Makanan Halal di Adelaide South Australia

Sejujurnya, tidak susah pun untuk mendapatkan makanan halal di Adelaide, South Australia ini. Sebab itu DN tidak membawa sebarang makanan dari Malaysia semasa ke sini. Berdepan Rockford Adelaide tempat DN menginap sudah ada restoran makanan halal. Bukan itu sahaja, sepanjang Hindley Street yang terletak di Adelaide City ini memang terlalu mudah untuk mendapatkan makanan halal. Oleh itu, sangat disarankan untuk mencari hotel di sekitar Hindley Street. Itulah antara nasihat sahabat blogger DN, Kisah Tatie. Antara restoran yang sempat DN tangkap gambar semasa DN berjalan di sepanjang Hindley Street adalah seperti berikut :-

1. Mekong Thai Restaurant

Terletak di sepanjang Hindley Street dan berhampiran dengan Hotel Grand Chancellor. Kalau rasa teringin hendak makan daging kangaroo, boleh cuba di restoran ini.
 2. Afghan Charcoal Kebab House

Restoran ini juga terletak di Hindley Street dan berdepan dengan Mekong Thai Restaurant. Ia terletak betul-betul di sebelah Hotel Grand Chancellor.


3. New India Restaurant

Restoran ini juga terletak di Hindley Street tetapi kedudukannya agak jauh dari kedua-dua restoran di atas. Walaubagaimanapun, ia terletak di seberang jalan hotel tempat DN menginap, Rockford Adelaide.



4. Nando's

Nando's di sini halal dan terdapat banyak Nando's selain dari di Hindley Street. Jika ke Glenelg Beach Adelaide, South Australia, tidak jauh dari perhentian terakhir tram Stop 17 Moseley Square juga terdapat Nando's. Walaubagaimanapun, DN memilih untuk merasa Nando's di Hindley Street.



5. Barokah Restaurant

Ini kerana semasa di Glenelg Beach Adelaide, South Australia, DN memilih untuk makan di Barokah Restaurant. Makan tengah hari dengan Australian Pizza. Malamnya, DN ambil tram dari Rockford Adelaide dan kembali ke Glenelg Beach Adelaide, South Australia untuk makan malam pula.

6. Organic Pizza

Selain itu, tidak jauh dari Barokah Restaurant terdapat Organic Pizza. Tidak dinyatakan sama ada halal atau tidak tetapi restoran ini memang menyediakan makanan daripada organik dan sesuai untuk vegetarian.

7. Asian Fresh

Jika singgah shopping di Harbour Town Adelaide, tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal kerana Asian Fresh menyediakan pelbagai jenis makanan nasi campur. Sedap pula tu nasi campur di sini. Macam dekat Malaysia juga rasanya. Heee...
8. Restaurant Yiros

Jika tidak mahu makan nasi campur, boleh juga makan kebab dan lain-lain makanan arab di Restaurant Yiros ini. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Asian Fresh di Harbour Town Adelaide.

Inilah sebahagian daripada restoran makanan halal yang sempat DN jejaki di Adelaide ini. Terdapat banyak lagi sebenarnya terutama di Rundle Mall. Entah kenapa sepanjang di Rundle Mall DN lebih berminat untuk mencuba pelbagai jenis kopi yang terdapat di sini. Maklum sahaja, kopi di sini tiada di tempat lain jadi tidak salah untuk mencubanya.

Tidak susah kan untuk mendapatkan makanan halal di Adelaide. Oleh itu, rancang lah percutian anda ke Adelaide ye. Heee.... Jumpa lagi nanti dan doakan keselamatan DN di perantauan ye. :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

34 Blue Komen:

  1. waaaahh... banyak juga kedai-kedai halal di sana.. jadi tak perlu risau. ada daging kangaroo lagi.

    ReplyDelete
  2. kena simpan list kedai2 nie..tengah simpan angan2 nak sampai adelaide juga.hehe.

    ReplyDelete
  3. boleh buat rujukan nanti buat sesiapa yang nak pegi sini....nice...

    ReplyDelete
  4. byk mkanan halal rupanya..senanglah kan. x pyh susah2 bwk meggi segera dr msia..hehe

    ReplyDelete
  5. Menarik.....!!! Apa rasa daging kanggaroo ek DN?

    Nando's? Lemon 7 Herb? He...23x apa kes?

    Nasi campur dia tue.. ada tak gulai masak kanggaroo? Kalau ada, nak juga rasa.

    Tapi tak sangka, senang juga nak jumpa makanan halal dekat sana.

    ReplyDelete
  6. mmg banyak tips berguna tuk mereka yg suka mengembara bercuti sana sini..

    satu persatu restoran Dn cite ni...

    mmg sangat berguna la..

    ReplyDelete
  7. Banyak juga pilihan tempat makan halal di adelaide ni kan.

    Dengarnya komuniti umat islam di sana pun ramai

    ReplyDelete
  8. Nampaknya kebanyakan makanan halal adalah restoran arab - agaknya nasi lemak dan roti canai kat sana berapa la harganya.... huuhuhu

    ReplyDelete
  9. kenyang nengok menu tu semua...hihiiii

    ReplyDelete
  10. @KiD itulah.. kalau lalu makan, boleh je cuba.. :)

    ReplyDelete
  11. @Nor Fauzah Samid good! Semoga berjaya jejakkan kaki ke sana.. :)

    ReplyDelete
  12. @Amanda Suria betul tu.. DN kongsikan apa yg termampu.. :)

    ReplyDelete
  13. @wida itulah.. bawa megi pun confirm xmakan. Baik cuba makanan di sini dr makan megi. Hee...

    ReplyDelete
  14. @Bro Framestone

    Rasa daging bro... keh3! :p

    Nandos disini lebih sedap. Seriously!

    Senang & recommended utk dtg ke sini.. :)

    ReplyDelete
  15. @AfaszDN kongsikan mana2 yg DN sempat pergi je... :)

    ReplyDelete
  16. @Mazni Azmi mmg byk... islam di sini DN tidak pasti berapa ramai peratusannya..

    ReplyDelete
  17. @Mazni Azmi mmg byk... islam di sini DN tidak pasti berapa ramai peratusannya..

    ReplyDelete
  18. @hazman fadzil ada juga mknn lain abg man... tp xsemua tempat DN dpt pergi. Kalau makan standby lah 20 dollar utk seorang makan. Hee...

    ReplyDelete
  19. @Makcik Anak 3 awak tu diet.. sbb tu tgk gambar je pun dah kenyang. Kikikiki... :p

    ReplyDelete
  20. series eh deqnoor ada daging kangaroo..macam menarik tu heheh

    ReplyDelete
  21. Rasa daging apa? daging Dn ek... maaf xpernah rasa lagi he..23x

    ReplyDelete
  22. Patut la member Bro asal pergi Ausie asik perkena Nandos

    ReplyDelete
  23. @KiD : tu la kan KiD...kena try ni daging kangaroo kalau pergi Adelaide ni...hee

    ReplyDelete
  24. bagus untuk dijadikan rujukan entri DN ni..mana tahu ada rezeki ke Adelaide ke nanti...hehe

    ReplyDelete
  25. @JMR : mesti ramai yang tertarik nak try daging kangaroo kan...sama la kita bro..hee :D

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum DN, wahh banyak rupanya kedai halal kat Adelaide.. bagus2.. nice info Dn ~~~

    ReplyDelete
  27. @Sheila Salim sama2.. byk sgt2.. xperlu risau bila dtg sini.. :)

    ReplyDelete
  28. @deq noor : nando's mesti la ada di mana-mana...hee

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^