanyakannya harga boleh tahan mahal, tetapi di sini memang sangat berbaloi. Tidak percaya? Ok, DN kongsikan makanan western yang ada di sini dan apa yang DN makan termasuk harga sekali.
Ini recommended by chef dan DN juga. Sedap sehingga habis licin DN makan tau. Namanya Special John Dory (RM17.90). Ikan dori ini akan disalut dengan BBQ sos dahulu sebelum dipanggang dan kemudiannya akan dibiarkan cheese cair diatasnya. Dihidangkan juga dengan BBQ sos, garlic mayo, sweet & sour cream, coleslow dan french fries.
Ini pula pilihan kawan-kawan DN. Istimewanya kedua-dua menu di atas atau lebih tepat sekali istimewanya gravy yang disediakan oleh Next Station ini adalah sosnya merupakan gabungan 3 jenis sos iaitu black pepper, mushroom dan BBQ sos. Ia dikenali sebagai Next Station sauce.

Gambar atas
Mix Grill (RM19.90). Ia terdiri daripada daging ayam, lembu, kambing dan sosej ayam yang dilimpahkan dengan sos istimewa Next Station. Hidangan ini turut disertakan dengan French Fries, coleslow dan sweet & sour cream.

Gambar bawah
Grill Chicken (RM13.90). Ia terdiri daripada daging ayam yang dilimpahkan dengan sos istimewa Next Station. Hidangan ini turut disertakan dengan French Fries, coleslow dan sweet & sour cream.

Tempura Chicken Nugget (RM4.90). Nugget ayam digoreng dan dihidangkan bersama sos BBQ, tartar sos dan coleslow.
Chicken Chop (RM11.90). Ayam digoreng garing dan dilimpahkan dengan sos istimewa Next Station. Hidangan ini turut disertakan dengan French Fries, coleslow dan sweet & sour cream.
Fish and Chips (RM12.90). Ikan dori digoreng garing dan dihidangkan dengan tartar sauce, French fries, coleslow dan sweet & sour cream.
Caramelized banana ala mode (RM5.90). Pisang goreng dihidangkan dengan aiskrim vanila.

Haaa... Sudah percaya sekarang? Berbaloi-baloi harganya kan. Harapnya harga ini akan kekal lah ye. Heee.... Kalau kalian memang tinggal di Subang Bestari atau kawasan sekitarnya atau ada ke Subang Bestari atau sengaja mahu ke Subang Bestari untuk menikmati masakan chef Next Station ini, tiada apa lagi yang DN ingin katakan. Rasa sendiri, nilai sendiri. Memang terbaik!

Sekarang ini Next Station sedang mengadakan promosi RM1 off untuk Chicken Chop dan Chicken Grill sehingga 31 Oktober 2014 ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.

Lokasi dan maklumat berkaitan Next Station adalah seperti berikut :-

Next Station
Restoran Kapal Layar,
39-1, Jalan Nova U5/N,
Subang Bestari, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor
No. Tel. : +6011 32406208 / +6012 2621845
Facebook : Next Station - Big Taste. Great Flavour
Waktu Operasi : 5.00pm - 12.00am (Rabu - Isnin)
Selasa tutup



Selamat menjamu selera! ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

52 Blue Komen:

  1. Terliur terus tengok ni. Tengah diet pulak. Aduyaiii. Nanti lepas abis diet, nak serang.

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. lapar pulak tengok mlm2 ni.. menyelerakan. Harga pun berbaloi dgn hidangannya. Thanks sharing, ada waktu ke area tu boleh juga singgah.. :)

    ReplyDelete
  3. Terus akak teringin tau....harga pun berpatutan dah tuh....

    ReplyDelete
  4. nampak menyelerakan...terliur pula tengok :D

    ReplyDelete
  5. SEDAP LAH. SIOT BETULLLLL. KENA DATANG LAGI.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.... Murah pulak tuh .. Kalau kat sini.. western food paling murah QR60.. nangesss Kak Kep.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. nampak sedap la DN...dan nampak macam hotel quality...ni yang nak kena try ni satu hari nanti...hee

    ReplyDelete
  8. Oh dekat U5. Tengok peta baru tahu dekat mana...

    Masih fail area Subang...

    ReplyDelete
  9. Bestnya western food, dah lama tak menjamah

    ReplyDelete
  10. mix grill tu nampak menarik laaa.. berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  11. @Bro Framestone laaaa... bro fail area subang rupanya

    ReplyDelete
  12. @Ezad Skytech macam hotel quality? takpe ezad.. situ pun adah kita anggap macam makan kat hotel

    ReplyDelete
  13. @Amanda Suria kak amanda.. jom laaa.. jom laa... kita makan together2

    ReplyDelete
  14. tenkiu DN sub suggest tempat nie. penggemar Western Food mcm saya mmg harus cuba~~ ^_^ yg pntg rasanya sedap n harganya sangat berpatutan. :D

    ReplyDelete
  15. hmm tak nampak burger pun. tak best la... :(

    ReplyDelete
  16. @Datin Tyka

    aiyoo DT diet? macam tak caye je..hehehe

    ReplyDelete
  17. Nice laaa... dengan harga yang berpatutan memang berbaloi la dapat makan western dengan gaya fine dining

    ReplyDelete
  18. @Khir Khalid mmg berbaloi... kalau ada ke sini singgah lah ye... :)

    ReplyDelete
  19. @Amanda Suria DN dah makan sekali pun masih teringin makan lagi kak. Jom! ^_^

    ReplyDelete
  20. @Kak Kep macam tu baik akak buat western food sendiri.. lagi berbaloi kan kak...

    ReplyDelete
  21. @Ezad Skytech jom kita buat gathering terus kat sana. alang2 kan... :D

    ReplyDelete
  22. @Nor Fauzah Samid sama2.. berkongsi sesuatu yang menarik untuk manfaat bersama.. dah pergi nanti beritahulah sedap ke tak ye... :)

    ReplyDelete
  23. @Uncle Zuan heee... sori zuan, mmg burger xde...

    ReplyDelete
  24. @hazman fadzil tahu pun... mmg berbaloi kan. rugi siapa xtry tau...

    ReplyDelete
  25. terliur dan termengidam sudah.

    ReplyDelete
  26. sedap nye, menu semua sangat la terbaik . dia nye presentation sgt umpppphh. thumbs up.. double thumbs up.

    ReplyDelete
  27. bgi afasz, harga dia mmg berpatutan .. pg pendapat afasz la.

    ReplyDelete
  28. @Afasz : kalau mengidam...apa lagi...terjah la...hee

    ReplyDelete
  29. @Afasz : memang nampak class kan presentationnya afasz..macam kat hotel... :D

    ReplyDelete
  30. @Afasz : ok la tu kan...presentation pun cantik...harga pun quite ok...yang penting sedap.. :D

    ReplyDelete
  31. @deq noor : menu burger takde la zuan...sorry..hee

    ReplyDelete
  32. @Uncle Zuan : haha...aku pun cari masa nak terjah ni..haha

    ReplyDelete
  33. @hazman fadzil : tu la kan abg man...ingatkan kat hotel...memang kena terjah ni nanti...hee :D

    ReplyDelete
  34. @deq noor : tak keluar dari Selangor pun...bukannya jauh kan..kih3

    ReplyDelete
  35. @Afasz haa.. kalau ada nak ke sini, beritahu lah DN.. boleh jumpa. Heee... bukan shj presentation terbaik, makanan pun sedap... :)

    ReplyDelete
  36. @Makcik Anak 3 sedap kak... jom g makan sini jom... ^_^

    ReplyDelete
  37. mix grill tu macam sedap dan berbaloi dgn harga tu

    ReplyDelete
  38. Tempoh hari makan dekat sini, tak ingat apa nama menu yang diorder, terus tak update blog pasal tempoh hari he..23x

    Masa 1st nak datang ke sana tempoh hari, macam pelik je jalannya...

    ReplyDelete
  39. @Bro Framestone kena repeat ni.. :D

    Mana ada pelik.. bro yg xbiasa tu...

    ReplyDelete
  40. pergh tgk skali lagi, tetap meleleh air liur..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^