Movie Review : Kaki Kitai

Latar Belakang Filem

Kaki Kitai merupakan filem ke 98 terbitan MIG dengan mempertaruhkan filem bergenre aksi komedi. Ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh pengarah di bawah Skim Pengarah Muda MIG, Amiro Ghozali. Kaki Kitai diambil dari bahasa pasar yang sering digunakan bagi menggambarkan individu yang suka menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dengan kata lain, kaki kitai bermaksud kaki tipu. Filem ini mengumpulkan pelakon mantap dan berpengalaman yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie serta talent MIG baru, Emily Chan. Turut menjayakan filem ini adalah Along Eyzendy, Epy Kodiang, Zalif Sidek, Faith Zakie dan Your.
 Sinopsis

 Kaki Kitai mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik, Grenggo / Din (Shaheizy Sam) dan Ayoi (Fezrul Khan). Grenggo / Din sering menipu Ayoi dan berbangga dengan dirinya yang sangat hebat, kaya, terkenal dan macam-macam lagi sedangkan pada hakikatnya Grenggo / Din hanya orang biasa yang bekerja di sebuah hotel. Ayoi yang kurang cerdik sangat kagum dengan Grenggo / Din dan meminta pertolongannya untuk mendapatkan kerja sebagai chef. Semasa mereka bercadang untuk makan tengah hari di sebuah restoran, mereka secara tidak sengaja telah menggagalkan operasi pihak polis dengan mafia Geng Lidi yang diketuai oleh Branco (Adam Corrie). Operasi tersebut telah dikendalikan oleh Inspektor Farid (Farid Kamil) yang juga merupakan teman sekampung mereka berdua. Branco sangat berang kerana telah ditipu lalu menculik tunang Inspektor Farid, Mimi (Emily Chan) dan dijadikan sebagai tebusan.

Apakah kesudahan operasi ini? Adakah Grenggo / Din dan Ayoi akan terlibat dengan operasi ini? Dapatkan Inspektor Farid menyelamatkan Mimi daripada tebusan Branco? Adakah Grenggo / Din akan terus menjadi kaki kitai? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Kaki Kitai ini yang akan berada di pawagam bermula 20 November 2014.
 Komen Penulis

Filem ini berjaya menyampaikan mesej Kaki Kitai atau kaki tipu dengan jelas. Sepanjang menonton filem ini kita akan disajikan dengan sikap bersahaja dalam menipu orang lain. Sikap bersahaja tersebut secara tidak lansung menaikkan unsur komedi di dalam filem ini. Dalam pada bergelak ketawa dengan komedi yang disajikan, aksi-aksi berlawan juga tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun, komedi lebih banyak daripada aksi di dalam filem ini. Itu sudah memadai memandangkan apa yang ingin diketengahkan di dalam filem ini adalah tentang kaki tipu tersebut. Gabungan lakonan Shaheizy Sam dan Fezrul Khan sangat serasi dan mantap. Memang tidak dinafikan kehebatan lakonan mereka berdua manakala lakonan pelakon baru, Emily biasa sahaja dan boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. DN berikan 3.5/5 untuk filem Kaki Kitai ini.

Trailer

Koleksi Gambar

 


 


Saksikan Kaki Kitai di pawagam berhampiran bermula 20 November 2014 ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

26 Blue Komen:

  1. macam best je sebab ada shaheizy sam...da la keluar sama tarikh dengan Hunger Games...nak tengok mana ni...hehe :D

    ReplyDelete
  2. Alamak..tgk shaheizy sam pkai bunny kat kepala tu..cam kelakar jer.

    ReplyDelete
  3. pelakon nyer mantop mantop...heroin baru kan..heee.nanti lah..kita jejak cinema yang berhampiran..

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone your tu zakaria zahid.. yg jadi ketua along ada janggut putih tu...

    ReplyDelete
  5. @Ezad Skytech tengok lh dua2 sekali ezad... no harm pun kan. Heee...

    ReplyDelete
  6. @widammg sgt kelakar.. dan scene tu agak sencored. Tetttt! :p

    ReplyDelete
  7. @Makcik Anak 3 pelakon lelaki mmg xdinafikan lg kehebatan lakonan mereka.. :)

    ReplyDelete
  8. nampaknya si Fezrul ni dah mula dapat watak kelakar pulak yea... menarik... p/s : nanti bila2 free nak dating tengok wayang dengan DN laaa

    ReplyDelete
  9. tengok teaser nampak best je filem ni..lama dah tak ke cinema ni

    ReplyDelete
  10. Oh ye ke... Tak kenal pun siapa dia he..23x

    Kenal pakcik yang serba boleh tue je. Jadi bartender jadi jaga.. lagi jadi ape ek

    ReplyDelete
  11. @hazman fadzil itulah... mmg suka tgk fezrul ni berlakon.. :)

    ReplyDelete
  12. @JMR setakat ni antara filem MIG yang best... :)

    ReplyDelete
  13. Mana ada tidur la.. kan bro duduk sebelah DN.. kalau bro tido sure DN dengar bro berdengkur...

    Ke memang ada dengar bro berdengkur?

    ReplyDelete
  14. @wida : nak gelak rasanya bila tengok sam pakai benda tu...kih3

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone : memandangkan sekarang ni macam takde movie best kat pawagam...rasa macam nak tengok je Kaki Kitai ni bro..hee

    ReplyDelete
  16. @deq noor : maybe this week la nak tengok...takde movie best yang tengah tayang sekarang ni kan DN...hee

    ReplyDelete
  17. @JMR : tu la bro...nampak macam best je tengok teaser...rasa macam nak tengok je...hee

    ReplyDelete
  18. Kaki itai ni yang suka menipu untuk kepentingan diri sendiri ya maksudnya? Baru tau..dapat ilmu baru lagi :)

    ReplyDelete
  19. @Noriza MiracleVitamins betul tu.. dn pun baru tahu bila tgk muvi ni..

    ReplyDelete
  20. antara filem mig yg best ek..ritu mcm dh nampak cd kat koridor dpn cimb hehe..blh beli ni

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^